Najib Perlu Ada KPI Untuk Diri Sendiri! Pecah Lubang Baru Nak Gelabah!

Kerajaan tidak berhasrat menutup kes kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharga RM50 juta, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia di Putrajaya hari ini.

Sabtu lalu, menteri pertahanan mendedahkan enjin pesawat pemintas F-5E yang disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada syarikat antarabangsa dari negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

malaysiakini

No comments

Powered by Blogger.