Siasat Kes 7 Pensyarah Digantung Tugas

KULIM, 26 April (Bernama) -- Kementerian Pengajian Tinggi diminta menyiasat kes tujuh pensyarah sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sini yang digantung tugas mereka selama dua minggu kerana dituduh menghalang sekumpulan pelajar mengadakan perhimpunan ala Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bulan lepas.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata pentadbir IPT berkenaan juga perlu menyiasat sebelum mengenakan sebarang tindakan terhadap pensyarah terlibat kerana mereka bertindak secara rasional.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tabloid Rabu lalu yang menyebut bahawa pensyarah terbabit bertindak demikian kerana kurang senang dengan kesanggupan sebahagian pelajar universiti berkenaan memakai pakaian penduduk Israel, mengibar bendera Zionis sambil menari ala Yahudi ketika mengadakan persembahan kebudayaan sempena perhimpunan itu.

Pensyarah itu juga mempertikaikan tindakan sekumpulan pelajar Islam lain yang memakai pakaian seperti sami Buddha bagi mewakili Kemboja selain Amerika Syarikat, United Kingdom, Sepanyol, China, India, Iraq, Mexico dan Israel, katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran atas pelantikan beliau sebagai anggota MT di sini hari ini.

Kira-kira 200 pelajar menyertai perarakan tersebut yang diadakan di kawasan kampus tersebut pada pertengahan bulan lalu sebagai sebahagian subjek Bahasa Inggeris yang meliputi 20 peratus daripada keseluruhan markah mata pelajaran tersebut.

Kumpulan pensyarah berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hati dan terkilan terhadap pelajar tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar Melayu.

Abdul Aziz menjelaskan bahawa aktiviti yang dijalankan pihak universiti berkenaan seolah-olah tidak sensitif kepada masyarakat Islam.

"Ketika negara memboikot Israel dan Malaysia sendiri tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, kenapa ada pula pihak yang seolah-olah memuja negara berkenaan.

Lagi pun saya berharap sesuatu dapat dipertimbangkan mengenai masa depan tujuh orang pensyarah yang kini menanggung akibat digantung tugas akibat membantah tindakan pihak pentadbir", tegas beliau.

Sementara itu Abdul Aziz yang juga Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah memberikan kepercayaan mereka kepada beliau kerana melantiknya sebagai anggota Majlis Tertinggi parti.

"Saya akan menggunakan pengalaman saya yang pernah menjawat jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada tahun 1999 lalu sebagai landasan bergerak membantu pucuk pimpinan", jelas beliau.


kahkahkah...... bila erk najib nak p melawat jalan P.Ramlee? kahkahkahkah... najib kena p sebelah malam tau!

No comments

Powered by Blogger.