Koh Tolak Permintaan Umno Untuk Pegang Jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang

PULAU PINANG: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menolak permintaan pemimpin Umno negeri supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang kini dipegang oleh Gerakan, diserahkan kepada parti berkenaan.

Koh, yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang berkata jawatan itu disandang olehpara pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun.

"Jadi kenapa perlu kita membangkitkannya semula apabila amat jelas bahawa apajua perubahan tidak akan dipersetujui oleh Gerakan," katanya kepada pemberitasebelum merasmikan Kem Latihan Kepimpinan Remaja Pulau Pinang di sini semalam.

Koh mengulas gesaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa jawatan Pengerusi BN Negeri perlu diserahkan kepada pemimpin Umno memandangkan hanya wakil Umno yang memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di negeri itu pada pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, Koh berkata Gerakan telah pun menyandang jawatan itu sejak sekian lama dan parti itu akan membantah sebarang cadangan untuk melakukan perubahan.

"Aturan berhubung jawatan Pengerusi diperakukan sekali lagi pada pertengahantahun ini oleh Dewan Tertinggi BN dan perkara ini tidak seharusnya dibangkitkan lagi," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menggesa para pemimpin Umnosupaya tidak membangkitkan lagi isu itu memandangkan ia mungkin merosakkan imej BN dan Umno.

"Langkah ini tidak akan membawa manfaat kepada mana-mana parti denganmembangkitkan lagi isu berkenaan, sebaliknya ia mungkin merosakkan imej BN dimata masyarakat di Pulau Pinang, malah di mana saja. Kami akan membantah jikaperkara ini dilakukan," katanya.

Kelmarin, Ahmad Zahid yang mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UmnoNegeri, berkata permintaan untuk jawatan Pengerusi itu bukan untuk kepentinganmana-mana personaliti tetapi demi parti itu yang telah memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk BN dalam pilihan raya umum lepas.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berharap hasrat Umno Pulau Pinanguntuk mengambil alih jawatan Pengerusi BN negeri akan dipertimbangkan olehpemimpin BN di peringkat pusat. BERNAMA

1 comment

Hasan said...

salam kerabu,
ini menunjukkan keras kepala pemimpin GERAKAN dalam isu melibatkan kepimpinan negeri khususnya dan kepimpinan BN amnya.
UMNO jangan dok sibuk lagi tentang DAP dalam pakatan rakyat,

minta tolong jaga MCA,GERAKAN DAN MIC yang nampak dah keras kepala sangat dah.

bekas ahli UMNO yg dah taubat!!!!

Powered by Blogger.