1Malaysia Ciptaan Najib! Kementerian Tak Pelajaran!

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk aduan dalam ruangan ini bertarikh 19 Disember lalu bertajuk 'Usah naik kadar yuran makan SBP' oleh 'Bapa yang merayu' dari Kampung Sungai Pinang.

Sebagai makluman, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2009 bertarikh 26 Oktober 2009, Surat Edaran KP(BKEW/BT)D Jld.3(36) bertarikh 11 November 2009 dan Surat Edaran KP(BKEW/BT)1800/DJld.3(43) bertarikh 8 Januari 2010 dirujuk bersama.

Bayaran Yuran Makan Asrama yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang ditempatkan di asrama adalah seperti berikut:

# Kutipan Yuran Makan Asrama yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga adalah untuk 200 hari.

# Kadar RM1 bagi penghuni asrama dengan jumlah pendapatan bulanan ibu dan bapa atau jumlah pendapatan penjaga RM4,999 dan ke bawah.

# Kadar RM3 bagi seorang penghuni dengan jumlah pendapatan bulanan ibu dan bapa atau jumlah pendapatan penjaga RM5,000 dan ke atas.

# Penghuni asrama di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan serta penghuni asrama di bawah PPRT, Orang Asli dan murid OKU dikecualikan daripada membayar Yuran Makan Asrama.

# Kaedah penentuan pendapatan adalah pendapatan kasar dan elaun ibu dan bapa atau penjaga seperti yang diisytiharkan dalam Borang Maklumat Murid (BMM) Sistem Maklumat Murid (SMM).

Bagi setiap murid yang tinggal di asrama penuh, kerajaan memperuntukkan subsidi antara RM14 hingga RM16 sehari.

Kadar baru Yuran Makan Asrama dikenakan atas penghuni yang pendapatan ibu dan bapa atau penjaga mereka tinggi.

Perubahan ini tidak dapat dielakkan kerana kenaikan jumlah peruntukan Bayaran Makan Asrama saban tahun berikutan kenaikan harga kontrak yang dipengaruhi oleh harga barang mentah serta kekangan peruntukan pada pihak kerajaan untuk menampung keperluan bayaran Makan Asrama yang tinggi akibat keadaan ekonomi semasa negara.

Bagaimanapun, pembayaran itu boleh dilaksanakan secara ansuran mengikut kemampuan ibu bapa atau penjaga.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

1Malaysia Menate apa? Kenapa Bezakan semenanjung dengan sabah sarawak?nak jaga undi?tunggu la prk nanti tengok apa kata ibu bapa semenanjung!

No comments

Powered by Blogger.