1Malaysia Bingung Kenyataan Najib Berkaitan Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Februari - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan ekonomi Malaysia menguncup 1.7 peratus sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata pengucupan itu lebih rendah daripada tiga peratus yang diunjurkan sebelum ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia mencatat pertumbuhan 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lepas hasil daripada permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.

Ekonomi negara mencatatkan penguncupan tiga suku berturut-turut iaitu 6.2 peratus pada suku pertama, 3.9 peratus pada suku kedua dan 1.2 peratus pada suku ke tiga tahun lalu.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.