LAPORAN PORTAL ONLINE MSTAR 'PAS PELAWA ABDUL KHALID KEAHLIAN PARTI' ADALAH TIDAK BENAR

Laporan berita yang berkait dengan YAB Menteri Besar Kelantan merangkap Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) dibawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online mstar adalah tidak tepat sama sekali. Laporan akhbar tersebut boleh dirujuk di: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/10/pas-terima-khalid/

Perenggan kedua laporan mstar yang menyatakan 'Menteri Besar Kelantan memberitahu pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk Abdul Khalid yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari sabtu kerana masalah disiplin' dengan disebut sedutan ucapan beliau yang berbunyi " terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR" adalah tidak benar sama-sekali.

Sebaliknya YAB Pemangku Ketua DUPP hanya menyatakan " itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia" apabila ditanya tentang masa depan politik Tan Sri Khalid selepas ini. Dalam menjawab soalan kepada wartawan pada tengahari tadi di Perdana Resort ketika menghadiri majlis hari raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) beliau hanya menekankan agar masyarakat dan ahli PAS bertenang supaya dapat mewujudkan suasana terbaik dalam kemelut yang melanda Selangor dan ujarnya " DUPP sendiri kembali kepada tarikh mesyuarat PAS Pusat yang akan berlangsung pada 17 ogos 2014 nanti dan kita tunggu apa yang diputuskan nanti" ujar beliau lagi "apa yang berlaku di Selangor kini adalah satu 'exercise' bagi membina kematangan berpolitik".

Beliau yang juga anggota Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) menegaskan bahawa ahli PAS perlu menghormati MSU yang merupakan badan tertinggi parti dan sentiasa memantau perjalanan PAS agar seiring dengan dasar dan prinsip PAS.

Beliau juga menyatakan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagaimana yang tersiar dalam berita headline TV3 pada jam 8 malam tadi. Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan MSU telah membincangkan hal ini, boleh jadi mereka yang melaporkan tersebut keliru antara Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.

Disediakan:

Mohd Asri Mat Daud
~Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Merangkap Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat

~Bertarikh 14 Syawal 1435/ 10 Ogos 2014

1 comment

Anonymous said...

Mintak maaf ajelah DUPP. Anda telah saya letakan sebaris dgn Fatul Bari dan Kazim. Bersamanya Nasarudin Tantawi Din ayam dan dua tiga lagi. Bersama saya ada ramai lg, dan anda boleh periksa di wall fb dlm tempuh peralihan kuada MB Selangor. Dari itu anda jgn lah perasan dgn jubah dan serban sbb org sudah mampu mengintai hati anda. Nak ranya skit, kita imbau kembali semasa Rafizi membawa tuduhan beserta fakta isu NFC. Yg berkupiah kulup tak berkupiah menghentam Sharizat sampai terlondeh. Sekarang org yg sama beserta fakta membawa isu mb knpa berbeza? Adakah anda suka makan bersama Khalid tampa dilihat oleh ahli pas?. Dan satu lg. Dlm isu Hasan Ali seluruh ahli anda pengaruh. Akhirnya Hassan di tendang. Khalid pkr anda angkat. Maknanya Khalid wala' kpd anda. Tak gitu...?

Powered by Blogger.