Peranan pengerusi Perhubungan UMNO negeri seperti ’RUBBER STAMP”

Najib telah menyenaraikan pengerusi-pengerusi dan timbalan-timbalan pengerusi perhubungan UMNO negeri semalam. Tumpuan khasnya diberi kepada negeri-negeri yang BN kalah seperti Selangor, Wilayah, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Semua pengerusi-pengerusi di negeri ini terdiri dari pemimpin dari negeri lain mungkin perlantikan mereka di atas kapasiti mereka sebagai Presiden, Timbalan dan Naib-naib Presiden kecuali Kelantan Dato Mustapha Mohammad.

Contohnya yang menarik ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah ialah Shafiee Apdal dari Sabah dan Timbalan Pengerusi ialah Mahdzir Khalid.

Amalan yang sudah-sudah sejak dari pemerintahan Tun Mahathir dan Pak Lah peranan pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO negeri ini hanya seperti ”rubber stamp” sahaja. Timbalan Pengerusi yang lebih camca dari bubur kerana pengerusi sibuk di peringkat persekutuan.

Timbalan-timbalan ini yang kerap mencorak politik UMNO negeri tersebut manakala pengerusi hanya turun bertemu exco-exco perhubungan UMNO negeri hanya untuk mendengar lapuran indah dari pelakon-pelakon ini.

Ketua-ketua UMNO cawangan dan ahli–ahli hanya dapat melihat dari jauh atau pun di pertontonkan seperti tayangan wayang kulit. Ahli-ahli dan rakyat hanya syok, seronok dan terhibur dengan bayang-bayang dari lampu dibelakang tok dalang.

Pengerusi-pengerusi ini tidak menyelami sedalam-dalamnya sepak terajang politik UMNO negeri itu dan kerapkali mereka ”play safe”.

Kesimpulannya DS Najib harus pantau rapat-rapat pengerusi-pengerusi ini supaya peranan mereka betul-betul membawa perubahan senario politik negeri-negeri tersebut dalam lain perkataan jangan banyak bermain dengan bayang-bayang seperti wayang kulit.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.