News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Terkini! Kerja Dari Rumah Dengan Mudah! Gaji Masuk Banyak!

August 31, 2014

Hi,

Jika anda nak bekerja dari rumah dan memiliki kemahiran berikut:

1: Mahir mengunakan komputer & internet.
2: Tahu mengunakan perisian Microsoft Office atau Open Office.
3: Boleh membaca dan menulis dalam berbahasa Inggeris.
4: Tahu apa beza antara Google & Web Browser.

Anda sesuai untuk kerja online freelance seperti:

1: Virtual Assistant (USD$100 per projek)
2: Data Entry (USD$50.00 per projek)
3: Web Research (USD$150.00 per projek)
4: Virtual Customer Service (USD$70.00 per projek)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang online freelancing sila layari link dibawah sekarang!
==> http://jobdirumah.com/kerabu

Terima kasih,

Rumah Guan Eng dibaling molotov koktel

Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 11.48 semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah ketua menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia meletup dan terbakar selepas dibaling, tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.


"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah ketua menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api. – Bernama, 31 Ogos, 2014.

Selamat Hari Merdeka Ke 57



Selamat menyambut hari merdeka kepada semua.

Semoga allah kekalkan nikmat kemerdekaan ini. Semoga allah kuatkan lagi perjuangan pemimpin islam kami untuk memartabatkan agama suci ini.

Road tu #prkpengkalankubor



Insya allah. Kami akan memberi makkumat dan gambaran yang lebih dekat untuk prk pengkalan kubir nanti.

Betul Kata Mahathir

August 30, 2014



Najib gagal dalam menguruskan hal berkaitan ekonomi dan sosial negara pada masa sekarang.

Mahathir dah tahu.

Duit Rakyat Jadi Mangsa Dalam Isu MAS



Menangis tidak berlagu. Rm 6 bilion akibat kelemahan umno.

Abdul Khalid tolak kerjasama Umno kekal kerusi MB

Fazallah Pit

SHAH ALAM, 30 OGOS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan membuat rundingan kerjasama dengan Umno bagi membantu beliau mengekalkan kedudukan sebagai orang nombor satu di negeri itu.

Menurut sumber yang memetik laporan Malay Mail, difahamkan Umno sebelum ini menjemput Abdul Khalid untuk menyertai mereka pada kemuncak krisis panjang kerusi jawatan itu sebulan lalu.

"Itu bukan cara beliau," kata seorang pegawai dari pejabat Abdul Khalid.

Sumber yang rapat dengan Abdul Khalid turut memaklumkan Umno memerlukan Abdul Khalid kerana kepakaran beliau dalam dunia korporat sebagai bekas Pegawai Eksekutif Guthrie Bhd.

Abdul Khalid sebelum ini dipecat dari PKR dan akhirnya mengumumkan perletakkan jawatannya pada Selasa lalu.

Malay Mail difahamkan bahawa Umno menawarkan untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan bekerjasama dengan Pas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Selangor bagaimanapun tidak mahu mengulas perkara itu.

Satu sumber yang rapat dengan Abdul Khalid juga menyifatkan beliau seorang yang tegas dan berusaha menjalankan pentadbirannya yang bersih.

EZY

#prkpengkalankubor Gelombang Anak Muda Tolak Umno



Antara calon dari umno yang disebut akan dipilih. Insya allah. Anak muda tak sabar nak tolak umno.

Rafizi Liabiliti kepada PKR dan PR?

August 29, 2014

Kenyataan Adun Seri Muda Suhaimi Shafiei ke atas Ahli Parlimen Pandan jelas menunjukkan semangat perpaduan dan menghormati antara satu sama lain perlu ada dalam Pakatan Rakyat.

Tampak kini Rafizi Ramli sudah mula menunjuk belang, angkuh dan sombong.

Rafizi perlu jelas PKR tidak bersendirian dalam Pakatan Rakyat. Kita ada parti komponen yang lain yang bersama-sama dalam membawa agenda perubahan untuk rakyat.

Sikap Rafizi kini nampak banyak menyusahkan akar umbi parti, pimpinan parti dan hubungan di antara parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum mahu mempertikaikan suara akar umbi parti, Rafizi wajar turun padang dahulu dan memantau apa kemahuan akar umbi parti. Rafizi jangan bongkak dan sombong dalam menyuarakan pendapat serta pandangan.

Kebelakangan ini jelas menunjukkan Rafizi gelojoh dan tidak berfikir panjang dalam apa yang beliau lakukan.

Sudahlah mempertikaikan kesetiaan ahli parti dan menghalau ahli parti dari parti sendiri.

Barangkali beliau lupa yang memenangkan beliau di Pandan dan jawatan Naib Presiden parti baru-baru ini di kalangan akar umbi parti juga.

Sikap ini jelas Rafizi bakal menjadi liabiliti kepada PKR dan Pakatan Rakyat di masa depan.

Rintihan atas sikap bongkak dan sombong Rafizi tidak hanya tertumpu kepada para pendokong Pakatan Rakyat yang lain, tetapi di tempat beliau sendiri iaitu Pandan juga menerima nasib yang sama.

Beberapa keluhan kini mula terdengar daripada suara-suara anak muda yang berkongsi perihal Rafizi gagal mewujudkan suasana politik keterbukaan dan kerjasama yang baik di semua peringkat.

Bila bergerak di dalam politik ia memerlukan satu pasukan yang kukuh baik dari segi hubungan dan persefahaman. Politik ini jelas diplomasi perlu ada baik di semua peringkat.

Sekiranya Rafizi Ramli terus bersikap angkuh, nescaya beliau akan gagal membantu misi Pakatan Rakyat ke Putrajaya dan seterusnya dianggap liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

Rafizi Ramli tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan suasana politik di Selangor. Beliau hanya sekadar ahli parlimen Pandan bukan seorang Adun yang terlibat dalam sidang DUN Selangor.

Ahli parti boleh menerima sekiranya beliau seorang Adun yang dibawah DUN Selangor dan juga Ketua Cabang Pandan.

Tetap, beliau merupakan Ketua Cabang Kemaman yang telah diumumkan menang baru-baru ini.

Ada baik Rafizi amalkan sikap toleransi dan amalan mula mendengar suara akar umbi. Kita mahu agenda Pakatan Rakyat diteruskan di samping mengukuhkan lagi hubungan parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.

Tidak rugi sekiranya menjadi seorang pemimpin yang mendengar rintihan dari semua peringkat.

Angkuh dan sombong ini hanya diamalkan oleh pemimpin Barisan Nasional yang rata-rata rakyat sudah muak dengan tindakan menggila dan menyondol tidak bertempat.

Kita mahu hubungan dan kerjasama Pakatan Rakyat diteruskan. Ini perjuangan rakyat dan agenda rakyat. Bukan perjuangan Rafizi Ramli “seorang” yang ingin tunjuk diri beliau pakar dalam menyusun strategi.

Perlu bersama-sama dalam satu saf kerana beliau membawa suara parti dan Pakatan Rakyat bukan nama beliau seorang.

Jangan kerana ego semua ahli parti dan pendokong Pakatan Rakyat akan merasai kesilapan yang anda lakukan. Kami sudah menegur tetapi anda yang bongkak dan sombong tidak menerima pandangan akar umbi.

Kami pilih anda supaya anda terlibat dalam bersama-sama mengerakkan momentum perubahan untuk rakyat dan bukan membawa kesusahan kepada kami kelak.

“Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga” peribahasa mudah jangan kerana anda semua orang terpalit dan perlu tanggung tindakan yang tampak mementingkan diri.

Jangan menjadi “Duri dalam daging” dan meyusahkan akar umbi di belakang hari. – 29 Ogos, 2014.

* Penulis ialah Naib Ketua AMK Cabang Kelana Jaya.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

PAS Parti Kukuh



Isnya allah. Terus berjuang dengan etika dan disiplin berjemaah walau difitnah dengan pelbagai tohmahan.

TARIKH PILIHAN RAYA KECIL N01 PENGKALAN KUBOR KELANTAN

TARIKH PILIHAN RAYA KECIL N01 PENGKALAN KUBOR KELANTAN

Tarikh Writ :
29 OGOS 14

Tarikh Notis Pilihanraya :
30 OGOS 14

Tarikh penamaan calon :
13 SEPT 14

Tarikh Pengundian Awal :
21 SEPT 14

Tarikh Pengundian Biasa :
25 SEPT 14

Apa Dia Ni?

August 28, 2014



Rosmah asal dari minangkabau rupanya. Tahniah lah kak mah!

Akhirnya Israel Kalah

August 27, 2014



Allahuakhbar!

Kenyataan Media Dari PKR Dan DAP

August 26, 2014

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

PERLANTIKAN DATO’ MENTERI BESAR
KEADILAN DAN DAP MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.

DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013. Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN

TONY PUA
Setiausaha Publisiti DAP

26 Ogos 2014

Warga Asing Merogol Rakyat Malaysia



Mereka bermaharaja lela gunakan subsidi yang mana dilaungkan oleh kerana sebagai hak rakyat.

Anda boleh tengok gelagat mereka tanpa rasa takut di sekitar negeri sempanan.

Salah siapa?

Khalid letak jawatan, tiada p'raya negeri

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menangguh menerima peletakan jawatan itu sehingga penggantinya ditentukan.

Munir berkata, sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid.

Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

"Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini,” katanya.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.

Keputusan AJK Pas Pusat

August 25, 2014



Semoga allah bantu dalam menyelesaikan masalah ini.

Maklumat perjalanan jenazah

August 22, 2014



Al fatihah

#MH17 Semoga Allah Ampunkan Dosa Arwah



Sedekah al fatihah kepada semua mangsa yang beragama islam.

Penerbangan MH19 bawa waris mangsa MH17 tiba di KLIA

SEPANG: Pesawat MH19 dari Amsterdam, Belanda yang membawa sebahagian keluarga mangsa tragedi MH17 yang akan dibawa pulang hari ini, selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.06 pagi tadi.

Kelihatan beberapa ahli keluarga diiring kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang berpakaian serba hitam. Turut sama dalam penerbangan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Upacara penerimaan 20 jenazah mangsa tragedi MH17 itu akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya pagi ini.

ANALISIS AWAL PRK PENGKALAN KUBOR.

August 21, 2014

Secara tuntasnya Pilihanraya Kecil N1 Pengkalan Kubor pasti akan berlaku. Melihat kepada majoriti yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Noor Zahidi Bin Omar dalam pilihanraya umum yang ke 13 yang lalu iaitu sebanyak 1736 undi bagaikan sukar dikejar oleh PKR, tidak sebagaimana kawasan pengundi campuran. Bagi kawasan pengundi Melayu, majoriti mendekati 2000 undi adalah sukar di kejar kerana amat jarang pengundi Melayu tradisional mengubah pegangannya.

Bagi undi biasa, terdapat 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Dun Pengkalan Kubor. BN menguasai 7 PDM manakala PKR hanya menguasai 5 PDM. BN menguasai PDM Pengkalan Kubor, Simpangan, Tujoh, Bunohan, Jubakar Darat, Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Telok Jering. Manakala PKR pula menguasai PDM Pengkalan Kubor, Kampung Tebing, Kampung Geting, Telaga Bata dan Kedai Geting.

Dari segi penguasaan saluran pengundi pula, BN menguasai 21 saluran undi biasa dan PKR juga menguasai 21 saluran pengundi dan menariknya BN dan PKR seri dengan memperolehi jumlah undi yang sama di saluran 4 bagi PDM Tujoh.

Secara tradisinya BN menang besar bagi undi pos dengan majoriti 47 undi dan undi awal dengan majoriti 87 undi. Keduanya bolehlah dikatakan sebagai simpanan kekal bagi BN dalam mana-mana pertempuran pilihanraya samada umum mahupun kecil.

Dari analisis ringkas, BN hampir pasti akan mengekalkan undi mereka di 6 PDM utama mereka berdasarkan keputusan pilihanraya 2013 yang lalu. BN menang di Pengkalan Kubor dengan majoriti 474 undi (Bebas : 5 , BN: 1051 , PKR: 577 ), PDM Simpangan dengan majoriti 516 undi (Bebas : 3 , BN: 837 , PKR: 321 ), PDM Bunohan dengan majoriti 419 undi (Bebas : 6 , BN: 805 , PKR: 386 ), PDM Jubakar Darat dengan majoriti 699 undi (Bebas : 3 , BN: 782 , PKR: 83 ), PDM Kampung Bendang Pak Yong dengan majoriti 241 undi (Bebas : 6 , BN: 1191 , PKR: 950 ) dan PDM Kampung Telok Jering dengan majoriti (Bebas : 2 , BN: 460 , PKR: 123 ).

Bagi PKR pula, mereka hanya selamat pada dua PDM jika pola pengundian dan kecenderungan pengundi tidak berubah dengan ketara. Kekuatan utama mereka pada PDM Kampung Geting yang dimenangi dengan majoriti 524 undi (Bebas : 8 , BN: 1016 , PKR: 1540 ) dan disusuli dengan PDM Kedai Geting yang dimenangi PKR dengan majoriti 222 undi (Bebas : 1 , BN: 520 , PKR: 742).

Berdasarkan analisis keputusan pilihanraya yang lepas juga, persaingan sengit akan berlaku di 4 lagi PDM yang 3 daripadanya dimenangi PKR dan satunya dimenangi oleh BN. Oleh kerana dimenangi dengan majoriti yang tipis oleh kedua-dua parti bertanding, maka bolehlah dikatakan PDM ini akan mengalami persaingan sengit.

Antara PDM yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti yang rendah ialah PDM Kampung Ketil dengan majoriti 110 undi (Bebas : 10 , BN: 1005 , PKR: 1115), PDM Kampung Tebing dengan majoriti 165 undi (Bebas : 4 , BN: 503 , PKR: 668) dan PDM Telaga Bata dengan majoriti 67 undi (Bebas : 7 , BN: 680 , PKR: 747). Manakala satu-satunya PDM yang dimenangi BN dengan majoriti yang sangat rendah adalah PDM Tujoh. BN hanya memenanginya dengan majoriti 4 undi sahaja (Bebas : 10 , BN: 1133 , PKR: 1129).

Sifir mudah bagi BN untuk memenangi pilihanraya kecil ini hanya satu, iaitu mengekalkan undi yang diperolehi dengan sebaiknya tanpa mengharapkan perpindahan undi dari PKR. Majoriti BN sudah terlalu selesa bagi kawasan Melayu seperti Pengkalan Kubor. Bagi PKR dan Pakatan Rakyat terdapat beberapa kemungkinan yang mesti diusahakan jika ingin memenangi pilihanraya kecil ini hatta dengan 1 undi.

1. Mengekalkan semua undi yang diperolehi dalam pilihanraya yang lalu.
2. Meningkatkan jumlah undi Majoriti dalam PDM sengit seperti Kampung Ketil, Kampung Tebing, Tujoh dan Telaga Bata.
3. Memberikan saingan untuk pertambahan undi bagi PDM Kampung Bendang Pak Yong dan PDM Kampung Telok Jering.
4. Perlu merampas PDM Tujoh.
5. Secara Matematiknya Pakatan Rakyat memerlukan 8.55% pengundi BN (kira-kira 870 undi) untuk memenangi PRK Pengkalan Kubor dengan majoriti kecil.

Sejak Dun Pengkalan Kubor diperkenalkan sebagai salah satu kawasan pilihanraya negeri sejak 1995, ia hanya sekali dimenangi oleh Parti Politik selain UMNO, iaitu pada pilihanraya umum yang ke 10 pada 1999. PAS memenangi kerusi tersebut dengan calonnya Wan Hussain Wan Ahmad yang mendapat undi sebanyak 7115 menewaskan calon BN pada ketika itu Mat Nawawi Bin Mat Jusoh yang mendapat undi sebanyak 4684 undi. Majoriti yang diperolehi adalah sebanya 2432 undi.

Tidak mustahil jika berlaku tolak ansur di kalangan Parti Pakatan Rakyat dengan memberikan kerusi tersebut kepada PAS semula dengan dibantu pula semangat dan kekuatan ahli Parlimen Tumpat (YB Kamaruddin Jaafar) berserta 3 lagi dun di dalam parlimen tersebut yang juga dimenangi oleh PAS, sesuatu kemungkinan yang baik boleh dipersembahkan. Semangat kemenangan dalam Dun Kelaboran (YB Mohd Zaki Ibrahim), Dun Pasir Pekan (YAB Dato Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan) dan Dun Wakaf Bharu (YB Che Abdullah Mat Nawi) boleh diterjemahkan pada pilihanraya kecil Pengkalan Kubor.

Keputusan Pilihanraya kali ini penting dalam menterjemahkan mood rakyat tempatan terhadap tahun pertama prestasi kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar baharu bagi negeri Kelantan YAB Dato Ahmad Yakob yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat. Di samping ia juga sebagai suara kecil rakyat terhadap isu di Selangor dan lain-lain isu yang bersifat nasional.

Penganalisis Politik Desa
Nazmie Samarahan
21082014 - 12.50 pm

Penafian Presiden PAS Menerima Titah Mengenai Isu MB Selangor

PIhak Pejabat Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membetulkan maklumat yang telah ditulis secara tidak tepat oleh Sdr Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Malaysia) seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan.

Pihak kami ingin menjelaskan bahawa Dato Seri Tuan Guru telah memohon mengadap Ke Bawah DYMM Tuanku pada hari raya keempat semperna Hari Raya Aidil Fitri dan tidak ada sebarang titah arahan dari Ke Bawah DYMM mengenai isu MB Selangor.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS

Perjumpaan TMB Kelantan Dengan Pihak Pengurusan Pondok Moden

August 20, 2014



Insya allah. Segala kemelut dan salah faham akan selesai.

Yang seronok menghasut sila insaf dan sedar la. Tidak ada guna anda melaga-lagakan golongan alim ulama ini.

Syabas MB Kedah



Dengar citer sekarang tengah bercuti di luar negara.

Apa yang mukhriz dah buat kat kedah?

Ramai Ziarah Rumah Arwah Adun Pengkalan Kubur



Kelihatan beberapa orang pemimpin parti umno di kawasan rumah arwah.

Adun Pengkalan Kubor meninggal dunia

SHAH ALAM - Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar telah meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi.

Al-Fatihah.

Ketua Eksekutif MRT letak jawatan

August 19, 2014

SUNGAI BULOH: Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid mengumumkan meletak jawatan serta merta kerana mengambil tanggungjawab kejadian konkrit runtuh di projek MRT di Kota Damansara yang mengorbankan tiga pekerja Bangladesh.

