ADUN Bangi Tubuh Kelab Bola Sepak Remaja India Penyokong Pas
Tasik Cempaka, Bangi – 18 Zulkaedah = 5 Dis. (Sabtu):
Pagi ini ADUN Bangi ke Tasik Cempaka merasmi dan menyampaiakan jersey bagi Kelab Bola Sepak Remaja India Penyokong Pas yang ditubuhkan pada bulan Ogos 2009 lepas. Turut hadir Encik Krishnan selaku Pengerusi Indian Football Club di sini dan jurulatih Encik M. Ragendran Bekas coach bagi Pasukan Tentera Udara Malaysia yang beliau juga Pesara Tentera Udara Malaysia dan sekarang bekerja di Euro-Copter Malaysia selaku juru teknik dan kini menetap di Bangi. Menurut En. Krishnan En. Ragindran secara sukarela melatih pasukan kelab yang baru ditubuh yang kini berjumlah 16 orang ahli. Anak-anak muda di bawah 18 tahun ini adalah dari Sekolah di Sungai Chua, Jalan Bukit dan Jalan Reko. Hari ini mereka hadir bagi sesi latihan. ADUN Bangi memperuntukkan sebanyak RM900/= bagi membeli jersey (termasuk seluar, stoking dan bola) yang disampaikan pada pagi ini.
Latihan pagi ini merupakan persiapan akhir bagi menghadapi pertandingan dengan pasukan remaja dari Rinching pagi esok. Untuk itu buat kali pertama jersey baru ADUN Bangi akan digunakan. ADUN mengharapkan pasukan yang baru diresmikan ini menjadi satu pasukan yang kuat dan establish di DUN Bangi dan pihak ADUN bersedia memberi bantuan bagi kemajuan pasukan. Diharap akan lahir pasukan-pasukan remaja yang lain dari DUN Bangi. Dengan itu pertandingan akan dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi mempertingkatkan mutu bola sepak remaja di DUN Bangi. Terima kasih kepada En. Krishnan dan En. M. Ragindran. Semoga pasukan yang dibimbing maju jaya.

No comments
Post a Comment