BEBERAPA KEMUNGKINAN SELEPAS TAN SRI KHALID DIPECAT

Kamarul Yusoff


(1) Apakah ada kemungkinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan meletakkan jawatan beliau selaku Menteri Besar kerana berpendapat pemecatan beliau dari PKR tidak sah, kerana berpendapat beliau masih diperkenankan oleh Sultan Selangor dan kerana berpendapat beliau masih mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Selangor?

(2) Apakah ada kemungkinan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor akan mengemukakan satu representasi bertulis kepada Sultan Selangor bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi Sultan Selangor mungkin akan meminta perkara ini diselesaikan di dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Selangor?

(3) Apakah ada kemungkinan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor akan mengemukakan satu usul tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi ini mungkin tidak akan dapat dilakukan sehingga bulan Disember 2014 kerana beliau mungkin tidak akan menasihatkan Sultan Selangor untuk memanggil Dewan Undangan Negeri Selangor?

(4) Apakah ada kemungkinan PKR akan cuba membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor tetapi ini mungkin tidak akan dapat dilakukan sehingga satu usul tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim dikemukakan di dalam dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor dan sehingga Sultan Selangor memperkenankannya?

(5) Apakah ada kemungkinan pihak-pihak tertentu akan cuba mencetuskan suasana huru-hara di Selangor bagi membantah cubaan menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan beliau selaku Menteri Besar dengan mengharapkan agar darurat akan diisytiharkan dan pemerintahan berbentuk MAGERAN dilaksanakan di Selangor?

No comments

Powered by Blogger.