Persaudaraan sesama Islam semakin kelam
Oleh Abdurrahman Haqqi
WALAUPUN secara amnya persaudaraan umat Islam adalah baik dan terjalin kuat, tetapi dalam realitinya ia masih digugat salah faham apatah lagi jika ia dikaitkan dengan umat Islam yang berpuak-puak. Setiap orang boleh menyeru persaudaraan Islam, tetapi apabila ia bertembung dengan keperluan dan hasrat peribadi, maka seruan persaudaraan itu akan hanya tinggal di bibir dan melayang di udara.
Sesiapa pun boleh menghebahkan persaudaraan Islam tapi apabila ia bercanggah dengan kepentingan peribadi dan kelompok maka ia tinggallah dalam catatan kitab dan buku agama.
Inilah yang kita hadapi sekarang. Umat Islam mengetahui sebuah hadis yang maksudnya: "Janganlah kalian saling dengki mendengki, jangan saling tipu menipu, jangan saling benci membenci, jangan saling bela-kang membelakangi dan jangan membeli suatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekalian hamba Allah SWT yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, tidak layak untuk saling zalim menzalimi, berbohong kepadanya dan tidak hirau kepadanya.
Takwa itu ada di sini (sambil menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan jahat jika dia menghina saudaranya sesama Muslim. Haram bagi seorang Muslim dari Muslim yang lainnya, darahnya, hartanya, dan harga dirinya." (Hadis riwayat Muslim).
Tapi sedarkah mereka untuk melaksanakan hadis di atas? Sedarkah mereka bahawa hasad adalah tidak suka melihat saudaranya mendapat kenikmatan. Hasad adalah akhlak yang sangat tercela. Selain penolakan terhadap takdir, ia juga buruk sangka kepada Allah SWT apabila menganggap nikmat itu tidak layak dimiliki saudaranya.
Sedarkah mereka bahawa kebencian kepada saudaranya ada dua bentuk, iaitu pertama, benci kerana agama. Kebencian seperti ini boleh bahkan wajib, iaitu membenci saudaranya kerana kejelekan agamanya. Kebencian seperti ini tidaklah kebencian secara mutlak, dalam erti di samping rasa benci, ada juga dalam hatinya rasa cinta kerana masih saudaranya.
Kedua, benci kerana dunia. Kebencian seperti ini haram hukumnya. Maka jika seseorang berasakan dirinya membenci saudaranya, maka hendaklah dia melihat kepada kebaikannya agar kebencian itu hilang. Sedarkah mereka bahawa perbuatan memulaukan saudaranya itu sebenarnya ada dua macam - memulau kerana alasan agama. Hukumnya boleh jika mendatangkan maslahah bagi yang memulau atau bagi yang dipulau.
Ketiga, memulau kerana alasan dunia. Hukumnya boleh jika saudaranya sudah menyakiti dirinya dengan batasan masa maksimum tiga hari. Namun, lebih baik dia memaafkan dan melupakan kesalahan saudaranya dan tidak memulaunya. Sedarkah mereka bahawa haram hukumnya bagi seseorang merendah-rendahkan saudaranya.
Kalangan sahabat Nabi sudah memberikan contoh penerapan ajaran Islam berkaitan persaudaraan sehinggakan kitab suci al-Quran turut merakamkannya dalam beberapa ayat-ayatnya.
Sahabat itu menyedari bahawa dalam persaudaraan mesti ada pengorbanan yang diutamakan. Al-Quran menjelaskan maksudnya: "Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang sudah diberi kepada orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya." (Surah al-Hasyr: 9).
Sudah terbukti dalam sejarah bagaimana mereka berjaya dalam kehidupan sehingga menjadi umat terbaik yang dimiliki masyarakat antarabangsa. Kejayaan mereka menerapkan semangat persaudaraan tidak terlepas daripada sebuah hadis yang bermaksud: "Agama itu adalah nasihat." Kami (sahabat) bertanya: "Untuk siapa?" Baginda bersabda: "Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin umat Islam dan untuk seluruh Muslimin." (Hadis riwayat Muslim).
Kalangan sahabat Nabi saling mendoakan kebaikan untuk saudaranya begitu juga orang yang mengikuti jejak mereka seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkan dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu." (Surah al-Hasyr: 10).
Jika sahabat berjaya membina tamadun berlandaskan persaudaraan saling menasihati dan berdoa tanpa buruk sangka yang sesuai dengan zaman mereka, maka tidak ada sebabnya kita tidak boleh mengikuti jejak mereka untuk membina tamadun sesuai dengan zaman kita yang berlandaskan nilai murni ini. Dalam doa, nasihat dan persaudaraan ada keberkatan Allah SWT. Walaupun pada amnya ia kelihatan mudah tapi pada hakikatnya ia amat sukar kecuali bagi orang pilihan Allah. Wallahu a'lam! .B/H

No comments
Post a Comment