Suara Reformis Tulen dalam Umno/BN?
Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat
Bagi memetik ungkapan Warren Bennis, seorang pakar ilmu kepimpinan, katanya: ’kepimpinan adalah seumpama kecantikan, sukar hendak ditakrif, namun anda akan tahu ketika berdepan dengannya’. Dalam suasana kerajaan BN yang semakin pupus kepemimpinannya, penulis berani mengakui bahawa dalam peribadi YBM Tengku Razaleigh yang lebih mesra di kalangan ‘saing’ dengan panggilan Ku Li, terserlah ketokohan kepemimpinan peribadi ini.
Keterlibatan dan pengenalan penulis meskipun ringkas dengan peribadi yang merupakan pengasas serentak pengerusi pertama Petronas ini, menyerlahkan ketelitian beliau dalam membuat perhitungan-perhitungan strategik. Lebih mudah merumuskan kehebatan kepimpinannya, dilihat di segi kekalahan tipis beliau di tangan pesaingnya dalam pertandingan satu-lawan-satu dalam perebutan kedudukan presiden yang sekaligus berakhir dengan perpecahan dan pengharaman Umno dalam sejarah jatuh-bangun parti Melayu terbesar itu.
Tentunya setiap seorang pemimpin punya kehebatan tersendiri serta juga kelemahannya selama sifatnya ‘insan’ dan ‘nisyan’ (terlupa). Itu ‘makruf’ atau maklum buat semua. Tidak ada gading yang tidak retak dan tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan. Namun berbicara tentang kepimpinan, satu komoditi yang agak sukar dicari mutakhir ini, peribadi Tengku Razaleigh punya keunikan tertentu.
Dalam pelbagai kemelut negara yang seakan tidak berhujung dan kegawatan yang tidak kian pulih, negara sangat-sangat berhajatkan kepada penampilan lebih ramai tokoh-tokoh pemimpin. Pada persimpangan kritikal ini, suara putera di raja Kelantan ini, memecah kebingungan dan tembok kebuntuan masalah cetusan parti dan pemerintahan yang turut didukunginya.
Kelantangan pidatonya dan kejituan faktanya tentang isu sengit ‘royalti minyak’ yang berpotensi memecahkan ummat di negara ini, menyerlahkan kelompangan dan ketandusan retorik Perdana Menteri 1- Malaysia, yang sehingga kini tidak menemui sentuhan ajaibnya. Cukup mengaibkan serta menyiksa batinnya. Ku Li pernah menyebutkan bahawa “retorik tanpa isi dan bukti menatijahkan benci dan sakit hati”.
Kini pidatonya dihadapan lebih 50,000 rakyat negeri Kelantan menjadi igauwan partinya dan pemerintah Barisan Nasional. Beliau merupakan hanyasanya suara tunggal dari celahan timbunan kereputan partinya. Kata-katanya pasti tidak disenangi kepimpinan partinya. Tidak lengah hulu-balang besar yang dikerahkan ketuanya untuk menyerang beliau.
Seorang Timbalan Menteri dari kelantan dan seorang Menteri penuh yang pernah bersama dengan beliau mengisytiharkan membakatr jambatan dengan Umno bagi menubuhkan parti Semangat 46, sebagai mengembalikan Umno sebenarnya.
Kedua-dua membuat serangan menjatuhkan kredibilitinya dengan mengingatkan bahawa beliaulah yang menyetujui bahkan penyokong kuat dalam pemberian wang ihsan pada tahun 2001 untuk negeri Terengganu.
Mengikut dakwaan kedua-dua pemimpin Umno itu, Ku Li dilapor dalam media BN sebagai telah membuat pernyataan bahawa Terengganu tidak layak mendapat royalti kerana penemuan minyak adalah diluar pesisir negeri tersebut. Beliau didakwa tidak konsisten justeru kerana berhadapan dengan ribuan rakyat Kelantan.
Bagi menerangkan perspektif PAS pula, Setiausaha Agung PAS telah membuat kenyataan akhbar hari ini bahawa Tengku Razaleig sebenarnya konsisten memperjuangkan hak rakyat sejak PAS mewakili kerajaan Terengganu memfailkan tuntutan minyak ke atas mahkamah di mahkamah pada 2001 lagi.
Sewaktu PAS buat tuntutan minyak di Terengganu di mahkamah, Tengku Razaleigh sangup menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi bagi pihak kerajaan negeri ke atas kerajaan Persekutuan dan Petronas. Tidak pulak dituduh beliau tidak konsisten seperti yang didakwa sekarang. Mengikut penjelasan Setiausaha Agung PAS itu, kerajaan Persekutuan telah membuat rayuan di mahkamah supaya menghalang Tengku Razaleigh dari menjadi saksi dalam perbicaraan tersebut.
Bahkan Tengku Razaleigh sendiri sanggup duduk sepentas dengan beliau bersama-sama Pakar Perlembagaan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari (UiAM) dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas enam tahun yang lalu, bagi memperjuangkan tuntutan royalti ini.
