Polis Guna Akta hasutan Untuk Kekang Kebenaran Mengenai Kes Anwar : Pemimpin PR

Dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran polis kerana memberi penjelasaan terhadap isu pertuduhan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di soal siasat polis di Parlimen berhubung kenyataan mereka pada ceramah di Seberang Jaya Pulau Pinang 7 Februari lalu.

Polis mengambil keterangan mereka di bawah Akta Hasutan berikutan aduan yang dibuat oleh seorang anggota Polis.

Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai hasutan bagi menghalang rakyat daripada mengetahui fakta-fakta di sebalik pertuduhan fitnah liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

” Satu skrip telah disediakan kepada kami pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat bahawa apa jua yang menyentuh tentang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dituduh di bawah Akta Hasutan seperti mana yang berlaku kepada YB Manoharan” kata Salahuddin kepada para pemberita kepada pemberita di parlimen hari ini. TVS

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

2 comments

Anonymous said...

Penyokong PR pun patut buat aduan polis kat PM TPM dan lain2 UMNO yang nampaknya begitu percaya bahawa anwar meliwat sedangkan perbicaraan belum tamat..perhatikan kenyataan mereka berhubung kes liwat ini... so..
apa lagi??

Kay Du Lac said...

Same goes to PR member then... The trial hasn't finish yet, but it seems that PR supporters already made up their mind that Anwar is innocent.

Bare in mind that Allah will help those who'd been ensnared. At the end, Allah will finally reveal the truth right? Have faith in your GOD la a bit ; )

Powered by Blogger.