Terkini! Haji Hadi Balun Lagi Umno Isu Amanat!

 http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/c0.0.403.403/p403x403/1518_401931609891963_773474126_n.jpg

 http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/2014_401458489939275_1110540198_n.jpg

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Alhamdulillah, orang Umno terima dan dalilnya mereka tidak lagi menghina hukum Islam. Itu respon saya, cuma jangan degillah tak mengaku salah. Tahun 60-an, 70-an (waktu) itu masih ramai yang hina hukum Islam.

Sekarang ini tidak ada lagi di kalangan orang Umno yang mengatakan ‘politik suku, agama suku’…dah tak ada lagi kata macam itu. Mereka pun sudah terima dan percaya politik ada dalam Islam..cukuplah dulu, respon (tindak balas) ada.

Kita (umat Islam) kena sedar ramai yang tak tahu dengan mengatakan politik tidak ada dalam Islam, (termasuk) hukum jenayahnya…(ini) kerana mereka tak membaca.

Akhirnya, berlaku suatu perubahan dan tidak ada lagi termasuk pemimpin-pemimpin (Umno), menteri-menteri pun tak ada yang bercakap (politik suku, agama suku) lagi. Itu suatu respon positiflah, kenapa pula perlu saya hendak tarik (amanat).

Pihak Jabatan Perdana Menteri sendiri pernah mengeluarkan sebuah buku ‘Mustika Hadis’ yang dianggap lebih ‘keras’ mengenai iman dan Islam.

Ini kerana, hendak ‘main-main’ pilihan raya saja dan setiap kali menjelang pilihan raya buat keluar isu (amanat) itu…apa ini, tidak baiklah begitu.

Sebenarnya, bukan saya sahaja yang tulis buku ini. Jabatan Perdana Menteri pun tulis dan allahyarham Tun Razak yang beri kata pendahuluan. Masa itu PAS dalam Barisan Nasional dan Tun Razak jadi Perdana Menteri keluar sebuah buku ‘mustika hadis’.

Dalam buku itu menjelaskan perkara yang merosakkan iman dan Islam pada jilid yang pertama. Tapi mereka tak baca buku (mustika hadis) itu. Bahkan, buku itu lebih keras tapi saya ‘perlembutkan’ lagi. Sebab buku itu tidak bezakan antara (orang) yang jahil dengan (orang) yang tahu tetapi saya bezakan.

No comments

Powered by Blogger.