Penulis telah pun menghubungi YBM Tengku sendiri bagi mendapatkan pengesahan tentang pertikaian dakwaan kedua-dua pihak ini. Beliau secara tegas menyatakan bahawa beliau konsisten dengan pendirian beliau sejak tuntutanyang dibuat oleh kerajaan Terenganu di bawah PAS lagi.
Akhbar boleh lapor apa yang mereka mahu, tegas beliau, tetapi pendirian beliau tetap tidak berubah termasuk untuk menjadi saksi dan bersama sepentas dengan pimpinan PAS Terengganu yang lain, ketika itu.
Persetujuan beliau untuk terus menjadi pengerusi kaukus di parlimen tentang tuntutan royalti minyak kelantan ini amat luar biasa. Lebih menarik lagi ialah kesediaan Tengku Razaleigh untuk meluaskan bidang kuasa Kaukus melepasi hanya tentang tuntutan royalti minyak Kelantan sahaja.
Beliau mahu juga Kaukus tersebut meneliti kembali perhubungan antara Negeri dan Persekutuan dalam perjanjian 1948 termasuk segala-gala yang bersabitan dengan pembayaran oleh kerajaan Persekutuan kepada semua kerajaan negeri termasuk Sabah danSarawak dalam amalan Federalisme yang semakin dipertikaikan.
Berlatarbelakangkan kesemua senario yang mencemaskan serta melemaskan ini, penampilan seorang tokoh dari pihak pimpinan kerajaan Umno/BN, memberi keselesaan kepada rakyat.
Benar, PAS dan Pakatan sedang merancang agenda perubahan besar dalam PRU ke-13 akan datang. Namun sesiapun yang menjadi kerajaan dan meletakkan yang lainnya secara otomatis sebagai pembangkang, yang jelasnya kedua-dua pihak memerlukan kepimpinan yang kuat dan teguh. Ini akan memperkukuhkan amalan demokrasi berparlimen yang berpaksikan unsur ’semak-imbang’ sebagai tiang serinya.
Adalah sukar mengikut perhitungan lazim dan congakan politik konvensional untuk Tengku Razaleigh menyeberangi ke Pakatan. Tidak kurang ramainya yang membuat telahan bahkan anjuran seperti itu. Penulis tidak mampu bahkan tidak pula berasa kepentingan untuk unsur-unsur baik ini ’melompat’ ke sebelah Pakatan.
Pun begitu, akibat komitmen beliau dan ketegasan pendirian beliau yang sekaligus menyerlahkan kepimpinan beliau, Tengku Razaleigh pastinya akan berhadapan dengan suasana yang kurang mesra dalam partinya dalam waktu terdekat ini.
Berkebetulan, kedudukan Ketua Pergerakan Pemuda Umno mutakhir ini berdepan dengan nasib yang sama. Teguran beliau amat kritis terhadap pendirian partinya, khususnya mutakhir ini dalam isu nama ”Allah”. Umno jelas tidak mampu mengurus aset terbaiknya kerana sikap tidak toleransi dan tak terbukanya kepimpinan yang telah lazim dibodek dan dituruti secara tidak kritis dan tanpa soal.
Penulis bersedia mengakui bahawa parti melayu terbesar ini sedang melalui waktu senjanya justeru kerana ketandusan ide serta pimpinan berkaliber dan berwibawa. Budaya parti itu tidak akan melahir pemimpin tetapi menjadikan ahli hanya sebagai pengikut.
Tuntutan politik baru mendesak kepimpinan parti politik dewasa ini supaya mampu sentiasa mengisi pengharapan rakyat. Persaingan adalah bagi merebut ’ruang tengah’ yang bakal menjadi penentu dikerusi-kerusi campuran. Keseluruhannya, ia adalah penentu kalah-menang persaingan.
Sementara Pakatan bersedia mengiktiraf serta menerima kedua-dua pemimpin seteru politiknya, Najib berserta pimpinan Umno/BN sedang mencongak-congak bagaimana kedua-dua pimpinan ini mahu dikenakan tindakan dan dihukum kerana ditanggapi mereka sebagai ’liabiliti’ dan memudharatkan parti.
Penulis meramalkan bahawa kedua-dua pimpinan ini bakal menerima tindakan parti mereka, akibat terlalu kritis dan didakwa tidak komplian atau tidak mengikut parti. Seandainya dijatuhkan hukuman atas apa jua sebab, maka disitu pula bermula fasa yang lebih mencabar. Andainya kedua-dua punya kehebatan dan ketokohan tersendiri, ujian dan cabaran ini akan lebih menyerlahkan ciri-ciri kepimpinan mereka. Bukan bintang itu lebih menyerlah ketika langit gelap-gulita?
Disitu juga akan terserlah perbezaan antara pemimpin dan pengikut, perbezaan antara reformis tulen yang berkorban utuk rakyat dan reformis palsu yang mengorbankan rakyat.

No comments
Post a Comment