sprm akan bekerjasama dengan umno?
Tindakan untuk kukuh kedudukan, pertingkat imej parti
KUALA LUMPUR: Umno akan terus bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam usaha untuk membanteras gejala politik wang di kalangan ahli serta pemimpin parti berkenaan.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata walaupun selepas tamat pemilihan parti bulan lalu, pihaknya berpendapat hubungan rapat dengan SPRM penting untuk mengukuhkan kedudukan serta meningkatkan imej parti.
"Jika kita terima aduan berhubung kegiatan jenayah politik wang, ia akan disalurkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut dan pada masa sama Lembaga Disiplin Umno pula akan memberi tumpuan khusus kepada kesalahan membabitkan etika parti," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, Berita Harian melaporkan 45 daripada 90 kes aduan rasuah politikmembabitkan pemimpin Umno diterima SPRM ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.
Jumlah itu merangkumi kira-kira 50 peratus daripada 90 aduan rasuah politik yang diterima suruhanjaya berkenaan sepanjang pemilihan peringkat bahagian Umno, tahun lalu.
Siasatan dijalankan mendapati kira-kira 45 aduan berkenaan gagal disertakan bukti kukuh, sekali gus menyukarkan suruhanjaya untuk mengambil tindakan lanjut.
Selain itu, kira-kira 20 peratus atau 18 kes rasuah politik difailkan pula masih pada peringkat siasatan lanjut, manakala sebanyak 30 peratus atau 27 lagi kes dirujuk pada Lembaga Disiplin untuk tindakan pada peringkat dalaman mengikut perlembagaan parti.
Selain tindakan SPRM, sebelum pemilihan parti itu akhir Mac lalu, beberapa calon sudah dikenakan tindakan, termasuk tidak dibenarkan bertanding dan menghadiri perhimpunan kerana didapati bersalah terbabit dalam politik wang.
Mereka termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden, tetapi boleh hadir dan mengundi, manakala Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria, dilarang bertanding jawatan MT serta dilarang menghadiri perhimpunan agung parti.
Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut didapati bersalah terbabit dalam politik wang, tetapi diberi amaran oleh Lembaga Disiplin. Beliau memenangi pertandingan dan dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
Bagaimanapun, Lembaga Disiplin Umno mengesahkan sedang menyiasat beberapa calon yang menang, termasuk bagi jawatan kanan pada pemilihan Umno kerana didakwa mengamalkan politik wang pada saat akhir.
Tengku Adnan berkata, jika Lembaga Disiplin menerima aduan membabitkan jenayah rasuah tindakan yang diambil tetap sama di mana ibu pejabat Umno akan bertanggungjawab menyalurkan aduan itu kepada SPRM.
Mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan Lembaga Disiplin, beliau berkata Majlis Tertinggi (MT) Umno akan membuat memutuskan kedudukan pihak yang didapati bersalah oleh lembaga berkenaan, terutama jika ia membabitkan pemimpin yang memegang jawatan dalam parti.
"Kita tunggu pengumuman Lembaga Disiplin Umno dan jika ada yang didapati bersalah melanggar perlembagaan parti, tentunya perkara itu akan dirujuk kepada MT Umno," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail ketika ditanya sama ada pihaknya sedia bekerjasama dengan SPRM berkata, pihaknya memberi tumpuan kepada kesalahan membabitkan etika dalam parti, manakala SPRM menyiasat kesalahan jenayah rasuah.
"Tentunya, masing-masing mempunyai bidang tugas tersendiri, dia (SPRM) buat kerja dia, kami (Lembaga Disiplin) buat kerja kami," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, beliau percaya tugas yang dilaksanakan kedua-dua pihak tentunya akan membantu dalam usaha untuk membanteras kegiatan rasuah di semua peringkat dalam parti itu.

No comments
Post a Comment