Kenyataan YB Khalid Samad Berkenaan Isu Blogger Umno Mohon Maaf
Kenyataan Maaf Dr Novandri
Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf
dan membayar ganti-rugi di atas fitnah beliau terhadap diri saya. Ini
merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah
itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan.
Malaysia memerlukan corak kepimpinan politik yang menjauhkan diri dari budaya politik fitnah di mana hak rakyat dihormati dan diakui. Rakyat perlu diberikan peluang untuk mendengar penjelasan dari semua pihak, menilainya dan membuat keputusan secara bebas berdasarkan maklumat yang tepat. Budaya politik fitnah dan penguasaan maklumat di mana rakyat dihalang dari mendapat penjelasan dari semua pihak secara terus adalah corak politik yang ingin menguasai dan mengongkong rakyat. Ianya budaya politik lapuk yang tidak mempunyai tempat lagi di Malaysia.
Saya mengharapkan bahawa kesediaan Dr Novandri untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf, membayar ganti rugi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi adalah langkah ke arah corak dan budaya politik yang lebih matang dan bertamaddun bagi negara kita.
Budaya politik lapuk yang selama ini mencorakkan politik UMNO/BN perlu dikuburkan dan inilah apa yang perlu dilakukan rakyat dalam PRU ke 13 ini. Melalui kemenangan PR dalam PRU ke 13 ianya akan membuka lembaran baru ke arah politik baru yang akan menjamin terhentinya budaya politik fitnah dan monopoli maklumat, insyaAllah.
Berkaitan:
Shah Alam MP Khalid and blogger reach settlement (The Star)
Blogger apologises to Khalid Samad for crucifix caricature (The Malaysian Insider)
Pro-Umno blogger apologises to Khalid Samad (Malaysiakini)
Blogger Umno minta maaf kepada Khalid Samad (HarakahDaily)
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

No comments
Post a Comment