Menembusi ‘simpanan tetap‘ Umno
Hampir 90 peratus daripada lebih satu juta kakitangan awam adalah orang Melayu yang layak mengundi serta perlu ditambat sokongan mereka.
Tatkala Umno mengalami kemerosotan undi yang sangat ketara pada pilihanraya umum 1999, ramai pemerhati politik meramalkan Umno akan berkubur pada pilihanraya yang seterusnya. Majoriti pengundi-pengundi Melayu dilihat sudah beralih arah dan mula memihak kepada Parti Islam (PAS) and Parti KeADILan Nasional. Rasionalnya, kalau orang Melayu sendiri sudah menolak, Umno tidak lagi relevan dan akan berkubur dengan sendirinya.
Begitulah anggapan ramai dalam kehangatan suasana pasca pilihanraya. Maka pihak pembangkang terutamanya PAS dan KeADILan ketika itu mulalah berangan menduduki Putrajaya pada pilihanraya umum seterusnya. Namun, sesudah pilihanraya umum 2004 dijalankan, bukan sahaja Umno terus kekal dan tidak berkubur, Umno bangkit menyapu bersih lebih daripada 90 peratus kerusi yang ditandingi. Dalam situasi itu, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula yang berdepan persoalan hidup dan mati perjuangan politiknya.
Pilihanraya umum Mac 2008 sekali lagi menyaksikan tergugatnya penguasaan Umno dalam kancah politik negara. Barisan Nasional yang bertunjangkan Umno tumbang di lima buah negeri dan gagal memperoleh majoriti dua-pertiga di parlimen. Sekali lagi, jangka hayat Umno dipersoalkan dan pakatan pembangkang mula melayan impian kerajaan pusat kini di dalam genggaman.
Hakikatnya, Umno bukanlah parti hingusan. Umno sudah bertarung dalam medan politik sejak tahun 1950-an. Maka, sekiranya ada dikalangan penyokong parti-parti pembangkang yang beranggap Umno akan jatuh tersembam dengan mudah pada pilihanraya umum yang akan datang, harap dapat lebih berhati-hati bila membuat ramalan. Yang mungkin terjadi adalah kemenangan besar BN dan Umno seperti yang berlaku pada 2004.
Kekuatan Umno yang paling ketara adalah jumlah penyokong setianya yang begitu ramai. Dan orang-orang Melayu yang kekal setia pada Umno walau apa jua adalah sebilangan besar orang Melayu yang sudah berumur (50 tahun ke atas) dan daripada kalangan kakitangan kerajaan.
Buat apa hendak ditukar?
Bagi kebanyakan pengundi-pengundi Melayu veteran, Umno sahajalah parti pemerintah, dulu, kini dan selamanya. Tidak terbayang kemungkinan parti-parti politik lain mampu memerintah negara. Umno-lah bagi mereka sumber segala-galanya. Tanah, rumah, air, elektrik dan lain-lain semuanya dinikmati kerana Umno. Jika tidak kerana Umno, nescaya tidak dikecapi segala nikmat dan kesenangan yang ada.
Umno juga dianggap sangat pemurah. Manakan tidak. Setiap kali tiba musim pilihanraya, ada saja hadiah dan khidmat percuma yang diberikan. Kain batik dan kain pelikat percuma diedarkan, jalan-jalanraya diturap, surau dan masjid dibaik-pulih, sumbangan ‘ikhlas’ dihadiahkan, dan segala permintaan dan rintihan rakyat dilayan dengan penuh prihatin dan kesungguhan.
Bagi kakitangan-kakitangan kerajaan pula, ramai yang sudah selesa dan senang dengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional. Gaji, imbuhan dan elaun yang diperoleh agak lumayan. Pemimpin-pemimpin Umno pula tampak sangat mesra dan murah hati dalam melaksanakan urusan-urusan rasmi kerajaan. Banyak lawatan-lawatan dan jamuan-jamuan diadakan untuk dinikmati bersama pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan.
Walaupun ada keburukan dan kelemahan pada kepimpinan kerajaan, semuanya dianggap lumrah kehidupan. Maka, kalau kerajaan yang ada sudah cukup membawa keselesaan, mengapa perlu ianya ditukar?
