Macam-macam hal pasal Konvensyen Blogger PAS
Oleh: hermansamsudeen
" Terasa berat nak menulis tentang isu Konvensyen ini sebab risau akan menimbulkan pelbagai persepsi. Tapi saya harap ia jadi bahan penerangan dan penjelasan terhadap beberapa pandangan sinis pihak-pihak yang begitu risau dengan kewujudan program ini.
Sehari dua ini, Konvensyen Blogger PAS 2009 yang bakal berlangsung pada 20 Disember ini mendapat pelbagai reaksi dari rakan-rakan blogger. Sama ada positif atau negatif, masing-masing dengan teori sendiri.
Saya selaku Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat yang bertanggungjawab mengadakan program ini mengucapkan jutaan tahniah diatas promosi awal yang diberikan oleh rakan-rakan blogger. Bagi sesetengah mereka diluar sana,buat salah, tak buat salah. Tapi bagi saya konvensyen ini adalah hak Blogger PAS.
Asal-Usul Konvensyen PAS
Secara peribadi, idea pertemuan blogger PAS atau pro PAS ini timbul dari teman saya Penarik Beca beberapa tahun lalu. Dua pertemuan diaturkan beliau dan ketika itu hanya saya seorang sahaja blogger dari kalangan pimpinan pemuda PAS yang dapat hadir. Idea beliau adalah untuk mengumpulkan Blogger pro PAS dalam satu Kelab. Seingat saya perjumpaan yang pertama di Pejabat Jalan Pahang turut dihadiri oleh Kickdefella.
Namun tiada kata putus tentang hala tuju dan organisasi ataupun program. Maka Abg. Bakaq a.k.a Penarik Beca ajak buat pertemuan kedua, tapi beberapa orang sahaja geng-geng dalam pertemuan pertama yang hadir. Masa itu Kickdefella tak hadir, tapi orang baru - Mahaguru58 hadir. Hingga ke larut malam berdebat. Akhirnya Mahaguru58 bertekad nak wujudkan Kumpulan Blogger yang dipanggil Muslim Blogger Alliance (MBA) yang tidak berasaskan parti.
[More...] Tapi Abg Bakaq tak berminat sebab hasratnya adalah Kelab Blogger Pro-PAS. Memang nampak dia sayang sangat pada PAS walaupun dia akui pada saya yang di bukan lagi ahli PAS kerana ada masalah peribadi yang saya rasa tak perlu disebutkan di sini.
Itulah pertemuan terakhir kami. Saya sempat bersama kumpulan MBA sampai 2008. Dan kali terakhir saya dengar adalah kisah Mahaguru58 bawa geng-geng MBAnya bertemu Hassan Ali hingga kecoh satu Malaya baru-baru ini kerana MBA turut disertai geng-geng Umno.
Saya pun dah lama tak bertemu mereka secara rasmi. Tapi hajat untuk wujudkan kelab Blogger itu tetap ada, apalagi melihat kepada sumbangan Blogger yang begitu besar dalam PRU 12 tahun lalu.
Maka sebaik sahaja Ust. Idris minta saya jadi Setiausaha beliau, antara idea pertama yang saya bincangkan adalah penubuhan sebuah Kelab Blogger PAS....Kalau Abg. Bakaq, dia mahu Kelab Blogger Pro-PAS. Tapi saya fikir peringkat awal ini kita buat peringkat PAS dulu. Lagipun ini program parti bukan program saya dengan Abg Bakaq sahaja. saya pun tak bincang apa-apa dengan Abg Bakaq tentang hal ini.
Tujuan adalah bagi mengumpulkan blogger PAS yang selama ini tidak diambil kisah oleh ramai pihak tentang kehadiran mereka. Tidak semua Blogger PAS terkenal. Jadi saya melihat inilah peluang untuk membantu blogger-blogger PAS yang baru untuk belajar dari mereka yang berpengalaman.
Selain itu, Ust. Idris dan pimpinan lain juga sering bertanya tentang beberapa blogger yang tulisan mereka agak menarik atau ada juga yang kritis. Mereka selalu tanya, mereka nie blogger Pas atau tidak? Sebab cerita hentam Umno memang kaw kaw, sampai kadangkala bahasa lucah dan kasar pun keluar. Itulah persepsi pimpinan dan ahli.
Jadi saya rasakan dengan Konvensyen ini kita boleh berkongsi manfaat dan saling ingat mengingati khususnya dalam bab penulisan blog. Sebab itulah ada juga pengisian penting akan diberikan kepada blogger supaya mereka dapat panduan yang lebih baik.
