SEBELUM ANDA MENGKRITIK PIMPINAN, BACA ARTIKEL INI DAHULU (Siri 1)
Kalau di dalam UMNO, memang benar terdapat ahli yang berlagak hebat daripada pimpinan mereka. Contohnya seperti beberapa orang menteri yang dikenali ramai, lebih bersetuju dengan Mahathir berbanding Pak Lah ketika beliau sedang menjawat sebagai Presiden UMNO. Tetapi, situasi ini sudah merebak ke dalam PAS, dan mewujudkan ahli yang kononnya lantang bersuara membetulkan pimpinan, tetapi tindakannya adalah satu kesilapan besar.
Tidak hairanlah, peristiwa ini sama seperti yang terjadi di Zaman Nabi Muhammad SAW sendiri. Iaitu ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiah. Perjanjian Hudaibiah ini telah menimbulkan kontroversi kepada beberapa orang Islam. Mereka melihat bahawa tindakan Baginda SAW dalam memeteraikan perjanjian itu dianggap sebagai kesilapan besar. Mereka tertanya-tanya.. “Kenapakah Nabi Muhammad SAW melakukan begitu?”
Mereka melihat bahawa perjanjian tersebut lebih menguntungkan orang kafir. Sama juga isunya yang terjadi hari ini. Isu tersebut ialah Unity Government yang terdapat beberapa pihak yang merasakan ia akan menguntungkan UMNO sahaja. Tetapi, apakah yang terjadi seterusnya? Dari kalangan orang Islam yang tidak berpuas hati dengan keputusan Nabi Muhammad SAW tersebut ialah Saidina Umar al Khattab sendiri.
Beliau pergi berjumpa dengan Nabi SAW menyatakan ketidak puasan hatinya terhadap perjanjian tersebut. Saidina Umar melihat bahawa Perjanjian Hudaibiah ini seolah-olah merendahkan martabat Islam, dan memberikan untung yang lebih terhadap musuh. Setelah menyuarakan hal tersebut kepada Baginda SAW, Baginda SAW menjawab…
“Hai Putera al Khattab, Aku ini Rasulullah dan aku tidak akan menderhakai Allah, Dialah pembantuku dan Dia tidak mensia-siakan aku sekali-kali”
Baginda SAW menjawab dengan nada yang baik apabila menerima luahan hati Saidina Umar al Khattab. Tetapi Saidina Umar masih tidak tahu mengapa Nabi Muhammad SAW membuat keputusan tersebut yang seolah-olah menguntungkan pihak musuh. Lalu dia pun berlalu dengan menahan perasaan tidak puas hatinya.
Demikianlah apa yang sedang berlaku hari ini. Beberapa orang ahli PAS hari ini telah bertindak tidak wajar apabila menghentam belakang, tanpa merujuk dengan pimpinan sendiri. Bukankah peristiwa ini mengajar kita tentang adab dengan pimpinan, dan adab menegur pimpinan? Tetapi, kita berlagak sebagai seorang yang lebih lantang daripada Saidina Umar sehingga terlupa adab-adab tersebut. Bersambung………
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
No comments
Post a Comment