TV3 Dan RTM Mainkan Masalah Air Dengan Isu Politik? Bercanggah Dengan Kenyataan Rasmi Dari SYABAS

 http://www.syabas.com.my/uploads/corporate/syabasci__0007_Layer%2023.jpg

 

MAKLUMAN MEDIA NO. 3: STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK

KENYATAAN MEDIA                          
4 JANUARI 2012
(MAKLUMAN MEDIA NO. 3)

STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin mengemaskini laporan tentang status terkini Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning yang telah diaktifkan pada 6.00 petang, 1 Januari 2013 di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan kegagalan sistem pam Wangsa Maju dan di rumah pam di Pudu Hulu Baru.

Setakat ini, sistem pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan Rumah Pam Pudu Hulu Baru ini telah beroperasi dengan stabil semenjak 2 Januari 2012. Rumah pam Wangsa Maju juga pada masa ini beroperasi pada tahap 170 JLH berbanding kadar biasa di tahap 210 JLH. Justeru itu, tempoh pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat akan berlaku secara berperingkat-peringkat bergantung kepada kedudukan kawasan yang mana kawasan yang berkedudukan tinggi akan mengambil masa untuk dipulihkan berbanding dengan kawasan yang berada di kedudukan rendah. Walau bagaimanapun, oleh kerana kadar pengepaman telah dikawal pada 170 JLH dan kurang daripada permintaan harian biasa sebanyak 210 JLH, SYABAS menjangkakan ada beberapa kawasan yang akan tidak dapat dipulihkan sepenuhnya.

Bagi kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak,  bekalan air telah mula pulih seperti sedia kala dan antara sebahagian kawasan yang telah mula mendapat bekalan air adalah seperti berikut:
                                             
Kawasan Yang Mendapat Bekalan Air

Wilayah Kuala Lumpur:
Bil
Kawasan
Bil
Kawasan
1.
Flat DBKL Dato' Keramat
9.
UTM
2.
Jalan Padang Tembak
10
FELDA
3.
Jalan Semarak
11
Pusat Latihan Telekom
4.
Jalan Gurney
12
Jalan U Thant
5.
Kementah
13
Jalan Ampang Hilir
6.
Pulapol
14
Taman Miharja
7.
Wisma Tanah
15
Taman Kobena
8.
JUPEM



Wilayah Gombak:
Bil
Kawasan
Bil
Kawasan
1
Kampung Baru Ampang
31
Sri Rampai
2
Kampung Melayu Ampang
32
Taman Ampang
3
Taman Hillview
33
Taman Dagang Permai
4
Bukit Jobina
34
Taman Pandan Ria
5
Taman Dato Ahmad Razali
35
Taman Permai Jaya
6
Taman Bukit Indah
36
Taman Permata
7
Taman TAR
37
Taman Saujana Ampang
8
Ukay Heights
38
Taman Ampang Mewah
9
Ampang Jaya
39
Taman Ampang Utama
10
Dataran Ukay
40
Taman Bukit Ampang
11
Pinggiran Ukay
41
Taman Cahaya Ampang
12
Sri Ukay
42
Taman Dagang Jaya
13
Beverly Heights
43
Taman Halaman
14
Ampang Indah
44
Taman Kesuma Ampang
15
Ampang Saujana
45
Taman Kosas
16
Ampang Water Front
46
Taman Mulia Jaya
17
Bandar Baru Ampang
47
Taman Rasmi Jaya
18
Bukit Ampang Permai
48
Taman Sri Ampang
19
Bukit Indah
49
Taman Watan
20
Desa Setapak
50
Wangsa Melawati
21
JalanAmpang
51
Mesra Ria
22
Kampung Bukit Sungai Puteh
52
Mesra Prima
23
Keramat AU 1 hingga AU 5
53
Mesra Villa
24
Kampung Indah Mulia
54
Ukay Bestari
25
Kampung Kemensah


26
Kampung Lembah Jaya


27
Kampung Pinggir Tiga Jaya


28
Kampung Tengah Lembah Jaya


29
Lembah Jaya Utara


30
Lembah Jaya Selatan



Walaubagaimanapun, antara kawasan yang masih mengalami gangguan bekalan air di kedua-dua wilayah ini adalah seperti berikut:

Kawasan Yang Masih Mengalami Gangguan Bekalan Air

Wilayah Kuala Lumpur:

Bil
Kawasan
Bil
Kawasan
1.
Taman Pandan Jaya
12.
Desa Pandan
2.
Taman Cempaka
13.
Flat Sri Melaka
3.
Taman Bakti
14.
Taman Muda
4.
Taman Nirwana
15.
Taman Seraya
5.
Kampung Pandan Dalam
16.
Taman Bukit Permai
6.
Taman Cahaya
17
Taman Melur
7.
PandanCahaya
18
Taman Teratai
8.
Taman Dagang
19
Taman Mega Jaya
9.
Taman Shamelin
20
Kampung Cheras Baru
10.
Taman Tenaga
21
Taman Saga
11.
Bandar Sri Permaisuri



Wilayah Gombak:

Bil
Kawasan
Bil
Kawasan
1.
Kampung Tasek Permai
3.
Kampung Ampang Campuran
2.
Desa Lembah Permai
4.
Tasek Tambahan

Untuk makluman juga, sepanjang Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) diaktifkan iaitu dari tempoh 29 Disember 2012 hingga 4 Januari 2013, secara keseluruhannya bekalan air menerusi lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas telah dihantar sebanyak 707 trip penghantaran, yang mana sebanyak 392 pergerakan lori tangki telah dilakukan di wilayah Kuala Lumpur dan bakinya sebanyak 315 pergerakan di wilayah Gombak. Bagi tangki air statik, SYABAS telah meletakkan sejumlah 173 tangki air statik di wilayah Kuala Lumpur dan Gombak. Walau bagaimanapun, SYABAS akan menggerakkan semua sumber yang ada pada SYABAS dan juga bantuan yang boleh diperolehi, tetapi memandangkan kawasan dan bilangan akaun yang terlibat adalah terlalu tinggi, pihak SYABAS tidak dapat menjanjikan tangki-tangki statik ini dapat dipenuhkan setiap masa.

Walau bagaimanapun, SYABAS akan terus melakukan pemantauan berterusan khususnya di semua kawasan yang terlibat di kedua-dua wilayah ini dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan terus kepada para pengguna berhubung perkembangan terkini status gangguan bekalan air tidak  berjadual yang berlaku ini.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan agar terus menggunakan air secara berhemah dan berjimat cermat sepanjang tempoh pemulihan bekalan air ini berlaku bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi.

Pada masa ini, jumlah panggilan yang diterima oleh SYABAS menerusi talian bebas tol 1 800 88 5252 adalah tinggi. Justeru itu, bagi menjimatkan masa, SYABAS menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

-tamat-

MS. PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar,
Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
Tel      : 03-2088 5276                   
Fax     : 03-2088 5288
Email : priscilla@syabas.com.my

No comments

Powered by Blogger.