Mustafa CEO PMBK, Ahmad Fadhli SU akhbar MB?
Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, Jan 31 – Kontroversi membabitkan menantu Menteri Besar Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam isu peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) secara rasmi berakhir hari ini.
Notis peletakan jawatan tersebut sepatutnya berakhir pada Mac 23, bagaimanapun ia diperawalkan dua bulan.
Difahamkan langkah itu diambil bagi membolehkan pengurusan baru mengambil alih tanggungjawab di agensi kerajaan negeri itu.
Tempat Ariffahmi dipangku oleh bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Ir Mustafa Salleh.
Ariffahmi, semasa dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.
Bagaimanapun mengesahkan penyerahan tugas kepada Mustafa telah berlangsung dalam satu majlis ringkas di pejabat PMBK Khamis lepas.
“Tak ada apa-apa komen. Terima kasih kepada kerajaan dan parti kerana memberi peluang kepada saya berada di PMBK selama ini.
“Saya percaya Ketua Pegawai Eksekutif baru dapat meneruskan segala agenda yang telah dijalankan dan menambah baik apa yang ada sekarang,” katanya.
Turut hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pegawai Kewangan negeri, Faudzi Che Mamat dan Pegawai Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah.
Isu peletakan jawatan Ariffahmi menimbulkan kontroversi setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam perbadanan di bawah pentadbiran beliau sehingga menuntut PAS pusat mendesak beliau supaya meletak jawatan demi menjaga imej parti.
Krisis PMBK melibatkan Ariffahmi tersebar kepada umum apabila seorang blogger dikenali sebagai ‘Kickdefella’ yang juga bekas pegawai PMBK mendedahkan pelbagai isu membabitkan Ariffahmi.
Dalam pada itu Mustafa juga enggan mengulas lanjut perkara itu hanya melahirkan iltizam akan meneruskan usaha yang telah dilakukan Ariffahmi sebelum ini bagi meneruskan kecemerlangan agensi tersebut.
“Tunggulah dulu. Saya belum menduduki kerusi itu lagi. Tunggu biar saya masuk dan berkhidmat dulu. Sekarang tak ada apa-apa komen daripada saya,” katanya semasa dihubungi.
Mustafa dijangka memulakan tugas jawatan barunya itu esok.
Mustafa adalah Timbalan CEO Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Sementara itu pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Ahmad Fadhli Shaari didesas-desus bakal mengisi kekosongan kerusi Setiausaha Akhbar Menteri Besar selepas kontrak penyandangnya Mohd Saiba Yaakub berakhir Feb 2 ini.
Saiba yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar selama genap lapan tahun tidak berniat menyambung kontraknya berhasrat ingin menyambung pengajian.
Ketika dihubungi semalam Saiba sekali lagi turut mengesahkan perkara itu.
“Perkhidmatan saya akan tamat pada Feb 2 ini. Insya-Allah lusa adalah penggantinya.
"Mungkinlah. Saya pun tak pasti juga. Kalau nak lihat keperluan dari sudut pembaharuan saya kira lapan tahun itu sudah cukup tempoh matangnya,” katanya.
Pada Jan 1 lalu Annual Bakhri Harun melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar kerana masalah peribadi.
Namun di sebalik itu ada yang mengatakan pelucutan dua pegawai kanan itu (setiausaaha politik dan akhbar) berkaitan dengan krisis pentadbiran PMBK.
Ahmad Fadhli semasa dihubungi bagaimanapun hanya berkata “saya mengambil sikap tunggu dan lihat” ketika diminta komen berhubung perkara tersebut.
Tanpa menafikan turut mendengar desas-desus namanya bakal dilantik sebagai pegawai kanan di pejabat Menteri Besar itu menafi telah menerima surat tawaran berhubung pelantikan itu.
“Setakat ini saya belum lagi menerima apa-apa surat tawaran mengenainya,” katanya.
Menjawab kesediaannya menerima pelantikan tersebut Ahmad Fadhli berkata terlebih dahulu akan meneliti terma dan syarat pelantikan berkenaan.
“Saya akan tengok juga dulu terma dan syarat lantikan itu. Saya masih bekerja sekarang ini” jelasnya.
Ahmnad Fadhli juga selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan menggantikan Dr Rosli Allani Abdul Kadir hampir tiga minggu lalu yang melepaskan jawatannya bulan lalu ekoran kontroversi perkahwinan keduanya dengan Ilyani Mohd Noor dikatakan terlibat dengan perkahwinan sindiket.

No comments
Post a Comment