Siasatan lawatan Mohd Khir ke Disneyland selesai: SPRM

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk lawatan kerja bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, ke taman tema Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad, berkata kini terpulang kepada peguam kanan persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil tindakan lanjut.

"Saya dimaklumkan SPRM Putrajaya telah menyelesaikan siasatannya mengenai perkara itu dan (hasilnya) telah dihantar ke peguam kanan persekutuan.

"Sekarang, peguam kanan persekutuan akan menyiasat perkara itu dari semua aspek perundangan, berdasarkan keterangan yang diberikan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Khir didakwa menggunakan dana kerajaan negeri untuk membuat dua "lawatan teknikal" ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.7 juta wang anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Bhd. - Bernama

tau tak apa jawapannya?

No comments

Powered by Blogger.