Samada Nik Abduh Benar atau Tok Guru Nik Aziz Dunggu

Penuduhan terhadap "penasihat-penasihat" Tok Guru dua tiga hari ni cukup hebat dimainkan oleh media terutamanya akhbar milik UMNO, Sinar Harian.

Bagi saya mudah sahaja jawapannya. Samada Nik Abduh bercakap benar ataupun Tok Guru Nik Aziz ni dunggu dan mudah diperkotak-katikan?


Tapi, takkan Tok Guru Nik Aziz ni dunggu kot? Boleh diperkotak katikan oleh penasihat2 beliau dengan mudah.

TGNA ni MB 4 penggal berturut2. Dah tiga Presiden UMNO berlalu namun dia masih MB. Dr Mahathir berhempas pulas nak jatuhkan TGNA sebagai MB namun yang jatuhnya Dr. Mahathir.

Waktu UMNO berada di tahap populariti maksimum (1995), semua parti kalah termasuk DAP tapi Kelantan kita masih menang dan Tok Guru tetap MB.

Waktu itu Anwar Ibrahim dalam UMNO dan ekonomi negara merekodkan pertumbuhan KDNK 8% ke atas. DAP sendiri tergolek menyembah bumi dengan memenangi hanya 8 kerusi parlimen. Mereka kalah semua kerusi DUN di Penang kecuali satu. PAS hilang wang pertaruhan di beberapa tempat di Selangor, Melaka dan Johor.

Kumpulan Islam pada masa itu semuanya menyokong UMNO/Anwar i.e. ABIM, JIM, Arqam etc. Dr. Mahathir sendiri berani melawan Raja2 sebab mereka menang besar sangat. UMNO2 Bahagian di Selangor giat menjemput Ustaz Ismail Kamus dalam program2 Forum Perdana anjuran mereka.

Tapi Tok Guru berjaya mempertahankan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan UMNO/BN dalam keadaan mempertahankan majoriti 2/3.

Pada hari ini, populariti Tok Guru Nik Aziz ini lebih tinggi dari Dr. Mahathir, Najib Tun Razak dan sesiapa sahaja di kalangan pimpinan UMNO.

Ertinya Tok Guru ni bukan setakat alim tetapi bijak dan pintar serta mampu memimpin dengan baik. Tak mungkin Tok Guru ni seorang dunggu dan mudah diperkotak-katikan.

Saya terpaksa mengambil opsi yang lagi satu, yakni Nik Abduh yang salah di dalam menyalahkan penasihat-penasihat Tok Guru. Saya tak nak menyatakan Tok Guru ni dunggu.

Tok Guru tak pernah tinggal tahajud. Masa dia sakit pun dia tetap tahajjud. Ustaz Nik Radzi bagitau saya sendiri.

Takkan mudah sangat dia diperkotak-katikan oleh penasihat-penasihat beliau?

Isu ni bukan isu teknikal pun. Bukannaya mcm nak buat bangunan 30 tingkat, buat empanggan, buat jalan.

Ini isu strategi politik dan TGNA lebih berpengalaman dalam isu ini banding dengan ramai orang lain. Saya yakin penasihat Tok Guru itu yang dinasihatkan oleh Tok Guru.

Heran saya, waktu Dato' Asri nak bawak PAS masuk BN dulu pun, beliau tunggu sokongan TG Nik Aziz dahulu sebelum beliau teruskan dengan Mesyuarat Agung Khas.

Waktu itu, kalau TGNA kata tidak, maka PAS tidak akan masuk kerajaan campuran dgn UMNO (dan BN).

Skrg ni semua bypass Tok Guru dlm isu seperti ini. Kenapa?

Tulang Besi

ps Semua pemimpin ada penasihat. Tapi pemimpin yang hebat dia dapat membezakan nasihat mana yang benar dan nasihat mana yang kurang baik.

Tok Guru Nik Aziz mempunyai ciri kepimpinan yang hebat. Terbukti dengan jelas.

Kawan saya kawan Idris Jusoh. Derih pernah bagitau dia, dia pernah dimarahi oleh Ahli UMNO KElantan kerana berkata keras berkenaan Tok Guru Nik Aziz. Ahli-ahli UMNO Kelantan mempertahankan Tok Guru Nik Aziz.

Tok Guru ni macam Saidina Umar Abdul Aziz. Ilmu tinggi dan pandai memimpin.

http://www.malaysiawaves.com/2009/04/samada-nik-abduh-benar-atau-tok-guru.html

No comments

Powered by Blogger.