F1 Lotus: projek Mahathir atau Najib 1Malaysia?

Mahathir rasmi kilang di Hingham, Norfolk, London

PASUKAN Lotus F1 Racing melakar satu lagi sejarah, kelmarin apabila bapa sukan permotoran negara, Tun Mahathir Mohamad merasmikan Kilang Lotus Racing, di Hingham, Norfolk, London.

Bekas perdana menteri yang meninjau kemudahan disediakan di pusat berkenaan, sempat berseloroh menyatakan, beliau takjub dengan kemampuan pasukan itu menghasilkan jentera dalam tempoh yang singkat.

"Saya datang ke sini kerana tidak percaya mereka boleh menyiapkan kereta mengikut jadual dan saya cabar mereka. Saya hilang pertaruhan, nasib baik tidak membabitkan wang," katanya sambil ketawa.

Berikutan itu, beliau berharap pasukan mampu meraih keputusan yang memuaskan dalam perlumbaan bermula di Bahrain pada Mac depan, kerana sebarang kegagalan boleh menjejaskan nama baik dan kegemilangan Lotus sebelum ini.

Turut hadir dalam lawatan itu, prinsipal pasukan, Datuk Seri Tony Fernandes dan dua timbalannya, Datuk Kamarudin Meranum dan SM Nasarudin. Pengarah Teknikal pasukan, Mike Gascoyne, memberikan taklimat berhubung operasi kilang berkenaan.

"Kami berbesar hati Tun dapat melihat sendiri kemudahan di sini dan merasmikan kilang. Kehadirannya menjadi satu penghormatan besar buat kami," kata Tony Fernandes. - BHarian

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.