Beliau mengumumkan peletakan jawatan itu di pejabat pembinaan Mass Rapit Transit (MRT), di sini, hari ini.

Pekerja Bangladesh berkenaan maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) jam 8.30 malam tadi.

Setakat ini, mayat dua pekerja Bangladesh yang maut dihempap blok konkrit landasan Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara malam tadi berjaya ditemui dan dibawa keluar dari runtuhan itu pada jam 1.35 tengah hari tadi.

Mangsa ialah Muhamad Faruki Khan, 38, dan Mohammad Alauddin Mollik, 34.

Sebelum itu, mayat seorang lag pekerja Bangladesh, Mohamad Elagi Hossain, 26, berjaya dikeluarkan pada jam 2.34 pagi tadi dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Ketika kejadian empat pekerja Bangladesh sedang bertugas di atas segmen landasan itu. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Dr Mahathir tarik balik sokongan kepada Najib

August 18, 2014

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Dr Mahathir melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.

"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.

"Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.

"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," katanya menerusi blog popularnya itu.

Dr Mahathir berkata, kelemahan pentadbiran Najib disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," katanya.

Beliau berkata, kesalahan pertama Najib adalah apabila beliau melayan tuntutan musuh.

"ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan.

"Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng," katanya.

Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan sikap pentadbiran Najib yang dilihat terlalu tunduk kepada negara-negara jiran.

"Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan.

"Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya," katanya.

Dalam PRU13 lalu, pencapaian Najib lebih buruk daripada Abdullah pada PRU12 apabila hanya berjaya mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008. – 18 Ogos, 2014.

Terkini! Sidang Media TG Nik Aziz Selepas TG Haji Haji Mengadakan Perjumpaan Tertutup



Sidang media TGNA & TGHH selepas pertemuan sulit antara keduanya sekejap tadi.

"Selepas diberikan taklimat oleh TGHH & Cikgu Pa, saya menyokong penuh keputusan Mesyuarat Pas Pusat semalam" - TGNA

Allahuakhbar!

Awas! Fitnah Terbaru Sedang Tersebar



Ingat. Semua kita akan mati.

UMNO JANGAN JADI BONEKA US DAN ZIONIS

Perjuangan UMNO sekarang sudah songsang. Perlembagaan UMNO yang memperkasakan bangsa Melayu, islam dan negara sudah dianggap ketinggalan zaman. Waktu Anwar dalam UMNO dia sudah mengembangkan ajaran politik liberalisme, masyarakat madani, pluralisme yang menjadi falsafah politik Zionisme yang menguasai kepimpinan negara US.Waktu dalam ABIM Islam menjadi slogan untuk memukau para pengikutnya. Akhirnya Islam ditinggalkan setelah dia berkuasa dan menyemaikan idelogi Zionisme yang berkiblat ke Washington. Walaupun dia mempunyai pengaruh meluas dalam UM NO di waktu itu namun dia gagal menumbangkan Dr Mahathir yang menjadfi PM kerana kekuatan intelektual Mahathir dan kewibawaannya sebagai PM yang berani menentang US dan Zionisme tidak dapat ditandingi Anwar. Walau pun dia mengadakan "reformasi jalanan" namun ia tetap gagal menghancurkan pengaruh dan kuasa politik Mahathir.

Kelemahan Pak Lah sebagai PM dengan anak menantu dan kaum keluarga yang berlagak super sombong dan super rakus menjadi "ulam" kepada Anwear. Malah di era Pak Lah inilah pengaruh US dan Zionisme sudah meresap masuk kerana kelemahan Pak Lah yang dikuasai oleh anak-anak dan menantunya. Anwar yang menjadfi musuh politik UMNO dan merengkok dalam penjara dibebaskan tanpa menghabiskan waktunya. Besar kemungkinan US dan Zionis telah menekan Pak Lah membebaskan Anwar segera kerana Pak Lah dikaitkan dengan skandal "minyak untuk makanan" diera Saddam Hussein, dan anaknya pula terlibat dalam penjualan alat nukliar kepada Libya melalui syarikat Scomi. Pendedahan yang dibuat oleh US melalui CIA dan juga Mossad menyebabkan Pak Lah terpaksa tunduk pada tekanan kuasa luar. Situasi politik negara semakin gawat. PengaruhtCIA dan Mossad semakin berkuasa.

Soalnya apakah Najib sekarang bebas dari engaruh US dan Zionis? Tidak. Malah 1 Malaysia yang dijajanya merupakan ciri-ciri perjuangan liberalisme US dan Zionis.Penghapusan ISA yang diperjuangkan Anwar dilaksanakan Najib. Justeru itu Anwar tidak menentang gagasan 1 Malaysia kerana perjuangan Najib dan Anwar adalah sama, iaitu menjadi boneka US dan Zonis Tanya pada ahli-ahli dan para pemimpin UMNO apakah kalian jahil dan bodoh tidak memahami matalamat 1 Malaysia itu? UMNO sudah jadi koro, bisu dan pekak, buta matahati kerana dihanyut olehmitos bahawa selagi ada bulan dan matahari Melayu dan UMNO akan terus berkuasa. Mereka tidak sedar bahawa UMNO sekarang sudah hilang tenaga magisnya, dibenci, dipandang rendah oleh bangsa Melayu sendiri kerana perjuangan UMNO sudah jauh menyimpang dari semangat Melayu, islam dan patritisme yang terkandung dalam perlembagaannya.

-yahya-

NASIB PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR MASIH TERTAKLUK KEPADA BUDI BICARA TAN SRI KHALID IBRAHIM DAN SULTAN SELANGOR

Kamarul Yusoff


Apabila Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di dalam mesyuaratnya pada 17 Ogos 2014 bersetuju menarik balik sokongan yang diberikan oleh PAS terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dan apabila Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di dalam mesyuaratnya pada 17 Ogos 2014 bersetuju mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar yang baru maka, secara moralnya, kemelut politik di Selangor boleh dijangkakan akan selesai melalui pengunduran Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar. Bagaimanapun, para pemimpin dan para penyokong Pakatan Rakyat tidaklah boleh terlalu bergembira dengan jangkaan selesainya kemelut politik di Selangor ini kerana nasib Pakatan Rakyat di Selangor sebenarnya masih tertakluk kepada budi bicara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor.

Secara undang-undangnya, jika Tan Sri Khalid Ibrahim masih mahu melawan maka, selama mana beliau tidak diminta meletakkan jawatan oleh Sultan Selangor dan jika Sultan Selangor meminta penarikan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim dibuktikan di dalam Dewan Undangan Negeri, beliau boleh sahaja meneruskan kemelut politik ini dengan menghalang Pakatan Rakyat dari mengemukakan usul tidak percaya terhadap beliau sehingga kira-kira empat bulan lagi dengan tidak menasihatkan Sultan Selangor untuk memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang di dalam tempoh itu berdasarkan peruntukan Artikel 70(1) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut “His Highness shall from time to time by Proclamation published in the Gazette summon the Legislative Assembly and shall not allow six months to elapse between the last sitting in one session and the date appointed for its first sitting in the next session”, juga peruntukan Artikel 55(1) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut “In the exercise of his functions under this Constitution or any law... His Highness shall act in accordance with the advice of the State Executive Council or of a member thereof acting under the general authority of the Council”.

Secara undang-undangnya juga, jika Tan Sri Khalid Ibrahim masih mahu melawan di sebalik kewujudan bukti nyata penarikan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap beliau maka beliau boleh sahaja memohon kepada Sultan Selangor supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membuka jalan kepada satu pilihan raya semula diadakan berdasarkan peruntukan Artikel 53(6) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the State Executive Council”. Melainkan jika Sultan Selangor menggunakan kuasa budi bicara Baginda untuk menolak permohonan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya Baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri berdasarkan peruntukan Artikel 55(2)(b) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut “His Highness may act in his discretion in...the withholding of consent to a request for the dissolution of the Legislative Assembly” maka kemungkinan untuk rakyat Selangor berpilihan raya semula masih ada.

Harap Dr Zaharuddi Abd Rahman Dapat Ulas Perkara Ni

August 17, 2014



UZAR katanya dilantik penasihat syarikat coklat ni berkaitan dengan hal ehwal agama.

Boleh ulas?

Mesyuarat Pemimpin Pakatan Rakyat Selesai



Semoga menjadi titik penyelesaian semua pihak.

Hormati lah kedua-dua tuan guru yang kami sayangi.

Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai keputusan PAS untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan YAB Menteri Besar Selangor.

Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor.

Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepada ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

YB Dato Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Tuan Hj Mohamed Sabu
Timbalan Presiden PAS

Manusia Munafik



Sebelum dia kalut dalam media masa suruh para pemimpin pakatan berpecah.

Syaitan tak akan duduk diam selagi umat islam berpecah belah.

Jawapan TG Nik Aziz



Ya allah. Ini lah kata-kata yang betul-betul berhikmah.

Khalid terima keputusan PAS, akan jumpa Sultan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda tentang langkah seterusnya untuk diambil berikutan keputusan terbaru PAS hari ini.

Beliau berkata menerima dengan hati terbuka keputusan PAS Pusat berkenaan status menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang dibuat melalui mesyuarat selama 90 minit pagi ini.