Benarkah ini konvensyen MemBTNkan Blogger?
Kita tidak menghalang sesiapa pun berblog dan menulis apa sahaja mengikut gaya mereka. Tapi bila sampai satu tahap mereka membawa imej parti maka, tulisan mereka juga kenalah sesuai dengan imej parti PAS. Sama juga adabnya bila kita pi kerja kat pejabat ada adabnya dan imejnya. Kalau pi ziarah rumah kawan-kawan pun kita kena beradab. Kalau kita pi luar negara dan bawa imej Malaysia pun kenalah ikut adab orang Malaysia, bukannya berubah hingga hilang identiti.
Saya memahami bahawa tidak semua orang boleh ikut peraturan walaupun peraturan itu baik. Allah larang mencuri, tapi ramai juga mencuri atas nama kebebasan. Allah larang menipu dan memfitnah tapi buat juga sebab seronok dan atas nama kebebasan bersuara. Jadi terpulanglah. Mungkin mereka rasa lebih bijak dari Allah.
Nak kata ini program nak mem'BTN'kan blogger. Bagi saya, itu pandangan peribadi beberapa rakan blogger. Hanya kerana ingin mendidik blogger ahli PAS, mereka sudah samakan program ini seperti BTN...kelakarkan. Kenapa tak sebut Usrah PAS sebagai Program BTN, begitu juga dengan ceramah-ceramah politik PAS sebagai ceramah BTN sekaligus.
Pada saya, itu hanya pandangan orang-orang yang kecewa. Dan mungkin mereka tak pernah rasa atau memang gagal jadi mak bapak yang baik pada anak-anak. Seorang mak bapak yang baik, mereka akan didik anak mereka, bagi panduan, tunjuk apa yang baik apa yang buruk. Mak bapak yang baik juga sentiasa buka ruang bertemu dengan anak-anak dan bagi ruang anak-anak bersuara secara direct. Dan pendidikan sebegitu tidak boleh disamakan sebagai program BTN.
Malanglah mak bapak yang didik anak-anak mereka melalui blog. Nak ajar anak makan, kena suruh anak itu baca blog mak dia, nak ajar anak berjalan kena suruh anak itu tengok blog bapak dia. Ada masanya kita berjumpa, ada masanya kita tak jumpa secara terus kat alam siber sahaja. Saya cakap ini kepada ahli PAS sahaja.
Saya melihat Konvensyen ini sebagai tempat bertukar-tukar pandangan jadi kita boleh beri pandangan kalau tak puas hati atau rasa ada idea yang lebih baik. Yang penting datang. Kalau kita asyik bincang tentang cara bawa kereta yang betul, tapi tak masuk dalam kereta dan hidupkan enjin dan masukan gear kemudian tekan minyak, maka sampai bila-bila pun kita hanya bercakap sahaj tapi tak bergerak ke mana-mana
Kenapa buka pada penyokong PAS?
Memang peringkat awal kita letak untuk ahli PAS sahaja. Tapi akhirnya kita buka bila ramai yang bukan ahli PAS berminat. Kita fikir, bila kita buka jemputan ini mereka akan datang. Mungkin lepas habis Konvensyen mereka tergerak hati nak jadi ahli PAS atau dakwah untuk Islam dengan lebih baik lagi. Kita mahu mereka juga berdakwah, bukan berpolitik sahaja.
Ramai ahli PAS terkejut bila Konvensyen ini dibuka kepada Penyokong PAS. Tapi apa yang saya boleh bagitau, konvensyen ini hanyalah pertemuan pertama, InsyaAllah akan ada pertemuan lain yang mungkin kita akan susun ikut level. Kalau pimpinan, kita panggil blogger pimpinan, kalau negeri, kita panggil peringkat negeri. Ada agenda yang kita akan bincang secara terbuka, ada agenda yang kita bincang secara tertutup khususnya yang melibatkan strategi dan perkara-perkara yang melibatkan dasar-dasar penting. Kalau terbuka kita akan panggil semua.
Sama juga dengan sebuah keluarga. Ada benda kena bincang suami isteri sahaja, ada benda boleh bincang ngan anak-anak, dan ada benda boleh bincang ngan jiran dan kawan-kawan. Harap semua faham. Tak kan hal dalam kelambu pun nak bincang dengan Ah Chong sebelah rumah.
