Imbasan: Kenapa Melayu Pulau Pinang Mundur?
Sebelum disalahkan kerajaan, tidak kiralah kerajaan pusat atau negeri, perlu diteliti dulu diri sendiri. Mungkin tidak semua, tapi majoritinya begini. Melayu Pulau Pinang: Melayu, mamak atau bumiputera. Perlu diingat mamak di Pulau Pinang diiktiraf sebagai bumiputera. Dalam penulisan ini, Melayu bermaksud Melayu Pulau Pinang, mamak dan bumiputera.
Kenapa Melayu di Pulau Pinang mundur :
* merasa diri adalah golongan minoriti dan tidak dipedulikan – oleh itu setiap langkah pembangunan kerajaan negeri dianggap anti Melayu, sedangkan Melayu itu sendiri layu dan tidak mampu bersaing
* merasa diri ditindas oleh kerajaan yang dikatakan kerajaan cina – sedangkan majoriti anggota kerajaan negeri adalah Melayu, majoriti anggota kerajaan pusat adalah Melayu, majoriti pegawai PBT adalah Melayu
* merasa terpinggir di negeri sendiri – kerana tidak mampu memiliki rumah yang terlalu mahal, sedangkan tanah-tanah Melayu jugalah yang dibangunkan, majoriti tanah kepunyaan cina adalah tanah bukit yang tidak boleh dibangunkan. Maka salah siapa kalau Melayu yang punya tanah, jual kepada cina untuk buat rumah. Cina pula jual rumah kepada Melayu dengan harga yang tinggi, sampai Melayu terus layu
* merasa diri tidak berkemampuan menyahut cabaran – kecundang sebelum bertarung. Beli rumah tidak sampai 2 tahun sudah berkira-kira nak jual, kerana nanti dapat untung berlipat kali ganda. Sampai bila 30% pemilikan perumahan oleh Melayu akan tercapai?
* merasa diri sentiasa layak menerima bantuan kerajaan – hanya kerana dikatakan minoriti
* kepala-kepala politik pentingkan diri sendiri dan kocek sendiri – bercakap seperti guruh kononnya membela kaum bumiputera, sedang bila diberi projek untuk kepentingan bumiputera, dialah yang sapu bersih ke dalam poketnya
* kepala-kepala politik tidak bersatu walaupun satu parti – kerana selalunya perancangan untuk kepentingan Melayu oleh kerajaan akan terbantut diperingkat exco-exco Melayu sendiri, masing-masing dengan kepala masing-masing, akhirnya perancangan untuk orang Melayu tidak tercapai, kemudian dituduhnya pegawai kerajaan tidak buat kerja (note: government officers are scapegoats for political masters – pahit tapi benar)
* kepala-kepala politik tidak bersatu walaupun satu bangsa – “…kerana kamu cap bulan, aku tidak akan tolong…”, percayalah, mentaliti begini masih ujud di Pulau Pinang
* kepala-kepala politik tidak bersatu walaupun sama agama – apatah lagi
* kepala-kepala politik tidak bekerjasama dengan pegawai kerajaan – kerana pegawai kerajaan kerja untuk rakyat, apa yang untuk rakyat yang tidak masuk poket, maka tak perlulah beri kerjasama
* oleh kerana perdana menteri orang Pulau Pinang – merasakan semua perkara perdana menteri perlu utamakan Pulau Pinang
Selama 3 tahun di Pulau Pinang, inilah yang dapat aku simpulkan setelah terlibat secara langsung dalam memantau penyertaan kaum bumiputera dalam sektor ekonomi dan sosial di Pulau Pinang.
Kalau terkasar bahasa, aku mohon ampun dan maaf daripada semua Melayu Pulau Pinang. Aku pun akan lama di Pulau Pinang (bini orang sini, -) ). Semua ini moga boleh jadikan renungan.
~leLabu~
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments
Post a Comment