Awat Pula UMNO Kedah Boikot Shafie?

Biasanya apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri menghadiri sesuatu majlis parti - apa lagi, jika pertemuan pertama melibatkan Pengerusi yang baru dilantik - semua Ketua Bahagian akan hadir. Maklumlah, semua pasti teruja hendak jumpa 'boss' baru, teruja nak tunjuk muka yang tak handsome tu! Tapi lain pula halnya dalam pertemuan dan jamuan makan malam UMNO Kedah malam tadi yang dianjurkan oleh UMNO Langkawi, semua Ketua Bahagian UMNO Kedah tidak hadir! Apa, depa boikot Shafie sebagai ketua depa ka?
shafie apdal pc 310308 shafie

Tetapi Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, apabila ditanya ketidakhadiran semua Ketua Bahagian di majlis itu malam tadi, mempunyai jawapan tersendiri. Tidak kiralah jawapan itu logik atau tidak logik, yang penting ada jawapannya.

Dalam jawapannya, Shafie berkata ia kerana majlis berkenaan "diatur dalam masa singkat oleh UMNO Langkawi".

Mengapa dikatakan majlis "diatur dalam masa yang singkat" sampai tiada Ketua Bahagian yang sempat hadir, Datuk? Datuk buat perjumpaan mengejut dalam keadaan kelam kabut sangatkah hingga semua Ketua Bahagian tidak tahu? Jika seorang dua Ketua Bahagian tidak hadir, itu boleh diterima, jika separuh yang tidak hadir, itu sudah kira kes serius, tapi jika semua tak hadir...pasti ada yang tak beres .... something wrong some where niih!

Hendak kata cuaca buruk hingga tiada perkhidmatan feri ke Langkawi kelmarin, tidak pula, kelmarin cuaca cukup baik. Hendak kata semua Ketua Bahagian boikot, kerana UMNO Pusat mengenepikan anggota UMNO Kedah sendiri menjawat jawatan Pengerusi Badan Perhubungan negeri itu, Shafie kata bukan. Jadi apa sebab sebenar depa tak mai? Tak kan pula semua Ketua Bahagian jenis mabuk laut hingga tak mau pi Langkawi yang sebelum ini antara destinasi popular depa?

Atau Mahathir Khalid dah colek semua Ketua Bahagian ke Phuket atau Haatyai ka?

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments

Powered by Blogger.