SPRM boleh pantau PAS, tetapi selesaikan dahulu rasuah Umno


PAS berpendirian terbuka seandainya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menjalankan pemantauan terhadap pemimpin yang bertanding sempena Muktamar PAS tahun ini.

Sebaliknya PAS juga menyarankan agar SPRM menyelesaikan dahulu kes-kes rasuah dalam Umno yang sehingga kini masih belum diambil tindakan sepenuhnya oleh badan itu

SPRM berhak menjalankan sebarang siasatan yang sewajarnya ke atas pemimpin PAS kerana SPRM sememangnya bertanggungjawab untuk menyiasat hal-hal melibatkan rasuah dan penyelewengan.

Namun siasatan itu katanya, tidak boleh dijadikan SPRM untuk mempunyai persepsi negatif terhadap parti politik lain hanya disebabkan parti Umno yang sudah sinonim dengan kes rasuah dan penyelewengan.

SPRM dinasihatkan terlebih dahulu perlu mengambil tindakan terhadap ahli-ahli Umno yang didapati terlibat dalam kes politik wang seperti Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin; dan Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Saya ingin meminta penjelasan daripada pihak SPRM berhubung pendakwaan kes rasuah ke atas bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang belum diketahui statusnya.

Saya yakin dengan contoh pemerintahan bersih yang diamalkan kerajaan PAS Kelantan, dan pemilihan yang berjalan baik sebelum ini, akan diteruskan. Saya juga amat yakin pemimpin PAS bersih daripada sebarang kes penyelewengan mahupun gejala politik wang


http://gemasuara.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.