"Dengan perkembangan terbaru ini, saya akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.


"Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli Exco daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada mesyuaratnya pagi ini, PAS memutuskan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

Parti Islam itu juga turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini, menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membaca kenyataan yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – 17 Ogos, 2014.

Alhamdulillah. Mesyuarat Pas Selesai



Keadaan semuanya baik dan tenang. Tunggu lah sidang media sekejap lagi.

Kemelut S'gor: Mesyuarat PAS Pusat pagi ini jadi penentu



KUALA LUMPUR: PAS Pusat mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor yang mahu ditukar oleh PKR.

Mesyuarat berlangsung bermula jam 10 pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama tingkat 5, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di ibu negara sejak semalam dan akan mempengerusikan mesyuarat pagi ini.

Mesyuarat pagi ini menjadi tumpuan seluruh negara kerana ia dikatakan bakal menjadi penentu kepada penyelesaian kemelut yang sedang berlaku di Selangor.

Ianya juga dikatakan bakal menjadi tanda aras kepada survival politik serta kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, ekoran kemelut yang berlaku ini.

DAP bersetuju dengan cadangan PKR yang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid yang telah dipecat dari partinya 9 Ogos lalu.

Atas pengalaman sebelum ini, PAS bagaimanapun dikatakan mahu lebih daripada satu nama calon dicadangkan untuk jawatan itu.

Mesyuarat pagi ini dibuat selepas dua kali ditangguhkan sebelum ini iaitu pada 10 dan 13 Ogos lalu.

Dua hari lalu, Lajnah Politik PAS Pusat terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menentukan rangka perbincangan mesyuarat PAS Pusat hari ini.

Apa Cerita Sultan Selangor Panggil TG Haji Hadi Pada 5 Syawal?

August 16, 2014

Sedikit pendedahan( untuk ahli pas)

Sultan panggil mengadap tuan guru haji hadi pada syawal ke 5.

Sultan beritahu tak mahu wan azizah jadi mb. Sultan suruh haji hadi beri nama dari wakil pas.

Haji hadi menolak sebab dalam pr, wakil mb selangor dah sepakat nak lantik dari wakil pkr. Atas semangat setia kawan.

Anwar pergi ke terengganu untuk suruh haji hadi tanda tangan sokongan supaya azizah jadi mb. Haji hadi tak mahu sebab sultan tak setuju dengan azizah.

Pas arah exco supaya terus kerja supaya khalid tidak bekerja sama dengan umni dengan perkenan sultan. Pas hanya suruh bersabar tak lama hanya 1 minggu je.

Sekarang pkr dan dap serta orang yang tak tahu apa-apa dok hina dan caci haji hadi dan tuan guru nik aziz sebab katanya tak ada semangat setia kawan dan khianat dengan pakatan rakyat la.

Puas hati kutuk presiden pas dan pemimpin pas yang lain?

Boleh sebarkan dan print screen.

Mat Sabu Jumpa Siapa?

August 15, 2014



Kami mendapat makkumat dari sahabat yang hantar gambar ni.

Fuh!

Jet k'jaan dilihat di bandar percutian Eropah

Maklumat penerbangan dari data yang diperolehi secara umum menyokong dakwaan laman Asia Sentinel bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti di Eropah, selepas lawatan kerja ke Netherlands untuk menangani isu penerbangan MH17, dua minggu lalu.

Maklumat dari laman penjejak penerbangan FlightRadar24 menunjukkan pesawat pengangkut VIP Tentera Udara Diraja Malaysia 9M-NAA dilihat di beberapa lapangan terbang Eropah, termasuk di beberapa lokasi yang disebut dalam laporan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada data awam yang menyebut identiti individu dalam penerbangan berkenaan.

Data itu juga tidak menyatakan dengan jelas sama ada Najib atau pesawat berkenaan berada di Cannes, France, seperti didakwa.

Pesawat berkenaan boleh digunakan oleh Agong dan ketua kerajaan lain, menteri, timbalan menteri, orang kenamaan asing dan pegawai tinggi kerajaan.

Laman Asia Sentinel pada hari Rabu lalu melaporkan bahawa “perdana menteri dan (isteri, Datin Seri) Rosmah (Mansor) berlepas ke Paris”.

“Mereka dilaporkan bertemu playboy China, Taek Jho Low dan bekas perdana menteri Qatar, dan kemudiannya dipercayai pergi ke Sardinia di Itali, ke Cannes di French Cote d’Azur, kemudiannya kembali ke Sardinia bersama apa yang disebut sebagai rombongan besar jutawan Cina Malaysia.

"Dari Sardinia, kumpulan itu berlepas di Rom sebelum kembali ke London,” lapor Asia Sentinel.

Perjalanan itu didakwa berlangusng bermula 1 Ogos, selepas Najib mengadakan mesyuarat dan sidang media bersama mengenai krisis MH17 dengan Perdana Mneteri Belanda Mark Rutte di The Hague pada 31 Julai.

Laporan yang memetik sumber tidak dinamakan itu mendakwa setiausaha akhbar perdana menteri Azlin Alias tidak menjawab pertanyaan mengenai kunjungan itu, seperti didakwa.

“Ia adalah percutian yang dirancang sejak beberapa lama sebelum ini, sebelum tragedi (MH370 dan MH17). Bagaimanapun, lebih menjimatkan jika ia ditunda, melihat kepada apa yang dilalui oleh negara ini,” kata sumber tersebut seperti dilaporkan Asia Sentinel.

Malaysiakini menghubungi setiausaha akhbar Najib, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad untuk mengesahkan dakwaan dalam laporan Asia Sentinel.

Katanya: “PM sedang bercuti,” dan meletak gagang telefon ketika diminta menjelaskan lebih lanjut.

Usaha untuk menghubungi Low juga masih belum berjaya buat masa ini.

Laporan sebelum ini menyebut, Najib sepatutnya berlepas ke Netherlandsa pada 30 Julai, tiba pada 31 Julai untuk lawatan kerja ke The Hagua dan Hilversum.

Bagaimanapun, maklumat FlightRadar24 menyebut, pesawat 9M-NAA berlepas dari Subang Airport on July 28 pada 6.40 petang, ke Bangkok.

Ia berada di Bangkok untuk kira-kira dua hari sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, dengan perhentian singkat selama dua jam di Dubai.

Ia tiba di Amsterdam pada 31 Julai, 8.03 pagi waktu tempatan (2.03 petang waktu Malaysia).

Dua hari kemudian, pada 3 Ogos, pesawat tersebut dilihat meninggalkan Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 2.39 pagi waktu tempatan (10.39 petang waktu Malaysia).

Destinasi penerbangan tersebut juga tidak direkodkan, namun kemudian mendarat di Basel, Switzerland, kira-kira empat jam kemudian. Secara purata, penerbangan dari Paris ke Basel mengambil masa satu jam 23 minit.

Tiada rekod menunjukkan pergerakan pesawat tersebut dari Basel untuk tempoh enam hari, sehinggalah ia berlepas dari situ pada 9 Ogos, 9.24 pagi waktu tempatan (3.24 petang waktu Malaysia) ke Sardinia.

Selepas kira-kira tujuh jam penerbangan ke Sardinia, pesawat itu muncul di Rom menghala ke London.

Ia mengambil masa kira-kira 75 minit untuk penerbangan terus dari Sardinia ke Rom.

Walaupun maklumat FlightRadar24 tidak menunjukkan perjalanan Sardinia-Cannes-Sardinia, rombongan itu mungkin menggunakan pengangkutan lain untuk perjalanan itu, atau mungkin perjalanan 9M-MAA dikeluarkan dari rekod.

Surat YB Husam Kepada YAB Khalid Ibrahim

Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak mengharu-birukan lagi keadaan dengan komen yang sesetengahnya tidak bertanggungjawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.

Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah daripada membina.

Namun begitu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS.

Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat (PR). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.

Perkembangan lain berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam dengan Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik dipegangnya dan amanah atas nama PR yang ia perolehi daripada rakyat Selangor.

Tan Sri sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili PR lagi.

Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?

Kerajaan Selangor adalah kerajaan PR. Bukan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimana seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas bukan anggota PR boleh terus menjadi menteri besar PR?

Tan Sri memecat exco daripada PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAS tidak pernah tahu mengenainya.

Tindakan ini boleh memecahbelahkan PR kerana seakan-akan menunjukkan PAS terus mendokong menteri besar yang sudah hilang legitimasi.

Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.

Untuk memecat exco daripada PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.

Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.

Saya selaku salah seorang naib presiden tidak pernah dimaklumkan mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.

Dengan ini, Tan Sri sudah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai menteri besar dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar.

Bagaimana Tan Sri boleh kekal sebagai menteri besar dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri dipecat sebagai ahli PKR? Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri sendiri.

Apa lagi bertindak seakan-akan Tan Sri masih berkuasa penuh padahal asas legitimasi Tan Sri sudah runtuh. Untuk kekal sebagai menteri besar, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 Adun PAS untuk menggenapkan cukup bilangan bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + Umno + Khalid + lompat parti DAP/PKR.

Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya Umno di Perak. Perbuatan terkutuk dan ditolak amalan demokrasi yang mulia. Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan Umno melanggar banyak prinsip yang dipegang PAS selama ini.

