[Raja Petra] Guan Eng diktator? Baik untuk Guan Eng (Guan Eng dictator? Good for Guan Eng)

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Guan Eng diktator? Baik untuk Guan Eng (Guan Eng dictator? Good for Guan Eng)

Tapi Lim Guan Eng bukan upahan sesiapa pun. Dia bukan berada di pejabat untuk menjaga kepentingan UMNO, ataupun kepentingan bekas ahli UMNO yang merasakan mereka tidak mempunyai masa depan jika terus berada di UMNO dan cuba untuk membina semula kepentingan barunya di PKR.....


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Sekiranya orang UMNO mengecam orang Cina dari pembangkang, perkataan biasa yang digunakan oleh mereka ialah 'Komunis'. Kepada orang UMNO, orang Cina yang menyerang UMNO adalah penganut Komunis.

Dan inilah perkataan yang digunakan oleh MP Zahrain Mohd Hashim dari PKR untuk mengelar Ketua Menteri Lim Guan Eng dari DAP - 'Berfikiran Komunis'.

Maka Zahrain ialah UMNO. OK, mungkin sekarang dia berada di PKR. Tapi itupun baru sahaja. Untuk berabad-abad lamanya dia telah bersama UMNO, tambahan lagi, dia merupakan orang penting UMNO di Pulau Pinang yang memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Ringkasannya, itulah UMNO, Zahrain merupakan salah seorang panglima (warlords) di Pulau Pinang - bertahun-tahun lamanya dia sudah begitu. Tapi panglima UMNO, bahkan bekas panglima UMNO kini telah berada di tempat pembangkang, dan tidak lagi mempunyai pengaruh di Pulau Pinang. Inilah yang tidak disenangi oleh mereka seperti Zahrain, dimana dia sudah biasa dengan penguasaannya keatas Pulau Pinang - tapi sekarang dia tidak ada kuasa lagi bahkan menukar langsir di pejabatnya tanpa persetujuan daripada 'ditaktor' Lim Guan Eng.

Yang lebih mengecewakan UMNO, bahkan bekas ahlo UMNO yang kini berada di PKR, adalah ketika GERAKAN mentadbir Pulau Pinang, Ketua Menteri Gerakan hanya menjadi upahan UMNO dan berada di dalam pejabat semata-mata untuk menjaga kepentingan UMNO.

Tapi Lim Guan Eng bukan upahan sesiapa pun. Dia bukan berada di pejabat untuk menjaga kepentingan UMNO, ataupun kepentingan bekas ahli UMNO yang merasakan mereka tidak mempunyai masa depan jika terus berada di UMNO dan cuba untuk membina semula kepentingan barunya di PKR.

Bekas ahli UMNO yang berada di PKR, khasnya di Pulau Pinang harus belajar untuk menghadapi 'kebudayaan' baru. Ketika zaman UMNO, orang Cina yang menjadi pentadbir manakala orang Melayu yang berada di sebalik pentadbir itu yang mengarahkan Gerakan dan Ketua Menteri. Sekiranya UMNO menyuruh Ketua Menteri untuk terjun mana dia akan membalas, "Seberapa tinggi?"

Lim Guan Eng, bagaimanapun, mempunyai pemikiran tersendiri. Dia tahu apa yang harus dilakukan (Kerajaan Pulau Pinang telah dikategorikan sebagai kerajaan negeri yang paling baik, mengikut Auditor-General). Dia memahami budaya UMNO kuno, dimana budaya itu kini telah 'diimport' ke dalam PKR. Tidak ada seorang pun yang akan memberikan tekanan kepadanya. Dia tidak akan membiarkan dirinya untuk menjadi boneka Ketua Menteri seperti Ketua Menteri Gerakan dahulu ketika UMNO mentadbir Pulau Pinang dengan Gerakan penutup mata.

Jadi, kami akan kehilangan beberapa orang bekas ahli UMNO dalam PKR yang akan kembali kepada UMNO kerana mereka tidak lagi merupakan panglima seperti dulu. Yah, biarkannya. Lebih baik mereka pergi sekarang daripada kita melihat situasi Perak berulang. Pembersihan dalam PKR (dan DAP dan PAS juga) yang sudah terlambat.

Saya muak dengan semua bekas ahli UMNO seperti Hassan Ali, Zulkifli Noordin, Zahrain Mohd Hashim, dan banyak lagi yang menjadi sumber masalah kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Sekiranya saya hendak menyeranaikan nama-nama seperti Ruslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Rozaid Abdul Rahman, Hanafiah Man, dan yang lain yang datang dari UMNO masuk ke PKR, dan kemudian meninggalkan PKR untuk kembali bersama UMNO setelah menyebabkan begitu banyak masalah, artikel ini mungkin akan menjadi 20 atau 30 halaman.

Sudah tiba masanya menggigit peluru (tindakan yang keras) dan membersihkan parti, walaupun perlu dengan cara 'tidak demokratik', atau masalah ini tidak akan berakhir. Mungkin Lim Guan Eng boleh mengajar kita cara-caranya yang 'tidak demokratik' supaya kita boleh menggunakanya untuk membersihkan PKR.

**********************************************************************************************

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Krisis Pakatan Rakyat Merebak Ke P. Pinang, Lim Dikritik Pemimpin PKR

PULAU PINANG: Krisis Pakatan Rakyat (PR) semakin serius apabila ia merebak ke negeri ini selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini dikritik keras oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Zahrain melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Malah beliau turut menegaskan, pakatan pembangkang itu harus berhenti bertolak ansur dengan pemimpin dari Melaka terbabit yang gagal melaksanakan janji-janji mereka yang 'ditabur' pada pilihan raya umum lalu.

Bekas ketua perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya sambil berkata beliau bukan menyerang DAP, .

"Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,” dakwanya.

Zahrain berkata antara janji-janji manis pilihan raya itu adalah pilihan raya majlis tempatan dan sistem tender terbuka.

Katanya, Lim keberatan untuk menjalankan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan itu kerana ia mungkin akan mengurangkan kuasanya.

"Dia yang juga berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender.

"Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam," katanya.

Tambahnya, beliau akan dituduh ejen kepada Umno jika mengkritik pemimpin nombor satu negeri ini.

"Saya sudah tentu bukan ejen Umno. Saya tidak mahu melihat PR melupakan janji-janjinya kepada rakyat,"

"Ia amat memalukan apabila projek-projek dianugerahklan kepada kroni," katanya.

Zahrain berkata, Lim tidak sesuai sebagai Ketua Menteri kerana beliau bukan dari kalangan rakyat tempatan dan tidak memahami tentang sentimen tempatan.

"Beliau juga gagal membawa pelabur luar walaupun telah ke seluruh dunia untuk menarik pelabur. Pengundi tahu, rakyat Pulau Pinang sangat teliti dengan perkembangan ekonomi," katanya.

Dalam pada itu beliau mempersoalkan, satu pertiga daripada ucapan Lim ketika konvensyen PR dibuat dalam bahasa Mandarin.

Sebagai seorang pemimpin dalam PR, dia seharusnya menghormati setiap bangsa dan berucap dalam bahasa yang difahami pada setiap majlisnya, katanya.

Serangan oleh Zahrain ini menyusul sebaik Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak sependapat dengan parti dalam isu kalimah Allah.

Kontroversi itu turut melibatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad apabila Zulkifli membuat laporan polis ke atas pemimpin PAS terbabit.

Malah anggota PKR itu turut mencabar sebarang tindakan lembaga displin parti tersebut. - mstar



Artikel Asal: malaysia-today.net
Translate Into Chinese: ccliew.blogspot.com

Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.