Mari Bergelak Bersama Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan


janji sebelum PRK




Awang Adek: Syukur dapat wang ihsan, Kelantan tiada hak tuntut

PETALING JAYA, Nov 8 — Kelantan harus “berterima kasih dan bersyukur” dengan pemberian wang ihsan petroleum daripada kerajaan persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri awal minggu ini, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Oleh itu katanya, “harapan saya, pertama, kita berterima kasih dan bersyukur kerana ini rezeki daripada Allah SWT.”

“Keduanya, kita manfaat sepenuhnya rezeki ini dengan melaksanakan program-program dengan baik dan telus serta penuh keprihatinan untuk rakyat yang memerlukan. Kita akan membantu rakyat sekurang-kurangnya keadaan rakyat Kelantan akan menjadi bertambah baik,” kata beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan dalam temu bual Mingguan Malaysia hari ini.

Pemimpin-pemimpin Kelantan masih mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan royalti daripada hasil petroleum, bukannya wang ihsan yang diumumkan di Parlimen.

Terengganu juga pernah diberikan wang ihsan selepas ia ditawan PAS pada pilihan raya umum 1999.

Awang Adek menambah, PAS khususnya kepimpinan negeri itu tidak perlu mempertikaikan keputusan diumumkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sebaliknya pihak berkenaan boleh lihat ketelusannya apabila wang ihsan itu disalurkan nanti.

“Jadi janganlah dipolitikkan isu wang ihsan ini seolah-olah ia hak kerajaan PAS dan oleh kerana rakyat Kelantan menyokong PAS, maka mereka perlu menolak wang ihsan.

“Bagi saya itu perbuatan tidak elok, sepatutnya kita bersyukur kerana diberi peruntukan yang bukan hak kita,” katanya sambil menambah, soal ketelusan tidak perlulah ditimbulkan.

“... tunggulah bila wang itu sudah disalurkan nanti, semua pihak boleh lihat ke mana ia diperuntukkan. Setakat ini saya belum lihat mana-mana projek yang dilaksanakan oleh JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) dipertikaikan,” katanya lagi.

Awang Adek juga berhujah pemberian wang ihsan merupakan satu keuntungan kepada rakyat Kelantan memandangkan hanya Terengganu yang banyak mendapat wang ihsan pada masa lalu sehingga kadang-kadang negeri itu terpaksa “minta tolong kerajaan persekutuan supaya diberi sedikit wang itu untuk membantu Kelantan.”

“Ia bertujuan bagi membolehkan kita melaksanakan program-program bagi mengatasi kemiskinan. Oleh itu apabila diumumkan Kelantan juga akan mendapat sejumlah wang ihsan kita berasa cukup bersyukur. Ia akan membolehkan program-program membasmi kemiskinan dan kemasyarakatan dapat dipertingkatkan.

“Sebagai orang Kelantan, saya mengucapkan terima kasih kepada Najib, kerajaan dan Petronas yang mengambil keputusan itu. Kita melihat pemberian wang ihsan ini sebagai keprihatinan Perdana Menteri kerana kalau dikaji dari segi undang-undang, Kelantan tidak ada hak untuk menuntutnya,” katanya lagi.

Jelas Awang Adek, beliau tidak nampak apa perbezaan ketara antara royalti dan wang ihsan.

“Cuma saya nampak kerajaan negeri kalau boleh mahu wang itu diserahkan kepada mereka supaya mereka boleh menguruskannya.

“Maka digunakanlah takrifan royalti kerana ia seolah-olah hak negeri, itulah sebenarnya matlamat mereka. Saya lihat Najib selaku Perdana Menteri telah menjawab di Parlimen berdasarkan kepada fakta undang-undang,” ujar beliau.

Dari segi perundangan, katanya, apabila kerajaan negeri tidak berhak menuntut berikutan kedudukan kawasan minyak dan gas itu terletak jauh di luar pantainya, maka apa yang diberikan hanyalah berbentuk ihsan kerajaan persekutuan.

“Kalau kerajaan persekutuan tidak mahu beri pun tidak ada masalah sebab undang-undang tidak memaksa, tetapi barangkali dalam kes Kelantan ini, apabila kerajaan melihat biarpun kawasan pertindihan namun disebabkan ada unsur-unsur ‘keKelantanannya’ maka kita berilah wang ihsan,” jelas Awang Adek.

Kata Awang Adek, bagi beliau persoalan lebih penting yang harus difikir dan diperhatikan sejauh manakah wang itu akan digunakan untuk faedah rakyat Kelantan.

“... sama ada datang dari saluran A atau B, ia bukanlah isu,” katanya.


kahkahkahkah..jangan ingat rakyat kelantan ni bodoh. mudah2 nak kena tipu oleh umno!

No comments

Powered by Blogger.