Adik-beradik temui 382 peluru
JELI - Dua beradik yang sedang mencari layang-layangnya yang hilang terkejut selepas menemui satu bungkusan plastik yang mengandungi 382 butir peluru lama yang masih hidup di kawasan kebun buah-buahan di Kampung Pasir Dusun, petang dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Muhammad Hanifah Abd. Malek berkata, dua beradik yang berusia 14 dan 17 tahun itu kemudian mengusung bungkusan plastik yang sudah reput itu dibawa pulang ke rumah selepas menyangka di dalamnya mengandungi pewarna krayon.
Beliau berkata, sebaik tiba di rumah, bapa kepada dua beradik itu kemudian melakukan pemeriksaan dan mendapati, di dalam bungkusan itu mengandungi peluru.
Katanya, bapanya mereka kemudian menghubungi pihak polis memaklumkan penemuan bungkusan yang mengandungi peluru itu.
“Sepasukan pegawai dan anggota polis bergegas ke rumah berkenaan untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan ia adalah peluru pistol yang lama masih hidup. Kami menjangkakan ia sudah berada di dalam tanah lebih kurang 10 tahun memandangkan ia sudah bersalut dengan tanah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan, terdapat 262 butir jenis 5.56 mm, 81 butir jenis 9 mm dan sebutir jenis 7.62mm.
Katanya, Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) turut dihantar ke tempat kejadian dan melakukan pemeriksaan di kawasan kebun buah-buahan itu.
“Kita bimbang masih ada lagi kerana di kawasan berkenaan sedang berlaku hakisan dan air bukit sedang turun ke situ,” katanya lagi.
Beliau berkata, semua peluru yang dijumpai itu dibawa balik untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, hasil pemeriksaan yang dilakukan di kawasan tersebut kira-kira jam 12 tengah hari, semalam pihak polis menemui lagi 35 butir jenis 5.56 mm dan tiga butir jenis 9 mm.SH
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment