Isu Melayu Pulau Pinang…..Pembelaan atau Periuk Nasi?

Benarkah Umno ingin mendapatkan pembelaan atau membela orang Melayu Pulau Pinang?…kenyataan ini harus diperhalusi oleh semua umat Melayu di negara ini khususnya di Negeri yang Umno pernah ‘jajah’ dahulu. Umno telah lama menguasai negara ini hinggakan doktrin bahawa Umno-BN adalah Kerajaan dan Kerajaan itu adalah Umno-BN terus menerus digunapakai. Sesiapa yang menentang BN adalah pembangkang dan dianggap sebagai musuh Kerajaan.

Tetapi penguasaan penuh BN sebelum ini ternyata gagal dimanfaatkan bagi membantu orang Melayu khususnya di Pulau Pinang, Wilayah Utara dan Pantai Timur. Masyarakat Melayu masih lagi ketinggalan dibelakang kaum Cina dan India. Kegagalan ini tidak pernah di lihat rakyat kerana mereka dikelabui dengan pembangunan mega yang akhirnya hanya menguntungkan pemimpin dan kroni Umno. Perjuangan mereka hanyalah untuk kepentingan periuk nasi mereka bukannya untuk rakyat!

Pembangkang Memerintah, Hancur Melayu?

Kenyataan inilah yang dijual oleh pemimpin Umno Pulau Pinang dan dinegeri lain yang mereka kalah. Mereka telah kehabisan modal dan mulai menuduh bahawa pembangkang terutamanya DAP sebagai tidak patriotik apabila menidakkan Dasar DEB. PAS pula dituduh sebagai punca kepada kehancuran Melayu kerana membiarkan nasib Melayu diperjudikan dengan menyokong DAP.

Kebodohan pemimpin Umno ini cuba dialihkan kepada rakyat dengan mereka secara hakikatnya telah lupa bahawa DEB telah lama terhapus dan digantikan oleh Wawasan 2020.

Ironinya mengapa mereka melatah bila Lim Guan Eng membangkitkan soal yang telah lapuk ini.

MB Baru Kedah, Ust Azizan memperjelaskan pendirian PAS dalam isu DEB dan memang ada benarnya kebaikkan DEB itu pada orang Melayu. Tetapi secara keseluruhannya sistem DEB itu hanya menguntungkan sebahagian kecil orang Melayu yang menginap dicelah ketiak pemimpin Umno. Realitinya, masih ramai lagi orang Melayu kebulur dan orang Cina dan India turut merasa tempiasnya.

Walaupun hakikat dasar DEB itu untuk semua, tetapi sepanjang dasar itu dilaksana pemimpin BN sendirilah yang melakukan kesilapan bila mana mereka beriya-riya menyebut bahawa DEB adalah dasar untuk tolong Melayu. Melayu dan Melayu, walhal sasarannya adalah untuk semua golongan yang berpendapatan rendah. Doktrin itu masih tertanam di dalam diri setiap rakyat walaupun sudah hampir 20 tahun dasar itu dimansuhkan.

Apa yang dilakukan kini adalah pemulihan menyeluruh dan Barisan Rakyat yang dipimpin oleh PAS, PKR dan DAP telah membuktikan kemampuan mereka untuk bertapak dihati rakyat. Dan Melayu tidak akan hancur dibawah pentadbiran Barisan Rakyat yang sebelum ini disumpah sebagai ‘pembangkang’.

Lihatlah Kelantan yang kini telah masuk musim ke lima pemerintahan PAS. Rakyat Kelantan membangun seiring dengan negeri mereka. Kemiskinan hakiki adalah keadaan dimana Kerajaan Negeri terlalu banyak hutang tetapi masih bermewah dengan projek mega yang membazir seperti apa yang berlaku di Terengganu. PAS berjaya mengangkat Kelantan ke tangga ke 6 dari senarai negeri miskin meninggalkan tapak asal yang diwariskan oleh Umno iaitu ditangga kedua.

Melayu sesekali tidak akan hancur selagi mana mereka berpegang pada Islam yang lebih baik dari seisi dunia. Keberkatan dalam pemerintahan PAS itulah yang menjadi kekayaan bagi setiap umat Melayu.

Sebelum ini kita berbicara soal masa depan ditangan rakyat. Kini kita perlu bagi ruang untuk kerajaan baru memulai langkah bagi membantu rakyat. Kepada pemimpin Umno, hentikanlah sikap hasad dan dengki. Kembalilah ke pangkal jalan dan berkhidmatlah kepada rakyat dengan ikhlas.

sumber


*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.