Memaksimumkan ICT bagi menjana kemenangan Pakatan
KEPUTUSAN pilihan raya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober lalu menguatkan lagi hujah Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, bahawa penggunaan ICT adalah antara jalan keluar bagi menghadapi politik ugut yang berleluasa di negeri-negeri Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Katanya, semua pihak termasuk pimpinan perlu meningkatkan penguasaan mereka dalam bidang teknologi informasi bagi membolehkan maklumat tersebar secara meluas dan berkesan.
Malangnya, kata beliau di hampir semua peringkat, daripada ahli dan pimpinan PAS (juga Pakatan Rakyat) amat lemah dalam bidang ini sedangkan ia satu-satunya jalan keluar bagi menghadapi politik kotor setelah pelbagai pendekatan disekat dan dihancurkan oleh kuncu Umno-BN yang menyalahgunakan jentera kerajaan.
Kenyataannya, pemimpin Umno-BN di selatan tanah air amat takut apabila rakyat celik dan bijak dalam ICT sehinggakan selepas gagal mencapai keputusan baik pada pilihan raya umum Mac 2008, Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam menuduh pembangkang menggunakan web dan blog untuk merancuni pengundi muda.
Dalam laporan muka depan Melaka Hari Ini (Rabu 9 April 2008 / 2 Rabiulakhir 1429) dengan tajuk 'Penggunaan laman web, blog: Taktik pembangkang racun pengundi muda' Mohd Ali dipetik sebagai berkata penggunaan laman web serta blog oleh parti pembangkang untuk menyebarkan dakyah politik mereka adalah antara punca mengapa undi dari pengundi muda banyak memihak kepada pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu.
Mohd Ali berkata, penggunaan laman web serta blog untuk menyebar fitnah mengenai kerajaan juga telah mengelirukan rakyat sehingga berlakunya apa yang para analisis politik gambarkan sebagai 'tsunami politik'.
Katanya, hakikat bahawa ramai calon BN yang tidak menggunakan laman web atau blog telah menyebabkan BN gagal menangkis fitnah pembangkang serta memberi penerangan yang tepat kepada pengundi.
"Pelbagai kemudahan ICT telah disediakan kerajaan. Tetapi pembangkang telah mengambil kesempatan menggunakan segala kemudahan ini untuk membantu mereka dalam pilihan raya umum yang lalu.
"Kita di BN tidak menggunakan blog untuk memberi penerangan yang tepat kepada pengundi. Inilah salah satu sebab mengapa ramai pengundi muda berpaling tadah dan menyokong pembangkang,” katanya.
Apabila pemimpin BN sendiri mengakui mereka tidak mampu dan gagal memanfaatkan ICT sebaliknya begitu banyak memberi kelebihan kepada pembangkang, terbukalah peluang PAS, DAP dan KEADILAN (Pakatan) untuk memaksimumkan penggunaan teknologi ini bagi menawan hati pengundi negeri-negeri Selatan seterusnya menguasai tampuk pemerintahannya pada pilihan raya umum berikutnya.
Melalui ICT, peluang parti dalam Pakatan kembali terbuka selepas media massa tradisional seperti akhbar dan TV diperkudakan sepenuhnya oleh Umno-BN bagi melanjutkan kuasanya yang mereput itu. Seperti pilihan raya umum lalu, media massa terutama yang berbahasa Melayu ditunggang penuh nafsu bagi mengaburi mata rakyat.
Sekalipun kemajuan ICT sudah banyak mengubah pemikiran masyarakat, media massa tradisional seperti akhbar, radio dan televisyen kukuh sebagai senjata paling ampuh bagi menghadapi pilihan raya. Siapa menguasai maklumat, hampir pasti memenanginya, termasuklah melalui pendekatan paling kotor - membenarkan yang batil yang menyalahkan yang benar.
Kini media massa yang hampir 100 peratus dikuasainya, Umno-BN berkokok menjalankan dakyah dan propaganda, termasuk di Bagan Pinang. Disebabkan berkuasa penuh, tiada pihak menyanggahnya.
Setiap hari media massa mencanangkan apa didakwa kejahatan pembangkang, tetapi mulut pihak dituduh disumbat. Sewajarnya sebagai pendukung demokrasi (kononnya), pihak yang menuduh dan dituduh sama-sama diberi peluang bersuara, barulah rakyat (pengundi) sebagai hakim, berupaya membuat pilihan terbaik.
Propaganda media tradisional ini melakukan sumbangan besar kepada apa didakwa kemenangan hebat Umno-BN di Bagan Pinang melalui calon bermasalahnya, Isa Samad, jadi sewajarnya aktivis dan pemimpin PAS, KEADILAN dan DAP (Pakatan) memanfaat kemajuan teknologi maklumat untuk meruntuhkan tembok itu.
Berdasarkan hakikat Umno-BN mencengkam media, satu-satunya jalan keluar bagi pejuang kebenaran adalah memanfaatkan kemajuan ICT dengan memaksimumkan penggunaannya.
Antaranya perhebatkan perjuangan melalui alam maya dan produk hilirannya seperti bahan muat turun agar sampai ke tangan setiap pengundi, hatta di pedalaman bagi menangkis serangan menggila Umno-BN. Perkara ini perlu dibuat segera; penguasaan Umno-BN terhadap media tradisional perlu dilawan dengan media baru yang semakin disenangi genenerasi muda.
Ayuh lakukan sekarang, bukan terkial-kial hendak memulakan kerja apabila pilihan raya sudah berada di ambang mata!

No comments
Post a Comment