Baguih Punya Alasan Kak Midah!

Spekulasi pembangkang cemar imej institusi raja, kehakiman

IPOH 26 Jan.– Kerajaan negeri Perak menyifatkan spekulasi liar pembangkang bahawa jawatan Menteri Besar yang bakal diputuskan akan berpihak kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai mencemarkan imej institusi raja-raja dan kehakiman negara.

Exco Kanan kerajaan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pembangkang sengaja memainkan isu itu bagi mewujudkan perang psikologi untuk menjejaskan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa menyedari ia juga mencemarkan institusi kesultanan negeri Perak.

Semalam, dilaporkan bahawa Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada 9 Februari ini sama ada Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir atau Mohammad Nizar yang layak menjadi Menteri Besar Perak yang sah.

kahkahkahkahkah..baguih kak midah hahahahahaha...gelabah?nak kait sultan pulak dah

No comments

Powered by Blogger.