Apabila Tengku Razaleigh pun di pihak Nik Aziz
Dinsman (Artikel 137, 1/2)
Sewaktu artikel ini mula ditulis (malam, 28 Januari 2010), Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu penuh dibanjiri rakyat Kelantan yang datang untuk mendengar Tengku Razaleigh Hamzah berucap menyokong Kerajaan Negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz menuntut supaya kerajaan pusat pimpinan Najib Tun Razak membayar hak royalti minyak dan gas kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Ini satu perkembangan yang cukup menarik dalam rentetan perjuangan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan TG Nik Aziz menuntut hak royalti minyak tersebut. Tengku Razaleigh, seorang tokoh dalam pimpinan Umno, telah berjaya diikutsertakan ke dalam perjuangan ini, yang pada dasarnya adalah menentang pimpinan Umno.
Bukankah ini satu kejayaan dalam politik PAS/Pakatan Rakyat, khasnya pimpinan TG Nik Aziz? Ya, ini satu kejayaan! Apabila tokoh dalam pimpinan Umno sendiri menyertai satu agenda politik menentang Umno. Dan Tengku Razaleigh bukan seorang tokoh biasa dalam pimpinan Umno. Dia seorang tokoh yang berwibawa, yang dikenal dan diingat sebagai orang yang mungkin telah mengalahkan Dr Mahathir sebagai Presiden Umno, sekiranya tidak berlaku peristiwa ‘gelap lampu’ dalam pemilihan itu.
Dan dia seorang tokoh pemimpin veteran yang masih aktif. Di Kelantan dia terus menang dan tak pernah kalah mewakili rakyat Gua Musang ke Parlimen, walaupun pemimpin Umno yang lain telah kalah.
Secara kebetulan memang dia orang yang terlibat dan berpengalaman secara langsung dalam soal perjanjian antara kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri berkaitaan petroleum. Maka dialah orangnya yang paling sesuai dan layak untuk bercakap dan memberi penjelasan kepada rakyat akan hakikat kedudukan sebenar mengenai royalti petroleum, yang sekarang menjadi krisis yang serius antara kepimpinan TG Nik Aziz dengan kepimpinan Najib Razak.
Awal Disember 2009 saya pernah menulis mengenai isu ini dan menyifatkan strategi yang digunakan oleh TG Nik Aziz dalam menuntut royalti ini sebagai “perang cara ghaib”, iaitu strategi solat hajat dan doa.
Tulisan itu diakhiri dengan paragraf berikut: “Maka sangat menariklah jadinya untuk kita mengikuti perkembangan ‘perang cara ghaib’ ini yang selanjutnya. Bagaimanakah pihak Perdana Menteri Najib dan panglima-panglimanya akan menghadapi strategi dan taktik perang yang entah kuno entah moden entah ‘avant-garde’ ini.”
Memang suasana negara kita dalam sebulan dua ini agak kucar-kacir; baik di pihak Umno/BN mahupun di pihak Pakatan Rakyat, khasnya PAS dan Keadilan. Memang agak kucar-kacir. Apakah itu kesan dan akibat daripada ‘perang cara ghaib’ itu ataupun itu langsung tak ada kena mengena dengannya, kita tak tahu. Dan tak mungkin kita tahu pun. Ia hanya kepercayaan.
Tetapi kita percaya ataupun tidak, proses ‘perang cara ghaib’ itu tetap berjalan. Tak peduli samada kita sedar tentangnya ataupun tidak. Sekali doa telah dipanjatkan, dan ia dipanjatkan oleh rakyat ramai yang dipimpin oleh seorang ulamak zuhud seperti TG Nik Aziz itu, seperti saya katakan tadi, “sangat menariklah jadinya untuk kita mengikuti perkembangan ‘perang cara ghaib’ ini yang selanjutnya.”
Dan strategi ‘perang cara ghaib’ itu diteruskan lagi, dengan tentera-tentera muslim dan muslimat sekitar 20,000 orang atau lebih, menunaikan solat hajat dan berdoa, sebelum Tengku Razaleigh menyampaikan ucapan pentingnya.
Sementara itu Exco kanan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa mengumumkan satu penemuan baru yang agak menggemparkan – bahawa minyak telah mula digali di perairan sempadan Kelantan-Terengganu sejak tahun 1984 lagi, dan hakikat ini telah disembunyikan dari pengetahuan rakyat Malaysia buat sekian lamanya. Jangankan nak bayar royalti, beritahu rakyat pun tidak!
Itulah dia – perkembangannya. Saya sangat optimis dengan strategi ‘perang cara ghaib’ pimpinan ulamak zuhud TG Nik Aziz ini.
Apabila Allah akan menolong hamba-hamba-Nya yang dizalimi, yang telah berdoa kepada-Nya dengan tulus ikhlas, kita akan saksikan nanti - bagaimana Allah yang Maha Bijaksana itu mengatur peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian-Nya, hingga menanglah pihak yang benar, dan tumbang musnahlah pihak yang batil.
Mereka menyangka merekalah pihak yang pandai dan mahir mengatur strategi yang penuh muslihat dan kezaliman untuk terus berkuasa ke atas harta kekayaan negara. Tetapi di luar sedar mereka, ada kuasa ghaib yang lebih berkuasa dan lebih bijaksana daripada mereka, sedang menyusun peristiwa-peristiwa yang akan membawa mereka ke jurang kemusnahan. Kita tunggu saat yang amat mendebarkan itu!
Sementara itu saya pun ada menerima banyak juga sms yang memberi idea dan cadangan strategi yang difikirkan patut digunakan dalam usaha menuntut kerajaan pusat membayar royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan ini. Antara cadangan mereka ialah supaya semua rakyat Kelantan yang menggunakan petrol dan gas, memboikot jangan beli minyak dan gas Petronas.
Idea itu (dan yang lain lagi) sudah lama dikemukakan oleh pembaca. Saya menyimpannya sahaja, tidak menghebahkannya, kerana saya percaya TG Nik Aziz mesti ada caranya sendiri dalam menghadapi masalah dan krisis ini. Bukan sahaja berdoa dan solat hajat, tetapi ikhtiar-ikhtiar yang lain lagi. Dan kedua-duanya itu sama pentingnya – ikhtiar dan juga doa.
Antara ikhtiar yang nampaknya sedang menunjukkan kesan sekarang ialah memberi pendedahan kepada rakyat tentang bagaimana kerajaan Umno/BN telah menipu dan merompak wang dan harta rakyat selama ini. Harta dan wang yang sepatutnya menjadi hak Kerajaan Negeri Kelantan telah dirompak oleh mereka, dengan memutar-belitkan faktanya.
Kemudian dengan muka tak malu mereka mendakwa pula yang wang itu tidak diserahkan kepada Kerajaan Negeri kerana mereka bimbang Kerajaan Negeri tidak pandai mengurus wang, sedangkan rakyat sudah melihat sendiri dengan jelas siapakah yang selalu menyalahgunakan wang rakyat.
Bayangkanlah apabila rakyat semua sudah sedar betapa jahatnya pemimpin Umno/BN selama ini menipu mereka dan merompak wang dan harta mereka… Itulah saat yang kita tunggu-tunggu!
(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408)

No comments
Post a Comment