Rumusan: 2009 Yang Menggongcang Pimpinan Najib

Catatan Sental Panjang: Jangan pening-pening sambil garu kepala. Mesti baca sampai habis walaupun kandungangnya termiss dari tajuk. Tetapi itulah yang dok dalam kepala aku setelah meninjau-ninjau di blog sahabat. Dah nak masuk tahun baharu mat saleh. Ramai yang berkata umnobn sudah kembali kukuh di bawah Najib yang kembali bangun dengan lebih bertenaga walaupun terasa sakit lututnya. Keh.. keh..keh.. khasiat kacip fatimah dijamu oleh Bik Mama.

Semua itu adalah omongan mereka semata-mata. Jika dilihat kepada kejadian meluluskan budget 2010 tempoh hari, menunjukkan grombolan umnobn bawah pimpinan Najib masih tidak berubah. Lembik dan tidak bertenaga. MP grombolan lebih mementingkan poket sendiri daripada bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu rakyat. Adakah mereka ini sudah diasuh dengan limpahan wang projek berjuta, dari mengambil elaun kehadiran yang ciput itu?. Jika begitulah sikap mereka, bermakna grombolan ini telah jauh menyimpang dari perjuangan politik dan rakyat yang memilih mereka hanya sia-sia sahaja kerana tidak menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin.

Hodoh betul perangai grombolan umnobn ni. Selalu sangat menyalahkan orang lain daripada menyalahkan diri sendiri yang tidak bertanggungjawab. Kes terbaru kehilangan dua enjin pesawat pejuang F-5E dan RF-5E yang dianggap biasa oleh golongan ini, walhal ianya mampu melemahkan sistem keselamatan negara sebenarnya. Bukan setakat itu sahaja malahan golongan yang diharapkan untuk menjaga keselamatan negara telah alpa demi politik dan kantung poketnya. Dapat dilihat betapa mudahnya pencerobohan berlaku di kem-kem tentera sebelum ini seperti peristiwa sauk, Al-Maunah dan kebakaran berulang kapal pengangkut milik TLDM. Sepatutnya menteri berkenaan lebih prihatin akan hal ini. Kalau menteri berkenaan sekadar melepaskan batuk ditangga, beliau haruslah meletakkan jawatan kerana gagal. Jika berlaku serangan luar, Najib dan menteri-menteri ini sudah hilang entah kemana. Dan yang tinggal hanya rakyat bersenjatakan pisau kontot dan bom air picit untuk mempertahankan negara..kah..kah.

Bukan setakat itu sahaja. Perangai grombolan umnobn bertambah hodoh bila selama 35 tahun merelakan Pulau Pinang digomol oleh Gerakan dan MCA. Mereka biarkan puak-puak ini menjamah hak melayu sedikit demi sedikit. Walaupun bilangan kerusi umnobn lebih banyak, namun demi 1 Malaysia Najib grombolan umnobn tidak dapat berbuat apa-apa. Setiakawan katanya. Begitu juga yang terjadi kepada PAS suatu ketika dahulu. Umnobn menghulurkan tangan bila terasa partinya lemah. Namun setelah mereka mendapat kepercayaan rakyat, semangat setiakawan ini lenyap begitu sahaja. PAS di tendang dan tidak bermakna lagi buat mereka dan menyebabkan PAS hilang kuasa di negeri Kelantan. Kini terjadi kepada Gerakan. Amalan 1Malaysia Najib lumpuh disebabkan suara Zahid Hamidi yang mahukan Melayu menguasai semula Pulau Mutiara tersebut.

Kukuhkah pimpinan Najib kerana masih membiarkan kerajaan Perak diambang kegelapan dipimpin oleh Zambri Kadiaq yang sememangnya dah gelap. Sungguhpun Mahkamah Persekutuan masih belum memberi keputusan terhadap kes yang terlalu besar ini. Desakan membubar DUN Perak terus dikumandangkan dengan pelbagai cara dan tidak akan berhenti selagi krisis politik di Perak tidak diselesaikan. Kerajaan di Perak sekarang ini umpama terumbang ambing selagi Menteri Besar yang sah belum diputuskan. Jika ditangguhkan terlalu lama, akan timbul kesan yang buruk dan menjejaskan ekonomi pembangunan rakyat perak. Pelabur akan merasa tidak selamat untuk melabur di negeri Darul Meroyan tersebut. Imej Najib terus tercalar diatas perbuatannya. Sebenarnya rakyat Perak lebih tahu dalam menilai siapa yang berhak menerajui negerinya.. Atee.. Kome pikior lah sendiri.

Dari segi visualnya akan mendatangkan persepsi rakyat kepada grombolan umnobn yang mahu mengembalikan masyarakat islam kepada parti korupsi sekular itu. Tidak hairanlah banyak visual masjid yang dok ada pada blueprint menjadi nyata di tanah. Namun grombolan ini gagal juga memeriahkan aktiviti masjid yang begitu banyak mereka bina. Itulah sikap hikporik grombolan umnobn, di saat mereka menghadapi zaman lemah mereka, tiba-tiba kuat grombolan ini mendabik dada menyatakan mereka juga mahu memperjuangkan Islam dan menaikkan taraf Islam. Pada waktu yang sama, Menteri mereka baru sahaja meluluskan 10 Lesen Judi yang baharu. Dan sampai sekarang tidak ada apa-apa kenyataan dari Presiden mereka samada mahu menarik balik kelulusan ini. Semua ini memberikan gambaran bahawa kata-kata manis grombolan umnobn kononnya mahu memperjuangkan Islam adalah kata-kata kosong untuk menipu orang Melayu dan orang Islam supaya kembali menyokong mereka.

Satu persatu bala menimpa dalam pemerintahan Najib. Apatah lagi dengan kemunculan sebenar penyiasat persendirian Bala yang mendedahkan skandal pembunuhan Mek Tuya dari Mongolia yang melibatkan Najib, Bik Mama dan Nazim. Walaupun skandal X ini telah menjelajah kepelosok dunia dan dijadikan filem lakonan semula, namun Najib tetap mengambil sikap diam membisu. Malah bapa kepada Mek Tuya ini pernah mengaku bahawa anaknya yang diletupkan dengan C4 pernah bersama dengan Najib dan Razak Baginda dalam urusniaga pembelian kapal selam scorpene. Namun gambar yang diberi kepada polis beraja di Malaysia telah hilang entah kemana. Tiada pula kedengaran saman fitnah yang dikeluarkan bagi mengetepikan tuduhan ini.

(Moral: Kukuhkah pimpinan Najib yang membiarkan kecelaruan parti komponennya dengan pelbagai masalah sehingga ada yang keluar mencari arah baharu kerana tidak mempercayai lagi ketua parti mereka?. Jom pakat jengok che det klik>>)

http://budakkampungonline.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.