Umno adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan Umno tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.

Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah Adun untuk mengekalkan Tan Sri sebagai menteri besar sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilangan sekarang.

Jika itu dilakukan PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'.

15 Adun PAS dipilih rakyat Selangor atas tiket kerja sama PR. Umno ditolak majoriti rakyat Selangor kecuali di 12 DUN. Kedudukan Umno adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian kerajaan Selangor.

Membawa Umno daripada pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan Islam.

Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih PR sebagai kerajaan dan menolak Umno.

Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 Adun PAS campur 12 Adun Umno campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 28 Adun daripada 56 jumlah Adun.

50:50. Ia tidak membolehkan Tan Sri mendapat majoriti mudah dari awal, sekalipun jika PAS dan Umno sanggup bersekongkol untuk mendaulatkan seorang insan bernama Khalid Ibrahim lebih daripada segala-galanya.

Sementara PAS dan Umno kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia - 15 Ogos 2014 - hari ini.

Jika Tan Sri mengharapkan Rodziah Ismail dan Datuk Teng Chang Kim yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan Rodziah berbanding yang lain, namun mereka mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.

Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan "jual beli kuda taruhan".

Kentalnya Rodziah menolak tawaran kekal dalam exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.

Legitimasi Tan Sri sebagai menteri besar sudah berakhir.

Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang Adun untuk mendapatkan majoriti mudah sudah tertutup.

Apa lagi bila dua Adun PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai menteri besar secara terbuka.

Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.

Tetapi tindakan mereka meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS, Umno, Khalid dan Adun lompat gagal dan mustahil.

Tan Sri tahu ini.

Lantas, apa lagi yang ditunggu?

Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan menteri besar?

Atau Tan Sri kini berfikir untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)?

Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor?

Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru-baru ini Tan Sri mencadangkan DUN dibubarkan?

Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cukup bilangan Adun dan Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja.

Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin. PAS sudah mengalami pengalaman pahit bila menteri bedar Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, mencetuskan krisis disebabkan Umno melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri parti gabungan yang lain.

Malangnya Umno melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat Umno itu. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa.

Oleh itu, Tan Sri tidak harus mengheret PAS dalam krisis Tan Sri.

Parti Tan Sri berhak menukar Tan Sri dengan calon lain.

PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR.

Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan Tan Sri Azizan Abdul Razak wajar ditukar daripada terus menjadi menteri besar.

PKR tidak menjamah urusan itu.

Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan Tan Sri mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang sudah dijunjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978. Jika budi PAS yang sudah menunjukkan setia kawan bersama Tan Sri dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh.

Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.

Bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan.

Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah.

Husam Musa,

Naib presiden PAS, 15 Ogos 2014.

*Datuk Husam Musa merupakan naib presiden PAS dan Adun Salor.

MP Tumpat pun UG juga ke?

August 14, 2014



Kalau nak ikutkan gambar, kiranya semua UG juga ke?

Kenapa PAS Setuju Dengan MB Bebas?

PAS menyokong TSKI sebagai MB Bebas supaya BN tidak mampu berunding bersama TSKI dlm membubarkan DUN akibat tindakan gelojoh PKR yg dipersetujui DAP.

Bayangkan ketika TSKI dibuang PKR, kemudian pergi kpd BN, apa yg agak agak diminta oleh BN?

sudah pasti DUN diminta bubar?

Namun dengan kebijaksanaan TGHH Dan majlis syuro, DUN selangor dapat diselamatkan dari permainan Ketua Umum PKR yang merosakkan mood politik rakyat selangor.

Namun, fitnah bergabung dimainkan oleh munafik politik untuk membunuh character TG PRESIDEN dan Majlis Syuro.

Siapa yang lebih jahat?

Ahmad Hakimi Othman
NKP KUALA SELANGOR
12 ogos 2014

Ulasan Bijak Dan Cerdik Seorang Pemimpin PAS, Salahuddin Ayub

Mendepani cabaran krisis MB Selangor

SALAHUDDIN AYUB

PAS sengaja mengambil sedikit masa, bukan sebulan hanya seminggu untuk mencapai keputusan di dalam isu penggantian Menteri Besar Negeri Selangor. Kita bercakap berkenaan jawatan Menteri Besar, jawatan nombor satu di dalam pentadbiran sesebuah negeri. Kita bukan mahu menukar seorang Ketua Kampung, ini urusan menukar seorang Menteri Besar.

Pada saat yang kritikal ini unsur emosi dan sentimen harus diketepikan. Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti mengambil tempat dalam mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Justeru itu, 'we shouldn't rush in making decision but we should adopt a deliberate cautious approach with wisdom and sincerity'.

Kita bercakap tentang meminta seseorang Menteri Besar meletak jawatan. Kita perlu berhemah dalam hal ini. Apa kesilapannya, apa kemudaratannya, apa kesalahannya, apa kelemahannya dan apa kemaslahatan persekitaran (environment) negeri yang ditadbirnya? Kita perlu menghalusi faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada keputusan yang adil dan yang baik bagi semua pihak, yakni, negeri, rakyat, Istana dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras perjuangan PR mesti ditegakan.

Berkaitan dengan isu ini dan belajar daripada pengalaman PAS sendiri, saya ingat kembali kes Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menantunya. Apabila saya bersama Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS; Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, Timbalan Muryidul Am PAS dan Dr Mohd Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat membawa mandat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan isu perlantikan menantu beliau dalam Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan (PMBK).

Isu Nepotisma dan intergriti telah bermain di bibir rakyat pada waktu itu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak teragak-agak lagi, terus dipanggil menantunya dan diminta menandatangani surat perletakkan jawatan serta-merta! Mengapa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengambil sikap tersebut? Bagi saya Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat faham dengan konsep parti menguasai kerajaan, hidup berjamaah - keputusan jamaah, keputusan parti harus dipatuhi. Seperti kata,’the interest of the many, outweigh the interest of the few’.

Parti yang menguasai kerajaan, bukan kerajaan yang menguasai parti. Ini yang kita harus faham apabila kita memasuki gelanggang politik Malaysia. Tidak ada pemujaan individu dalam parti. Jawatan yang dipegang oleh seseorang di dalam kerajaan adalah disebabkan dicalonkan oleh parti. Jadi bila parti suruh pergi, ikutilah kehendak parti. Saya teringat sejarah Khalid Al Walid, Panglima yang 'dipecat' oleh Khalifah. Pemencatan daripada Khalifah. Mesti ada sebab-sebabnya, mesti ada 'kaulnya' dan mesti sudah dihalusi daripada segenap sudut oleh Umar Al Khatab. Adakah Khalid memberontak? Tidak! Panglima besar ini akur dengan keputusan Khalifah. Inilah hidup berjamaah...

Sebegitu juga kita dalam proses memilih Menteri Besar. Perlu dihalusi bersama, perlu diskusi bersama dan perlu persetujuan bersama. Janganlah ada dikalangan kita mengambil pendekatan ‘pushing down into our throats'! Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat kepada rakyat.

Untuk tatapan kita bersama daripada paparan sejarah PAS, isu kronisma, nepotisma dan sikap autokratik adalah faktor yang besar yang menjatuhkan PAS Negeri Kelantan dalam era Tan Sri Datuk Dr Haji Mohd Asri Haji Muda. PAS juga pernah mengalami krisis di Negeri Kedah sebelum Pilihan Raya Umum kali ke – 13 (PRU 13) yang akhirnya kita semua menerima akibatnya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama belajar daripada sejarah ini supaya kita pada hari ini terutama PR tidak mengulangi kesilapan yang sama agar memungkinkan kita hilang lagi sebuah kerajaan.

PAS perihatin di dalam hal ini, bersama PKR dan DAP kita berjuang menentang kezaliman, menentang rasuah dan menentang kronisma dan nepotisma. Kita menentang sekeras-kerasnya sehingga kita nobatkan dalam manifesto PR. Kalau tidak rakyat akan melihat kita yakni PR sebagai "harapkan pagar, pagar makan padi!"

Justeru itu, di dalam pencalonan bakal Menteri Besar baru ini harus PR menjauhi persepsi-persepsi negatif tersebut. Biarlah kita mengambil masa untuk mencari yang terbaik demi masa depan PR yang kita sama-sama sayangi.

Kepada rakan-rakan di dalam PKR dan DAP, usah gusar dengan komitmen PAS dalam perjuangan menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang, kronisma dan nepotisma. Sejak ditubuhkan, kami berjuang diatas landasan ini, malah bukan sahaja kami diremehkan, difitnahkan, dipenjarakan malah dalam Peristiwa Memali sahabat-sahabat kami dibunuh dengan kejam! Bukan sahaja masa, wang, keringat dan airmata yang kami curahkan, malah darah dan nyawa telah kami korbankan dalam perjuangan menentang kabatilan-kebatilan ini. ‘So, please, don't question our committments, we were there when you were sleeping...’

InsyaALLAH, ‘give us until 17th of August’ untuk membuat keputusan yang adil, berhemah dan berhikmah. Doakan agar PR tetap utuh dan bertambah kuat melalui dugaan-dugaan ini. Doakan agar jiwa dan raga kita, warga PR, sentiasa berkobar untuk memerdekakan negara kita daripada UMNO / Barisan Nasional (BN), amin!

