Al-Kisah Deepak, Roopiah, Altantuya, Bala, Zaid Hamidi, LTAT dan Wang Berjuta!
Maka tersebutlah al-kisah pendedahan satu lagi kes pengkhiantan serta penipuan dan rompakan tanah Negara oleh pimpinan UMNO/BN. Tanah seluas 200 ekar yang bernilai lebih 300 juta yang difaraidkan di antara pimpinan dan kroni. Terkaitlah juga kisah pemberian barang kemas yang bernilai RM 13 Juta kepada kelompok manusia yang tidak mengenali makna puas dan mempunyai nafsu yang begitu rakus dalam budaya politik yang kotor dan ganas. Serta timbul kembali segala najis dan kekotoran yang selama ini ditanam dan disembunyikan dari pandangan umum berhubung pembunuhan Altantuya, kenyataan bersumpah PI Balasubramaniam dan sebagainya.
Menurut Deepak pula dialah yang memujuk PI Balasubramaniam menarik balik kenyataan bersumpah pertamanya. Menurutnya lagi dia sanggup melakukan kerja kotor itu sebagai ‘khidmat’ untuk pimpinan Negara dan sekarang beliau ingin mendedahkan semua kerana marah ditipu oleh Roopiah. Dan melalui pendedahan ini akan timbul kembali segala najis yang telah selama ini cuba ditenggelamkan.
Tuduhan yang serius seperti ini mencemar imej pimpinan Negara tetapi mereka mendiamkan diri tidak memberi sebarang respon, kecuali membeli saham syarikat Deepak dengan mengguna duit Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)! Zaid oh Zaid, sanggup diperkudakan Angkatan Tentera untuk menutup najis ini?
Sekali lagi terbukti, jika rakyat inginkan kebenaran dan tahu kisah sebenar, perlu dilakukan satu perubahan pemerintahan sehingga semua institusi keadilan akan dibebaskan dari cengkaman golongan yang berkuasa. Perkara sebenar yang berlaku tidak akan diketahui secara yakin dan muktamad, sehingga kerajaan BN ditukar dengan PR!
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
No comments
Post a Comment