Najib tidak berani bertindak keatas Ku Li

Ada sahabat mahukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah keluar sahaja Umno dan masuk PKR. Mungkin bagi Ku Li, PAS tidak sesuai dengan idealismenya. Jadi masuk saja PKR.

Tetapi saya berpendapat biar sahaja Ku Li bersama Umno sehingga jawatankuasa disiplin Umno mengambil tindakan keatas beliau sama ada pecat atau gantung daripada Umno.

Ini lebih sesuai bagi menjaga kredibilitinya sebagai orang politik. Kalau dia bertindak sewenang-wenangnya ia mungkin setaraf Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir MAS. Jadi nama baik seorang ahli politik kena jaga.

Saya juga terbaca blog sahabat saya http://sokongpr.blogspot.com/ dan apa yang ditimbulkan itu telah saya bincangkan bersama Amin dan kawan-kawan semasa makan majlis rumah terbuka hari raya di rumah sahabat kita di Taman Melewar.

Perbincangan ketika itu berlaku sebelum pilihan raya umum 2008. Ia mengambil kira peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Ku Li serta tuntutan PKR bagi kerusi Dun di negeri itu. Bagaimanapun pendapat itu sukar diterima memandangkan PAS lebih majoriti tetapi mengambil kira persaingan dengan istana ia boleh menjadi barangkemungkinan.

Selepas pilihan raya umum perlantikan Menteri Besar Terengganu tertangguh sehingga orang yang tidak diminati jadi MB negeri itu. Mengambil kira kes di Terengganu itu maka ia menambah hujah Ku Li boleh menjadi MB Kelantan malah Ku Li disukai istana dan menajdi cabaran kepada PAS.

Semasa perbincangan itu saya tidak terlintas pula pandangan sahabat saya sokongpr, Ku Li boleh jadi Perdana Menteri. Kemungkinan juga ketika itu tidak terbayang PR boleh mengalahkan BN.

Namun melihat senario politik Anwar sekarang seolah ada peranan politik dalam penghakiman kes tuduhan liwat beliau maka nama Ku Li boleh terserlah. Bagaimanapun terpulang kepada DAP kerana Karpal Singh pernah hembur Ku Li kat Parlimen disamakan dengan Ibrahim Ali.

Karpal orang yang mempunyai prinsip yang kuat bagaimanapun sehingga kini beliau boleh bermesra dengan PAS yang beliau juga pernah serang dahulu. Melihat itu bukan perkara yang besar dalam soal karpal.

Sekiranya Ku Li bersedia bermakna PR sebenarnya tidak ketandusan pemimpin yang layak jadi PM kalau politik Anwar dikambus oleh Umno.

nanbinjai

No comments

Powered by Blogger.