Ahmad Maslan cadang KPI untuk jentera penerangan UMNO
KUALA LUMPUR 27 April — Ketua Penerangan Umno yang baru, Ahmad Maslan, mencadangkan agar Petunjuk Prestasi Utama (KPI) digunakan untuk menilai jentera penerangan parti di semua peringkat.
“Saya cadangkan ketua penerangan mempunyai KPI dari segi jumlah program penerangan yang dibuat terutamanya oleh Umno cawangan, bahagian, negeri dan pusat,” katanya kepada pemberita pada hari pertama memasuki pejabatnya di Tingkat 38, ibu pejabat Umno di Menara Dato’ Onn di sini.
Ahmad, 43, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dilantik Ketua Penerangan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Ahmad berkata melalui kaedah itu, seluruh jentera parti akan digembleng dengan lebih berkesan untuk memberi penerangan sepenuhnya kepada anggota akar umbi serta mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Umno.
Katanya program penerangan di negeri-negeri yang Barisan Nasional kalah pada pilihan raya umum Mac tahun lepas akan ditingkatkan mungkin kepada 20 ceramah penerangan setiap bulan.
Ahmad berkata belkiau juga akan memikirkan beberapa kaedah luar biasa, kreatif dan inovatif ke arah memperbanyakkan dialog dan perbincangan dengan anggota parti sehingga ke peringkat akar umbi.
“Bagaimanapun, kaedah lama seperti ceramah dan seminar tetap akan diteruskan,” katanya. — Bernama

No comments
Post a Comment