MUZAKARAH, MUQABALAH - BERHENTILAH BERBALAH
Kepada tak kira siapalah, mana-mana isu yang boleh melemahkan parti maka berhentilah dari sama-sama telanjang menelanjangi antara satu sama lain. Parti kita tidak berbudaya begitu apatah lagi Agama kitapun tak ajar begitu. Tiada siapa yang untung akan tetapi kita semua yang rugi.
Kita berhadapan dengan Umno dan BN. Itu jelas. Jadi yang jelas itu jangan pula dikaburkan.
Dalam keadaan berbodong-bodong orang bukan Islam menghampiri kita, adalah dirasakan tidak cerdik kita meliarkan mereka kembali dengan cara kita - samada ego atau mentah!.
Berlapang dadalah sekiranya kita berjamaahkan parti Islam. Yang alim adalah pemimpin dan yang jahil adalah pengikut. Yang alim jangan merosakkan kealimannya kerana yang jahil mahu mengikut mereka. Sayangilah ilmu kita yang tidak dianugerahkan oleh Allah SWT kepada orang yang jahil.
Sahabat-sahabat yang turut serta dalam memperbahaskan isu tersebut juga perlu berhati-hati jangan sampai kita berbalah sesama sendiri.
Ingatlah PRU 13 bukanlah lambat lagi. Kita perlu bersiap ke arah itu.
Kembalilah kiambang jangan biarkan rumput-rumput menghalang ukhuwah kita!

No comments
Post a Comment