TERKINI: Anwar akui BN berusaha ‘pikat’ MP PKR
Oleh Adib Zalkapli dan Neville Spykerman
PETALING JAYA, Jan 31 - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turut mengakui wujudnya usaha untuk memikat beberapa ahli Parlimennya keluar PKR menjelang sambutan Tahun Baru Cina sambil mendakwa langkah itu mendapat sokongan Perdana Mentri Datuk Seri Najib Razak.
Anwar mendakwa beberapa ahli Parlimen termasuk Azan Ismail dari Indera Mahkota dan Yusmadi Yusof dari Balik Pulau telah didampingi seorang pegawai Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis agar meninggalkan PKR.
“Disebabkan mereka tidak melayan (permintaan itu), maka jumlah wang (sebagai ganjaran) tidak dibincangkan,” kata Anwar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini hari ini.
Pengerusi PKR Pulau Pinang Dr Mansor Othman juga mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider semalam.
Beliau berkata, tiga hingga empat orang wakil rakyat cuba dipikat untuk keluar PKR dan menyertai BN.
Kedua-dua Azan dan Yusmadi menghadiri mesyuarat empat jam hari ini.
Anwar bagaimanapun berkata beliau belum lagi bertemu dengan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang dikatakan mengetuai satu kumpulan wakil rakyat yang dikatakan kemungkinan menyertai BN.
“Saya hanya akan menemui beliau minggu depan tetapi apabila saya menemui beliau sebelum mengeluarkan kenyataan pedas, saya tidak melihat rasa tidak gembira (pada dirinya),” kata Anwar.
Zahrain yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai “diktator” dan berfikiran seperti “komunis” hari ini diputuskan untuk dirujuk kepada lembaga disiplin PKR.
Dalam pada itu, Azan memberitahu wartawan bahawa tawaran itu dibuat sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan sebagai timbalan pengerusi PKR Pahang minggu lepas.
“Saya menerima panggilan dan mesej sejurus selepas saya mengumumkan keputusan saya minggu lepas,” katanya.
Azan menambah beliau tidak tahu orang yang menghubunginya tetapi mendakwa ada menerima mesej berteks daripada Jamaluddin.
“Saya tidak tahu pada awalnya tetapi kemudian mendapat tahu itu adalah beliau,” katanya.
Azan memberitahu beliau tidak melayan panggilan-panggilan itu selepas menyedari perbualan menghala ke arah tawaran meninggalkan PKR.
“Saya menamatkan panggilan kerana mendapati tiada manfaat sama ada bagi saya ataupun mereka,” katanya.
Pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh semalam memberitahu The Malaysian Insider desas-desus sekumpulan tujuh hingga 10 ahli Parlimen PKR akan menyertai BN dipercayai ada kaitan dengan langkah parti itu mula menilai prestasi wakil rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Mereka didakwa kemungkinan bimbang tidak akan dipilih semula sebagai calon, sekali gus mencari saluran lain - menyertai parti lain.
Fuziah tidak menolak kemungkinan tersebut tetapi menekankan parti mengambil langkah penilaian untuk memperbaiki prestasi, bukannya menghukum mereka.
“Saya khuatir mereka membuat penilaian sendiri dan bimbang akan terkeluar daripada senarai calon lagi... tapi kita ambil langkah penilaian untuk mencapai tahap yang dikehendaki pengundi,” kata beliau.

No comments
Post a Comment