Kenapa rujuk kertas kerja Program yang lapuk?
Ada juga yang ghairah sebarkan kertas kerja program tu, dan komen macam-macam. Untuk pengetahuan semua, itu adalah kertas kerja pertama yang kemudian dirombak oleh PAS Pusat dan AJK Lajnah Penerangan.
Yang terkini, perasmi adalah Presiden PAS sendiri dan pembentang kertas kerja nanti adalah Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Ust. Abdul Ghani Shamsudin.
Keselamatan Identiti Blogger
Tentang tahap keselamatan dalam Konvensyen ini. Pihak penganjur sudah maklumkan bahawa hanya yang berdaftar kepada email penerangan.paspusat@gmail.com sahaja yang akan dibenarkan masuk. Dan setiap pendaftaran kita akan semak blog mereka. Ada yang takut jika SB masuk ambil gambar mereka. Penganjur akan letak petugas keselamatan untuk pantau. Tapi kita tidak jamin sebab kami bukan tuhan yang boleh beri jaminan 100% pada semua perkara. Kita juga tak jamin, sebab ada juga blogger yang mengaku PAS tapi bocorkan program dan mesyuarat parti dalam blog mereka. Kita tak boleh halang semua, mungkin blogger jenis itu pun akan ada. Tapi kita bergantung pada Allah. Kalau mereka nak rakam, nak ambik gambar curi-curi pun tak apa. Kita tak takut pada mereka. Kita takut pada Allah.
Setakat ini saya jamin senarai nama yang ada dalam senarai kita selamat dan kita tidak akan dedahkan. Sebab kita angap maklumat itu sulit, sama juga seperti senarai daftar ahli PAS. Kita tidak bodoh untuk dedahkan blogger kita kepada Umno dalam mana-mana media atau blog, melainkan ada blogger yang khianat dan mencurinya. Tapi tak apa, kita ada Allah untuk menghukum mereka diakhirat. Kita doa sahaja seperti Tok Guru Nik Aziz.
Bayaran RM 10?
Seterusnya, ada yang persoal kenapa kenakan bayaran RM 10. Memang kecoh juga. Saya akui sedikit terkejut, sebab seingat saya, itulah bayaran standard yang kita kenakan pada semua program parti untuk tampung kos makan, sewa fasiliti, bayar penceramah dan bahan program lain.
Selama ini bila kita buat kalangan ahli PAS, isu ini tak timbul sebab mereka faham. Hatta dengan Kelab Penyokong PAS pun isu ini tidak berbangkit sebab mereka tahu ini program parti. Duit program datang dari peserta dan ahli. Kita tidak minta sumbangan sponsoship dari mana-mana GLC Kerajaan negeri yang kita perintah macam Umno.
Tapi mungkin kali ini sebab ada yang bukan ahli PAS yang nak hadir, sebab itu mereka bertanya. Tapi itulah budaya PAS, kita sumbang pada parti bukan parti sumbang pada kita. Kita bukan ahli Umno yang selalu bertanya apa kami dapat bila Umno sudah menang. Ahli PAS diajar supaya kita memberi secara Ikhlas sama ada kita kalah atau sudah menang. Kalau tak mampu tak apa, kalau mampu bagi lebih. Hatta setiap kali buat ceramah pun kita kutip sumbangan untuk cover kos program ceramah. Ahli PAS faham, mereka keluar duit ikhlas kerana harapkan keberkatan dari Allah. Tapi yang pasti, kita tak paksa kalau tak mampu. Berterus teranglah kalau tak mampu, kita bukan Umno yang paksa rakyat bayar tol walaupun tak mampu.
Jemputan dari saya
Akhir sekali, saya menjemput untuk sekian kalinya rakan-rakan blogger untuk hadir ke program ini pada 20 Disember ini. Itu sahaja yang saya dapat kongsikan buat masa sekarang. Saya yakin, ramai yang akan respon pandangan saya ini. Tapi bagi saya terpulanglah. Kita bekerja dimedan masing-masing, maka pastilah ada pandangan yang berbeza. Hakikatnya kita mahu semua blogger PAS dapat memberikan sumbangan pada Islam, PAS dan Pakatan Rakyat. Ingat, musuh kita adalah Umno-BN....
Ketahuilah, bahawa Umno dan BN sedang risau mendengarkan program ini...
Jika ada masalah atau pertanyaan boleh email saya terus di hermansamsudeen@gmail.com
"

No comments
Post a Comment