Kalau BTN betul, kenapa rombak modulnya?

Oleh: ustnik

"Saya pernah sertai kursus Biro Tata Negara (BTN) lebih 20 tahun lepas. Ketika itu di UKM. Kalau tak silap ingatan saya, Dr Kamarudin Kachar ada di situ. Modul, ceramah dan pengisian banyak membangkitkan sentimen memperkukuhkan ke’Melayu’an anda. Sejarah kemerdekaan, nasib anak bangsa khususnya Melayu, ekonomi Melayu..dan banyak pasal Melayulah ringkasnya diceramahkan. Maaf, di’doktrin’kan.

Dalam seminggu ini, timbul isu BTN. Kerajaan Selangor boikot BTN (dan bagusnya kalau negeri-negeri di bawah Pakatan yang lain pun ikut sama boikot). Dalam keadaan demikian, pemimpin kerajaan, termasuk media utamanya mempertahankan BTN. Dicanangkan: Kursus Biro Tata Negara pupuk perpaduan, Kursus BTN padat ilmu kenegaraan, Kursus Biro Tata Negara cetus semangat cintakan tanah air dan macam-macamlah.

Tiba-tiba Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berkata Kurikulum BTN akan dirombak semula supaya lebih serasi dengan konsep 1Malaysia. Yang mana satu nak pakai ni? Mana yang benar? BTN dah elok, BTN dah sesuai, BTN pupuk perpaduan atau memang BTN doktrinkan ideologi UMNO/BN sahaja atau apa sebenarnya?

Ini celaru namanya. Yang satu pihak kata dah elok, Nazri kata kena rombak. Memang nampaknya kurikulum BTN ada masalah. Kalau sungguh seperti kata para Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan media utama, maka kurikulum BTN jangan dirombak.

Biarkan sahaja BTN dengan modul usangnya dan biarkan kerajaan di bawah Pakatan yang memboikot program BTN kerana memang ia men’doktrinkan’ ke’Melayu’an anda tanpa peduli Islam dan kaum lain.

www.niknasri.com

No comments

Powered by Blogger.