Hasil siasatan kuari
Hasil siasatan tiga buah kuari yang didakwa mengurangkan pengiraan pembayaran royalti bahan batuan kepada Kerajaan Negeri oleh Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tembatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang mendapati dua daripadanya dikenakan pembayaran balik tunggakan berjumlah RM6,013,626.56 manakala satu lagi bebas daripada sebarang pembayaran.
Iklan
Dua kuari yang bersalah itu ialah Kuat Sdn Bhd dikenakan RM3,607,958.46 dan Batu Tiga Quarry Sdn Bhd berjumlah RM2,405,668.10 keduanya beroperasi di Penanti, Bukit Mertajam.
Sebuah lagi kuari Saw Chong Teok Quarry Sdn Bhd yang terletak di Sungai Sembilang, Juru dibebaskan kerana mengikuti etika yang ditetapkan seperti penggunaan mesin dan kapisiti yang lebih tinggi berbanding pengeluaran dari jenis mesin yang sama oleh dua syarikat lain.
"Semuanya telah selesai setakat ini dan kami berpuas hati dengan hasil siasatan yang dibuat terhadap tiga kuari berkenaan. Dua daripadanya dikenakan pembayaran balik tunggakan manakala satu lagi bebas kerana membuat pembayaran dengan baik, " ujar Law Choo Kiang semasa kenyataan medianya di Dewan Nilam Tingkat 53 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) baru-baru ini.
Menurutnya Jawatankuasa Tanah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah meneliti hasil siasatan pada 22 April kemudian dibincang dan diterima oleh mesyuarat Exco pada 23 April sehari selepas itu.
Memandangkan terdapatnya kekurangan pembayaran royalti oleh dua syariakt tersebut maka Ketua Menteri telah mengarahkan 12 lagi kuari disiasat semata-mata memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri mencapai matlamat Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).
"Untuk makluman semua ketiga-tiga kuari yang dihentikan sementara kini boleh beroperasi seperti biasa pada hari Isnin ini (27 April 2009), " tegasnya yang hadir bersama Timbalan Pengerusi Siasatan yang juga Ahli Dewan Unndangan Negeri (Adun) Bukit Tengah, Ong Chee Wen.
Mengikut formula pengiraan royalti setiap kuari kena beroperasi lapan jam sehari dan 26 hari sebulan. Setiap tahun kuari berkenaan dikehendaki deklarasi pengupayaan mesin melalui surat kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk mengira pembayaran royalti bahan batuan.
Bukan itu sahaja malahan siasatan juga merujuk kepada katalog mesin 'Primary Crusher' untuk mengenal pasti deklarasi tahunan yang dibuat. Satu akuan bersumpah juga perlu disediakan oleh setiap kuari untuk kapisiti mesin primary crusher bagi mengenal pasti kejujuran pengusaha terhadap mesin yang diguna sekarang atau lalu.
Jelas beliau kesalahan Syarikat Kuat Sdn Bhd ialah tidak memaklumkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT) dengan mesin jenis Jaques ST47 dan memaklumkan pada pejabat yang sama terhadap mesin Svedala 1208HD.
Manakala Syarikat Batu Tiga Quarry Sdn Bhd pula ialah tidak melapurkan Pejabat Daerah yang sama apabila mesin primary crusher ditukar kepada Kobe 5442 dalam tempuh Disember 2004 - April 2005 serta kegagalan syarikat berkenaan melapur kepada Pejabat Daerah dan Tanah SPT tentang kenaikan kapisiti mesin daripada 149 sejam kepada 370 tan sejam apabila mesin Kobe mula digunakan.
"Semua dokuman yang disiasat bermula daripada bulan Januari 2004 sehingga Desember 2008 iaitu jangkamasa lima tahun. Kami berharap syarikat yang telah dikenakan tunggakan pembayaran tidak mengulangi kesalahan itu lagi sebaliknya mematuhi perundangan yang ditetapkan, " terangnya.

No comments
Post a Comment