*Penulis adalah Naib Presiden PAS

Kenyataan Media ADUN Batu Tiga

Kenyataan Media
ADUN Batu Tiga
Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

14 Ogos 2014

Perletakan Jawatan Sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor

Saya mengulangi penegasan untuk bersama Pakatan Rakyat di Selangor dan memelihara amanah rakyat Selangor yg telah memilih Pakatan Rakyat sebagai gagasan yang wajar memerintah Selangor.

Amanah itu adalah kepentingan yang akan saya utamakan.

Dengan ini, saya meletakkan jawatan saya sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor. Surat berkaitan telah diserahkan kepada Pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim tengahari tadi.

Tindakan saya ini merupakan solidariti terhadap teman-teman yang sebelum ini telah dipecat dari jawatan exco masing-masing oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan untuk menangkis kemungkinan berbagai spekulasi terhadap diri saya. Saya membuat keputusan sedemikian dengan penuh kesedaran.


Rodziah Ismail

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi:
Media Rodziah Ismail, Tel.03-55442342, emel: media.rodziahismail@gmail.com

Bai'ah Wakil Rakyat PAS. Masihkah Kau Ingat?

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (Saari/(Hasnol) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi PRU13 bagi DUN Hulu Klang / DUN Morib bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini."Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."

Kenapa tak boleh bersabar dalam masa 3 hari lagi?

Berjiwa Besar Dr Rani Othman

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru daripada PAS Dr Abdul Rani Othman yang sebelum ini berkata tidak ada halangan wanita menjadi menteri besar, meminta semua rakannya terus kekal dalam jemaah atau parti dan tidak membuat tindakan bersendirian.

"Apa terjadi pun biarlah kita mati dalam jemaah," kata Dr Rani ketika dua Adun PAS membuat keputusan lari daripada kelompok PAS dan menyertai PKR dan DAP menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Tindakan mereka diambil ketika PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat Ahad ini bagi memutuskan pendiriannya berkenaan isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hendak disingkirkan.

Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai sidang media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti dalam DUN Selangor iaitu 30 daripada 56 ahli.

Hasnul, Saari dan Dr Rani antara pemimpin PAS yang tidak menyertai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam.

Dr Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor sesi lalu berkata, ntara perkara pokok kenapa Rasulullah diutuskan ialah untuk melengkapkan akhlak manusia.

"Selain akhlak ketika makan dan bergurau senda, termasuk juga akhlak berjemaah dan bermesyuarat.

"Segala keputusan majoriti dalam mesyuarat hendaklah dituruti dan dipatuhi walaupun bercanggah dengan pendapat kita atau walau kita tidak hadir," katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti menjawab spekulasi Dr Rani juga akan menyertai mereka kerana dia tidak hadir mesyuarat.

"Saya doakan setiap dari ahli jemaah PAS di semua peringkat muhasabah setiap tindakan kita," katanya.

Sebelum ini, Adun Meru itu dilaporkan menafikan wakil rakyat PAS menolak calon wanita untuk menjadi menteri besar yang baharu, membayangkan beliau menyokong Dr Wan Azizah.

"Siapa kata PAS tidak mahu wanita jadi pemimpin? Kalau kita tidak mahu, kenapa kita letak (exco) Dr Halimah Ali dan (Ahli Parlimen Kota Raja) Dr Mariah Mahmud? Itu bukan masalah," katanya di Shah Alam, kelmarin.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli, khususnya Adun PAS di Selangor, mematuhi arahan parti dalam berdepan isu menteri besar di negeri itu.

Tuan Ibrahim berkata, PAS membuat keputusan untuk membincangkan perkara itu pada mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

"Kita harap tidak ada yang mendahului keputusan parti dan jangan pula ada yang membelakangi keputusan jemaah. Jangan anggap keputusan kita secara bersendirian itu lebih bijak daripada keputusan parti.

"Bertindak membelakangi keputusan jemaah ini tidak ada keberkatan dan jika berlaku masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya sebagaimana dilaporkan media PAS, Harakahdaily hari ini.

Dalam pada itu beliau menasihatkan seluruh ahli bersabar menunggu keputusan rasmi parti dan berkata:"Lebih baik diam daripada komentar yang mengeruhkan lagi keadaan."

Idris Ahmad Berkata

Idris Ahmad


Kita rasa tenang jika kita serah kepada ketua yang buat keputusan dalam sesuatu isu. Kita boleh tidur lena. Apa guna kita lantik dia sebagai ketua, jika kita pula lebih sudu daripada kuah.

Apa jenis ketua jika boleh dipaksa oleh orang lain intuk membuat keputusan. Sehingga hilang kewibawaannya. Lebih baik dia jangan jadi ketua. Apabila dia menjadi ketua, sudah tentu dia melihat skop yang lebih luas di dalam suatu perkara. Ahli boleh memberi pandangan, tetapi bukan untuk hendak memaksa ketua terima pandangan kita. Sebagai ketua dia tahu apa yang dia buat dan putuskan. Dia tahu dosa dan pahala, syurga dan neraka. Dia tahu jika dia kianat amanah, neraka sedang menanti.

Jika kita rasa kita lebih hebat daripada ketua kita, lain kali kita lobi supaya kita pula jadi ketua. Ketika itu baru kita tahu betapa sukarnya menjadi ketua. Saya bimbang kita pula lebih otokrasi daripada demokrasi.

Catatan Dhuha 14/8/14 Khamis.

Laporan Palsu Harakah

August 13, 2014

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan laporan dan berita yang menggunakan nama Harakah berhubung kemelut yang melanda negeri Selangor kini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menjadi mangsa laporan palsu itu kononnya beliau telah menerima borang permohonan keahlian parti daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Contoh laporan guna nama Harakah yang tidak betul itu ialah kononnya saya telah menerima borang permohonan menjadi ahli PAS daripada Tan Sri Khalid. Ini memang tidak betul dan sangat mengelirukan orang ramai," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya, ekoran tersebarnya laporan Harakah palsu itu melalui media sosial, beliau telah dihubungi oleh pihak media untuk mengulas berita yang tidak betul itu.

"Saya tegaskan di sini bahawa laporan berkenaan bukan daripada Harakah, adalah tidak benar sama sekali yang menggunakan nama Harakah termasuk berita-berita kononnya daripada pemimpin tertinggi PAS yang lain," tegasnya yang juga Pengerusi Harakah.

Justeru, beliau mengingatkan ahli-ahli dan pendukung PAS agar berwaspada dan tidak terpengaruh dengan laporan palsu yang mengelirukan itu. - HARAKAHDAILY 13/8/2014

Selamat Berangkat Tuan Guru Haji Hadi



Semoga allah jaga tuan guru serta pimpinan parti islam yang lain.

Kenyataan Media MB Selangor

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hari ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah mengadakan mesyuarat seperti biasa dengan korum yang mencukupi bersama empat Ahli MMKN dan tiga pegawai Ex-Officio.

Jumlah ini memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat (4) anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah.

MMKN juga telah diberitahu tentang perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak meneruskan perkhidmatan ahli 5 orang pegawai MMKN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkuatkuasa semalam.

DYMM Sultan Selangor telah berkenan untuk membatalkan pelantikan EXCO-EXCO yang terlibat atas nasihat daripada Dato’ Menteri Besar secara bertulis.

Kita berpendapat bahawa 5 EXCO tersebut tidak boleh diteruskan perkhidmatan mereka setelah mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar dan hanya menghadiri mesyuarat MMKN bagi memantau perjalanan Kerajaan Negeri serta hanya akan menurut kehendak parti yang mereka dokongi.

Kenyataan ini sekaligus bercanggah dengan 10 Aku Janji dan Sumpah Kesetiaan yang telah dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan DYMM Tuanku Sultan.

Saya berharap rakyat Selangor tidak keliru dengan situasi ini kerana penamatan khidmat EXCO-EXCO ini dibuat secara sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Saya berharap rakyat Selangor bertenang kerana pentadbiran Kerajaan Negeri berjalan seperti biasa manakala agenda membela kebajikan untuk rakyat akan diteruskan dan diutamakan.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

13 OGOS 2014

PAS akan keluar jika Umno dilantik exco

Zulaikha Zulkifli

Exco PAS Sallehen Mukhyi berkata, beliau serta tiga lagi anggota exco dari parti itu akan meletak jawatan sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim melantik anggota exco baru dari parti Umno.

Tambahnya, soal untuk memilih exco daripada Umno tidak timbul memandangkan parti itu merupakan pembangkang di Selangor.

"Soal Umno tak timbul. Tidak akan ada dalam kerajaan. Tak ada Umno. Tidak akan jadi kalau Umno ada dalam exco. PAS akan keluar.

"Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan dan dia adalah pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Khalid pecat serta-merta semua exco PKR, DAP

August 12, 2014

Radzi Razak

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

"Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor.

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

Kenyataan Akhbar Pejabat Sultan Selangor




Semoga segala masalah akan selesai demgan baik.

Istana tolak Wan Azizah mengadap, PKR bincang nama lain malam ini - Sumber

KUALA LUMPUR: Pimpinan PKR dijangka membincangkan satu lagi nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada malam Selasa selepas pihak Istana Selangor difahamkan menolak pemohonan mengadap oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada pagi hari yang sama untuk membincangkan isu berkenaan.

Ia juga disifatkan perjumpaan susulan PKR Selangor selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu pada Isnin.

