Saman fitnah Eric Chia terhadap Guan Eng ditarik
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan oleh mendiang Tan Sri Eric Chia Eng Hock untuk menarik balik saman fitnah terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norazlin Othman, membuat keputusan itu selepas peguam Chia, Jega Kumar & Associates, memfail notis pemberhentian saman itu pada 22 April.
Peguam Guan Eng, Sangeet Kaur Deo, bila ditanya oleh media berkata, keputusan itu dibuat tanpa perintah mengenai kos.
Sangeet berkata, peguam Chia tidak hadir pada hari ini.
Chia memfail saman itu pada 2 Januari 2002 dengan mendakwa bahawa Guan Eng menggambarkan beliau sebagai perasuah dan tidak layak berkhidmat dengan syarikat, dalam satu laporan berjudul "First Report On Financial Malpractices, Abuse Of Power, Corruption And Fraud In Perwaja Terengganu Sdn Bhd (Perwaja)" dibuat di Balai Polis Sentul pada 11 April, 1996.
Chia, dalam kenyataan tuntutannya, berkata laporan itu menjejas dengan teruk reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan terkenal dan memohon ganti rugi am dan teruk dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah
Pada 24 Jun 2008, bekas pengarah urusan Perwaja itu meninggal dalam tidur di bilik persendiriannya di Park Avenue Hotel, di Sungai Petani, Kedah, yang dimiliki oleh beliau pada usia 75.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam kenyataan bela diri yang difailkan pada 1 Mac, 2002, berkata beliau berpegang kepada perlindungan bersyarat. - Bernama

No comments
Post a Comment