Wala' dikalangan ahli Pas perlu disedarkan

Salam Sejahtera,

Maafkan BT, izinkan BT meluahkan rasa tidak senang terhadap pegangan segolongan ahli Pas yang terlalu wala' kepada pimpinan ulamaknya.. Bukanlah BT mahu menyatakan Pas adalah parti jumud tetapi apa yang BT lihat selama ini terutama di negeri Terengganu, dimana tempat berpusatnya pimpinan Pas yang berkeinginan untuk melaksanakan kerajaan perpaduan (UG).

Pas sememangnya adalah parti alternatif yang harus menjadi parti kepada muda-mudi pada masa sekarang. Pas perlu menjadi parti dimana anak-anak muda senang mendampinginya dari segi aspek keterbukaan. Apa yang BT lihat dan BT dapati pada masa sekarang, Pas di negeri Terengganu terutamanya di sekitar kawasan kekuasaan Tuan Guru hj.Hadi dilihat lebih kepada ahli-ahlinya sahaja dimana segala aktiviti yang dianjurkan atau diadakan hanyalah disekitar ahli-ahli mereka. Sekiranya perkara ini berlaku bagaimanakah Pas ingin mengapai cita-cita untuk diterima oleh setiap golongan termasuk bukan ahli Pas. Jika sekadar Pas bermain di sekitar ahli-ahli mereka dan mereka hanya kelihatan mesra dikalangan ahli mereka sahaja ia tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada masyarakat sekitar. Isu-isu utama negeri pun sukar untuk mereka angkat.. bagaimana tu?

Tidak sepertimana apa yang dilakukan oleh pihak BN dimana mereka kini berusaha menarik setiap golongan masyarakat tidak kira mereka dari ahli Umno atau tidak. Kerana mereka tahu taktik menelobos sempadan bukanlah ada pada kekuatan ahli sahaja malah ia lebih kepada kekuatan tenaga kerja diluar ahli parti. Kenapa Pas tempatan tidak boleh berbuat demikian?

Kerana BT bukanlah individu yang rapat dengan anggota-anggota Pas setempat, BT boleh rasakan dasar kekuatan Pas tidak sampai ke aras yang menyedarkan Masyarakat betapa Pas adalah parti yang aktif dalam melaksanakan perubahan terhadap budaya islam dikalangan masyarakat. Ahli-ahli Pas perlu sedar kelemahan-kelemahan yang ada pada kepimpinan mereka dan seharusnya melakukan perubahan mengikut saluran yang betul dan bersedia menerima kritikan daripada pihak luar serta mengambil tidakan positif yang dapat menjayakan misi Pas atas dasar melaksanakan budaya kerja islam.


BT tidak menyatakan pendirian BT terhadap segolongan masyarakat yang sedang melakukan transformasi terhadap kepimpinan tertinggi Pas. BT hanya berpendapat perkara transformasi ini perlu berlaku mengikut fleksibiliti yang ditunjukan oleh mejoriti masyarakat. Ia perlukan Ahli lembaga kepimpimpinan pusat Pas duduk berbincang apakah releven yang harus diterima dan kepimpinan yang berteraskan Ulamak memerlukan kajian terhadap apa yang ditunujukan oleh mereka yang mengkehendaki transformasi tersebut dan bukanya menolak mentah-mentah dan melihatnya secara semberono sahaja. Sebagai Parti yang sensitif terhadap keinginan dan keperluan Masyarakat , Pas perlu menjadi parti yang terbuka dalam segenap hal yang boleh membawa kepada kebaikan parti itu sendiri. Pas perlu dilihat berbeza dengan Umno sekiranya ia mahukan masyarakat menerima parti itu tidak kira peringkat golongan masyarakat.

Akhir-akhir ini berberapa isu yang hangat diperkatakan sedikit sebanyak melebelkan Pas sebagai sinonim terhadap apa yang dikatakan klon Umno.. Apakah kita mahu melihat Pas dilabelkan sedemikian rupa dan kepercayaan Masyarakat kepada Pas kembali merudum. Pas perlu konsisten dalam memperjuangkan kepimpinan cara islam dan jangan dibiarkan liberalisasi meresap kedalam parti ini secara diam sehinggakan ia menjadi barah yang tidak dapat diselamatkan lagi.. Fikirkanlah masa depan Umat Islam di negara ini, jangan dibiarkan mereka alpa dengan apa yang disajikan oleh kepimpinan sekarang..

Sekian..


http://www.basikaltua.com/

No comments

Powered by Blogger.