Menurut sumber dalaman PKR, mesyuarat Biro Politik Pusat PKR itu akan melihat kembali keputusan pencalonan Wan Azizah selain penolakan PAS sendiri yang tidak mahu isteri Anwar menjadi menteri besar.

"Hadi yang telah menyampaikan persetujuan PAS untuk menurunkan Abdul Khalid juga meminta nama lain selain Wan Azizah.

"Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor juga sudah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat berkenaan," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

Menurut laporan Malay Mail yang memetik sumber memberitahu, Istana Selangor menolak permohonan PKR mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membincangkan isu pemecatan Abdul Khalid dari parti.

Sumber itu turut memaklumkan, difahamkan Anwar sendiri menulis surat permohonan mengadap bagi pihak Wan Azizah yang menjadi calon untuk menggantikan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, penolakan surat itu dilihat kerana tindakan tidak wajar PKR dalam proses bertemu pihak istana sendiri.

Dalam pada itu sumber memaklumkan, ADUN Selangor yang dipanggil malam ini akan diminta memberi nama lain untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Semua diminta beri nama lain, boleh calonkan sesiapa yang dirasakan wajar namun akan diputuskan kembali dalam mesyuarat Biro Politik malam ini," ujarnya

Pada Isnin, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada hari yang sama pula menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, dia kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Sebelum ini, Sultan Selangor pernah menolak permohonan mengadap Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai penghapusan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tahniah Erdorgan Dan Turki



Semoga membawa sinar kemenangan kepada islam.

Anwar terus buntu, Hadi mahu calon lain, bukan Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus buntu dalam mencari penyelesaian isu pertukaran Menteri Besar Selangor apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap menolak calon yang dikemukakan oleh PKR.

Sumber dalaman PKR Terengganu memberitahu Astro AWANI, dalam pertemuan bersama Anwar dan Hadi di sebuah hotel di Marang petang semalam, Presiden PAS itu bertegas menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Hadi, yang sebelum ini dilaporkan bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor, mahu PKR menamakan calon lain selain Wan Azizah.

Antara nama yang disebut-sebut menjadi pilihan PAS ialah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.

Sementara itu, Anwar enggan mengulas lanjut hasil pertemuannya dengan Abdul Hadi dan menganggap ia hanya pertemuan biasa.

"Perjumpaan biasa...kita baru dalam proses perbincangan...bincang banyak isu...hasilnya macam biasa," kata Anwar ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, malam tadi.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan komen Abdul Hadi masih gagal berikutan Presiden PAS itu turut mengelak bertemu dengan wartawan.

Abdul Khalid yang enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, dipecat daripada PKR pada 10 Ogos lalu atas dakwaan mengingkari arahan parti.

Bagaimanapun pada 11 Ogos, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Sementara itu pada petang 11 Ogos, satu kenyataan bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mencabar Abdul Khalid membuktikan sokongan majoriti DUN seperti yang dimaklumkan kepada Sultan Selangor pada pagi Isnin.

Faekah Husin umum keluar PKR hari ini

August 11, 2014

Faekah Husin, bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau keluar PKR hari ini kerana membantah cara parti itu memecat bekas bosnya.

Faekah yang juga ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menunjukkan surat yang dihantar beliau kepada Malaysiakini dan menyatakan ia telah dihantar kepada ibupejabat PKR hari ini.

Faekah yang juga bekas setiausaha politik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ditugaskan dengan Khalid pada 2009, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut selain menyatakan beliau "hilang kepercayaan terhadap parti."

Surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu berkata PKR tidak mengamalkan cara berhemah dan terpesong dari prinsip parti dalam pemecatan Khalid Sabtu lalu.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini yang diperjuangkan oleh partinini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," petik surat itu.

KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT & PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

TAN SRI KHALID IBRAHIM PERLU BUKTIKAN SOKONGAN MAJORITI DEWAN

KEADILAN dan DAP mengambil maklum kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pagi ini bahawa beliau akan kekal menjadi Menteri Besar kerana mempunyai sokongan majoriti dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

KEADILAN dan DAP telah menyatakan secara terbuka bahawa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua parti ini sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor. Ini bermakna YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan 28 ADUN iaitu separuh dari jumlah ADUN di Selangor.

PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini.

Oleh yang demikian, kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak Istana bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri itu adalah meragukan.

Dengan penolakan terbuka KEADILAN dan DAP, itu juga bermakna YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan dari 12 ADUN UMNO.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP mendesak supaya:

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperolehi oleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa. Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari ADUN PAS dan UMNO;

UMNO menyatakan secara terbuka bahawa 12 ADUN UMNO menyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim seperti mana yang didakwa oleh beliau. Jika 12 ADUN UMNO tidak menyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

KEADILAN dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan Pakatan Rakyat terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN

TONY PUA
Pengerusi DAP Selangor

Kedudukan MB: Sidang media jam 2 petang ini

Setiausaha Akhbar kepada menteri besar, Arfa'eza Aziz memberitahu media bahawa satu sidang media akan diadakan pada jam 2 petang ini di pejabatnya.

Beliau berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang bersantap bersama Sultan dan ahli Dewan Diraja Selangor yang lain sebelum terus bergerak ke pejabatnya bagi mengadakan sidang media.

Khalid bakal membentangkan hasil mesyuarat hampir dua jam yang bermula sejak jam 10 pagi tadi yang menmbincangkan kedudukannya sebagai menteri besar selepas dipecat dari PKR.

Keadaan Di Luar Istana Shah Alam



wartawan sedang menunggu keputusan selepaskhalid beredar dari mesyuarat.

Rayuan kepada ahli politik Muslim berkenaan Krisis MB Selangor


Krisis kepimpinan yang berlaku kepada Kerajaan negeri Selangor di dalam isu kedudukan Menteri Besar telah membawa banyak keburukan kepada seluruh umat Islam di tanahair umumnya dan rakyat di dalam negeri ini khususnya.

Oleh yang demikian, kami merayu kepada semua ahli-ahli politik Muslim untuk berhenti bergaduh dan berselisih di antara satu sama lain demi kerana mahu merebut kekuasaan dan kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor.

Ingatlah pesan hadith Nabi salallahualaihiwassalam ;

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإِمَارَةِ ، وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، فَنِعْمَ الْمُرْضِعَةُ وَبِئْسَتِ الْفَاطِمَةُ

'Sesungguhnya kalian akan sangat berharap terhadap kepemimpinan, sedangkan pada pengakhirannya ia hanyalah menjadi penyesalan pada hari kiamat. Di dunia ia memberikan kesenangan, namun setelah mati ia membawa penderitaan.' [Riwayat al-Bukhari no. 7148]

Sebagai rakyat, kami mengharapkan ahli-ahli politik di tanahair ini bersedia untuk mengorbankan kepentingan parti dan agenda politik masing-masing demi kebajikan rakyat dan menjaga hak serta maslahat orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama daripada menjadi mangsa keadaan.

Sebahagian ulama salaf menyebut ;

اذا صلح الراعى صلحت الرعية واذا فسد فسدت الرعية

'Sekiranya pemimpin itu baik maka rakyat pun akan menjadi baik dan sekiranya pemimpinnya rosak maka rakyat pun akan menjadi rosak.'

Perlantikan Menteri Besar yang baru atau pengguguran jawatan Menteri Besar yang lama hendaklah dilakukan dengan cara yang bukan sahaja mengikut undang-undang tetapi mestilah juga mematuhi kaedah syarak Islam dan menepati maslahat kepentingan orang ramai tanpa mengira parti dan bangsa.

Ini kerana Islam melarang kita daripada melakukan kemudharatan sekalipun niat kita mungkin baik untuk mendapatkan kebaikan tertentu.

Kaedah fiqh menyebut ;

درء المفاسد مقدم على جلب المنافع
'Menolak keburukan diutamakan daripada mendatangkan kebaikan.'

Dakwaan yang mengatakan Menteri Besar sekarang tidak bagus, perlu ditukar dan sebagainya demi kebaikan rakyat (yang belum pasti akan terjadi jika ditukar) hendaklah diteliti kembali agar ianya tidak sampai menyebabkan mudharat dan menyusahkan rakyat akibat penukaran tersebut yang membawa kepada hukum haram dan berdosa.

Jika berlaku sekalipun kepentingan untuk menukar Menteri Besar atau keperluan untuk mengekalkannya maka hendaklah dipastikan mudharat yang lebih kecil dipilih berbanding mudharat yang lebih besar berdasarkan kaedah fiqh;

الأخذ بأخف الضررين
'Memilih mudarat yang paling ringan daripada dua mudarat.'

Kami sebagai rakyat awam, mengharapkan ahli-ahli politik agar memikul amanah rakyat dengan penuh dedikasi, jujur dan adil serta tidak mengabaikan hak rakyat jelata demi kepentingan dan agenda parti politik masing-masing.

Allah SWT berfirman ;

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu untuk menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila kalian menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil." [An-Nisa : 58]

Dan takutlah kepada ancaman Rasulullah salallahualaihiwassalam yang pernah berdoa :

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

'Ya Allah, bagi siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyulitkan mereka, maka timpakanlah kesulitan kepadanya. Dan barang siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyayangi mereka, maka sayangilah dia.' [Riwayat Muslim]

Semoga Allah memberikan kita semua hidayah!

http://ustaz.blogspot.com/2014/08/rayuan-kepada-ahli-politik-muslim.htmlhttp://ustaz.blogspot.com/2014/08/rayuan-kepada-ahli-politik-muslim.html

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa: Satu pandangan dari sudut pengurusan konflik


Analisis Isu Oleh Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

Politik secara berkolusi memang dinamik dan rapuh. Konflik dalam parti politik boleh tercetus dengan pendekatan politik kolusi.

