Tolak Desakkan Syabas Naik Tarif Air, Selangor Sedia Ke Mahkamah

SHAH ALAM, 24 Februari - Kerajaan Selangor bersedia ke mahkamah bagi mempertahankan tindakannya tidak membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menaikkan harga air.

Syabas bulan lalu menghatar notis undang-undang menuntut Selangor membayar pampasan tiga ratus tiga puluh sembilan juta ringgit kerana tidak membenarkan kenaikan harga itu tahun lalu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa Syabas mendesak supaya harga air dinaikan 30 peratus pada tahun lalu, namun tuntutan itu di tolak oleh kerajaan negeri.

Syabas kemudian menuntut pampasan berkenaan dan dikatakan bercadang mengambil tindakan undang-undang jika tuntutan itu juga ditolak.

“Kerajaan negeri telah menerima nasihat dari panel guaman berhubung perkara itu yang mendapati Syabas tidak layak membuat sebarang tuntutan sedemikian kerana tiada hak dan tiada keperluan,”katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyarat mingguan Exco hari ini.

Menurut Khalid, sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri, pemegang konsesi dan kerajaan pusat.

Beliau menambah, SYABAS turut melanggar perjanjian konsesi yang diberikan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelumnya.

“Pelanggaran syarat oleh Syabas telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Selangor. Oleh yang demikian kerajaan Selangor tidak sama sekali akan membenarkan syarikat itu menaikan tarif air,” tambah Khalid.

Khalid berkata kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan daripada Syabas demi mempertahankan hak rakyat untuk mendapatkan bekalan air berkualiti pada harga munasabah.

“Kita sedia berdepan dengan Syabas di mahkamah jika syarikat itu mahu meneruskan cadang mengambil tindakan undang-undang. Tindakan kerajaan negeri ini sejajar dan bertepatan dengan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor yang diperjuangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor,”katanya.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.