Live #KL112: Kumpulan Rakyat Mula Bergerak. Gambar Dari Segenap Sudut Dipaparkan
kumpulan pecahan mula bergabung. mereka nak nyatakan bahawa kerajaan zalim dan jahat akan musnah pada pru13 nanti.
allahuakhbar!
KUALA LUMPUR 12 JAN : Berdasarkan lapuran ditujuh lokasi utama terdapat lebih 30,000 telah pun berada di ibu negara sejak jam 11.00 pagi tadi.
Tujuh lokasi yang menjadi tumpuan sebelum bergerak ke Stadium negara tersebut adalah KLCC,Brickfield, Masjid Universiti Malaya,Pasar Seni,
Himpunan yang di anjurkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat ini mensasarkan seramai mungkin rakyat turun untuk memberi sokongan selain memberi tekanan kepada BN.
Selain tiga komponen besar PR yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP beberapa parti bebas dari Sabah dan Sarawak juga dijangka akan menyertai himpunan yang mendapat permit dari pihak polis ini.
Turut serta dijangkakan juga beberapa NGO seperti BERSIH 2.0, Anti-Lynas, Anak, SAMM, Gamis, Muafakat, Kase serta beberapa lagi.
Orang ramai dari semua tujuh lokasi tersebut akan berarak ke stadium negara dimana majlis himpunan tersebut bermula jam 2.00 petang nanti
Dijangkakan hampir satu juta akan membanjiri Stadium merdeka.
Sementara itu pihak polis yang menyedia 50 Marshal untuk membantu pihak media juga kelihatan dibeberapa lokasi.
Sejak malam tadi pihak polis kelihatan berada dibeberapa lokasi yang bertugas sebagai pengawal trafik.
11.00 pagi – Selebriti Abby Abadi memilih untuk bersama penyokong Gerakan Menuntut Royalti ‘R’ sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat, KL112 sebagai tanda sokongan bersama warga Kelantan dan Terengganu yang teraniaya selama ini.
Menurutnya sebagai warga Kuala Lumpur, beliau ingin menyambut kehadiran tetamu yang ingin menyatakan sokongan rakyat demi membawa perubahan kepada negara.
“Alhamdulillah saya diberikan sempatan untuk bersama mereka. Sebelum ini saya tidak berpeluang menyertai mereka.
“Saya harap kerajaan sudi untuk mengembalikan hak mereka sebelum rakyat membuat perubahan,” katanya di hadapan KLCC.
Beliau berharap himpunan hari ini berlangsung aman dan tiada sebarang provokasi yang bakal mencemar kelangsungan KL112.
11.10 pagi – Di Pasar Seni dan Jalan Petaling hampir 2,000 orang telah berada disini. Kebanyakan mereka memakai baju kuning Bersih 2.0.
Bunyi hon kenderaan yang melintasi jalan di hadapan Pasar Seni sebagai tanda sokongan bertali arus.
10.25 pagi .. Di Pasar seni dan Jalan Petaling.. orang ramai mula bergerak ke Stadium Negara dengan Laungan Takbir dan Reformasi.
No comments
Post a Comment