Oleh kerana politik Malaysia adalah 'ideological base' maka ia menjadi semakin sukar. Menjadi semakin sukar dalam suasana ini apabila kepimpinan tidak urus konflik 'intra-party' dan sekali gus membawa kepada 'inter-party'.

Konflik sama ada 'inter' atau 'intra' bukanlah semuanya buruk tetapi dengan syarat kita dapat menjanakan konflik menjadi positif.

Ini beberapa langkah awal;

1. Berhenti tuduh menuduh dan serang menyerang 'inter' dan 'intra' parti berkolusi. (Kalau masa pre konflik diperlukan sekarang amat diperlukan).

2. Pimpinan tertinggi parti yang berkolusi wajib bertemu sekarang tanpa lengah.

3. Semua pihak berkolusi perlu melihat objektif besar kolusi untuk membawa perubahan politik baru dan apa sahaja yang menghalang matlamat ini perlu dihentikan segera.

4. Setiap parti dari rakan yang berkolusi wajib mengawal partinya untuk tidak memburukkan keadaan.

5. Jawatankuasa khas mengendalikan krisis mesti diwujudkan untuk memberi cadangan-cadangan kepada meminimumkan kesan krisis politik.

Kesemua lima cadangan di atas tidak akan dapat dilaksanakan apabila salah satu atau kesemua parti berkolusi mempunyai agenda lain yang tersirat walaupun ini bermakna atas kos perpecahan kolusi.

Buat masa ini kejujuran dan amanah kepada mandat rakyat adalah perkiraan yang paling utama dalam menguruskan saat yang sukar ini.

Orang Tanya Aku Jawab: Betul tak Khalid Ibrahim Tak Solat

Ada orang menyatakan bahawa terdapat dalam whatsapp dan facebook yang tersebar meluas mangatakan bahawa TS Khalid Ibrahim ini orang yang tak solat. Hujahnya lihat TSKI bersolat hajat 'kekot' macam berlakon aje.

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/t1.0-9/10524706_10154462603265594_6859422379845180200_n.jpg

Krisis Selangor dan masa depan Malaysia

oleh LIEW CHIN TONG


Krisis Selangor telah merebak dan tidak lagi menjadi krisis Selangor semata-mata. Krisis Selangor kini sudah menjadi krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat. Lebih daripada itu,persoalan tentang masa depan timbul: Adakah Pakatan Rakyat akan kekal dalam format yang sama selepas ini?

Saya menonton rakaman video ucapan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu program solat hajat di kediaman rasmi beliau bersama beberapa orang tokoh PAS melalui KiniTV, dan saya mengakui merasa terkilan selepas menontonnya.

Khalid berkata bahawa beliau tidak ingin menyebut tentang politik semacam adanya batasan politik dengan pentadbiran kerajaan negeri. Sejak dilantik sebagai Menteri Besar pada tahun 2008, beliau mengulangi bahawa dirinya seorang ahli korporat dan bukan ahli politik, dan beliau serah kepada orang politik untuk bermain politik, supaya dirinya dapat memberi tumpuan terhadap kerja pentadbiran.

Apa yang mengusik saya adalah Khalid berhujah dalam kerangka Islam-bukan Islam, bahawa kerajaan beliau adalah kerajaan Islam dan kerajaan pimpinan orang Islam yang tidak boleh dipersoalkan dan terutamanya tidak harus dipertikaikan oleh DAP (yang dianggap sebagai parti mewakili bukan-Islam).

Walaupun ramai terpengaruh dengan hujah bahawa politik boleh diasingkan daripada pentadbiran, pandangan sedemikian hanya akan menafikan hak rakyat yang memilih kita dalam pilihanraya. Di seluruh dunia, kuasa penjajah dan kerajaan kuku besi memisahkan politik daripada pentadbiran supaya mereka boleh menguasai sumber-sumber awam tanpa mengambil kira suara rakyat jelata.

Oleh kerana proses pendemokrasian negara kita tidak berkembang seperti Indonesia, “politik” masih ditafsirkan dalam makna negatif oleh kebanyakan orang. “Politik” dianggap kotor, sebaliknya “pentadbiran” adalah sesuatu yang suci.

Dalam kerangka ini, Khalid menolak pandangan, cadangan dan teguran sepanjang tempoh enam tahun beliau menyandang jawatan Menteri Besar Selangor. Saya tidak berkata bahawa semua pandangan, cadangan dan teguran terhadap Khalid semestinya betul dan baik, kerana sememangnya ramai yang tidak berniat baik.

Tetapi kita tidak boleh mengabaikan prinsip-prinsip dalam sistem politik yang sedang kita amalkan. Kerajaan Malaysia dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya. Selepas pilihanraya, parti atau gabungan parti yang memenangi kerusi terbanyak diberikan mandat untuk melantik di kalangan mereka seorang ketua kerajaan dan juga jemaah menterinya.

Ketua kerajaan yang dilantik mesti menjalankan tugas beliau dengan fahaman bahawa asas jawatan beliau adalah parti yang melantiknya. Asas kuasa parti dalam perlantikan ini adalah sokongan rakyat. Hujah bahawa pentadbiran boleh terpisah daripada politik sebenarnya tidak berasas.

Untuk sistem parlimen kita (yang berlain daripada sistem presidential), pertukaran ketua kerajaan boleh dilakukan sekiranya parti atau gabungan politik tersebut menarik balik mandat yang diberikan. Perkara sebegini lazim berlaku di negara yang mengamalkan sistem parlimen apabila ketua kerajaan ditewaskan dalam pemilihan dalaman parti seperti Kevin Rudd diganti oleh Julia Gillard pada Jun 2010 dan Gillard pula diganti oleh Rudd pada Jun 2013 di Australia.

Krisis Selangor berkongsi persamaan dengan krisis Kelantan pada November 1977. PAS mengambil keputusan untuk menukar Menteri Besar Datuk Muhamad Nasir tetapi beliau enggan undur. Rusuhan berlaku dan perintah darurat diisytiharkan dengan usul parlimen yang tidak dipersetujui oleh PAS dan DAP. PAS dipecat dari gabungan politik Barisan Nasional. PAS ditewaskan dalam pilihanraya Mac 1978 dan hanya mampu mengambil kembali kuasa di negeri Kelantan pada tahun 1990. Sejarah akan berulang seandainya kita tidak mengambil iktibar daripadanya.

Apa yang dikesali juga adalah nama Islam yang dipergunakan oleh Khalid dan rakan-rakannya dalam krisis Selangor untuk meletakkan krisis ini dalam kerangka wacana di antara Islam dengan bukan-Islam dan di antara PAS dengan DAP. Kalau semua yang dilakukan oleh orang Islam betul, dengan maksud tersirat apa yang dilakukan oleh bukan-Islam itu tidak betul, maka tidak perlulah pilihanraya umum diadakan kerana orang Islam sahaja boleh menentukan nasib negara tanpa orang bukan-Islam. Juga, tulisan penulis yang bukan-Islam ini tidak perlu dibaca oleh orang Islam kerana dia tidak akan menzahirkan pandangan yang betul.

Lebih mengecewakan saya, ada di kalangan pimpinan muda PAS cuba meninjau senario politik terkini dengan kaca mata “pertarungan Islam dengan bukan-Islam”. Kalau itu kerangka politik mereka, tentunya langkah logik kepada mereka adalah untuk bekerjasama dengan orang Islam yang lain dan menjauhi orang bukan-Islam. Maka UMNO adalah “gandingan” politik yang lebih sesuai untuk mereka daripada Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

(Cuma, untuk rekod, saya tidak bersetuju untuk melabelkan DAP sebagai parti bukan-Islam. Saya kerap memperingatkan rakan seperjuangan dalam DAP bahawa DAP adalah sebuah parti rakyat Malaysia dan pada suatu hari nanti, adalah hasrat saya untuk melihat lebih ramai Melayu menjadi ahli dan pemimpin DAP. Apabila DAP juga adalah parti dengan majoriti Melayu, kebaikan untuk PAS adalah permainan perkauman UMNO langsung tidak akan kesan.)

Krisis Selangor telah mencecah satu tahap di mana keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat jatuh merudum. Bolehkah Pakatan Rakyat diteruskan dalam format yang sama? Atau ia tidak lagi disokong oleh pengundi? Pilihan untuk PAS juga adakah ia ingun mengulangi sejarah Kelantan, tetapi kali ini dengan PAS sebagai pihak yang menghalang penggantian calon Menteri Besar parti PKR?

Akhir kata, ia juga menyentuh persoalan masa depan PAS. Adakah PAS parti untuk umat Islam sahaja, tidak kira umat Islam itu betul atau salah, dan tidak ambil kira prinsip sistem demokrasi berparlimen? Ataupun PAS masih berminat untuk menjadi sebuah jemaah dan gerakan kebangsaan yang disokong oleh semua rakyat Malaysia atas prinsip-prinsip demokrasi?

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.