Mujur Muhyiddin Jual Tanah Tiada Dalam Dosa2

Nik Aziz tidak akan tunduk kepada desakan: Muhyiddin

PONTIAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Nik Aziz tidak akan tunduk kepada desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan kerana sudah menjadi lumrah dalam politik seseorang itu tidak akan berhenti apabila disuruh.

Timbalan Perdana Menteri berkata, lagi lama Nik Aziz memegang jawatan sebagai Menteri Besar lagi bagus kerana sikap beliau akan mencerminkan sikap sebenar pemimpin Pas.

"Kalau ketua mereka sebagai Mursyidul Am menimbulkan keadaan kucar kacir, rakyat khususnya orang Islam tentu rasa tak selesa dan bimbang.

"Beliau membuat pelbagai fatwa songsang yang bercanggah dengan agama, sebab itu saya kata lagi lama beliau memerintah lagi bagus kerana lagi banyak perkara yang dilakukkannya akan mencerminkan sikap sebenar pemimpin Pas," katanya selepas merasmikan loji Janakuasa Tanjung Bin, di sini hari ini.


mat.jual tanah ,macam mana?

No comments

Powered by Blogger.