Sekiranya Pakatan Rakyat benar mahu melangkah ke Putrajaya, perancangan rapi perlu digaris untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu. Di kalangan orang Melayu di kawasan bandar dan golongon muda dan professional, sokongan yang diperoleh Pakatan Rakyat agak memberangsangkan. Namun ini tidak cukup untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional.
Kebimbangan kakitangan kerajaan
Tidak banyak yang boleh dilakukan Pakatan Rakyat untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Melayu veteran. Hati dan jiwa mereka sudah sebati dengan Umno. Katakanlah apa saja tentang keburukan pemimpin-pemimpin Umno, semuanya tidak akan mendatangkan kesan. Memangkah undi itu maknanya memangkah ‘dacing’. Itu saja takrifan yang dapat diterima mereka dari dulu hingga sekarang.
Yang perlu diberi penekanan adalah sokongan kakitangan-kakitangan kerajaan. Bagi kebanyakan mereka, timbul kebimbangan sekiranya Umno dan Barisan Nasional tidak lagi memerintah kerajaan; terutamanya bagi mereka yang selama ini secara langsung atau tidak langsung memperoleh limpahan kekayaan daripada kebocoran dan ketirisan dalam sistem perlaksaan kerajaan.
Ketika Abdul Khalid Ibrahim kali pertama berkunjung ke pejabat kerajaan negeri Selangor sebagai Menteri Besar yang baru selepas pilihanraya umum Mac 2008, suasana muram menyelubungi pejabat dan kakitangan-kakitangan kerajaan. Ramai yang tertanya-tanya apakah pelan tindakan kerajaan dan menteri besar yang baru ini, adakah beliau akan mengorek segala dokumen dan memburu mereka-mereka yang sebelum ini rapat dengan menteri besar sebelumnya? Atau apakah akan ada rombakan besar-besaran yang melibatkan penamatan kerja dan pertukaran jawatan?
Kini, setelah lebih dua tahun Pakatan Rakyat memerintah di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia, walaupun ada usaha-usaha mendedahkan kepincangan kerajaan Barisan Nasional sebelumnya, pegawai-pegawai kerajaan rata-ratanya diberi perlindungan. Pasti ada yang beranggapan pegawai-pegawai kerajaan yang bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin kerajaan sebelumnya perlu didedah dan diheret ke muka pengadilan.
Namun, dalam keghairahan sesetengah pihak yang mahu mendedahkan segala-galanya dan mengheret kesemuanya yang terlibat, perlu diteliti samada langkah sedemikian akhirnya akan lebih membawa manfaat atau lebih membawa padah. Dalam kancah politik, strategi yang bijak dan licik perlu diatur dengan pertimbangan jelas daripada pelbagai aspek dan sudut.
Setelah dasar apartheid di Afrika Selatan dihapuskan pada tahun 1994, sebuah suruhanjaya bebas (The Truth and Reconciliation Commission) ditubuhkan untuk mendengar keterangan-keterangan daripada pihak mangsa dan pesalah dalam sebarang kes jenayah perkauman yang berlaku sepanjang dasar apartheid itu dilaksanakan. Suruhanjaya ini diberi kuasa memberi pengampunan dan perlindungan kepada pesalah-pesalah sekiranya mereka tampil mendedahkan segala maklumat berkaitan jenayah yang dilakukan.
Mungkin pendekatan seperti ini lebih sesuai dilaksanakan di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat menawan kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum akan datang. Kaedah yang lembut dan kurang radikal ini dapat menenangkan hati ramai kakitangan kerajaan yang risau akan apa yang akan berlaku pada diri mereka sekiranya pemburuan besar-besar dilakukan. Perlu diingat kebanyakan mereka hanya terlibat dalam skandal-skandal yang melibatkan institusi-institusi awam kerana menurut perintah daripada pemimpin-pemimpin politik kerajaan.
Strategi peringkat negeri
Selain daripada itu, dalam kesempatan Pakatan Rakyat memerintah di empat buah negeri di kala ini, tunjukkanlah penghargaan atas segala khidmat dan bakti yang dicurah pegawai-pegawai kerajaan. Janganlah dicanang hanya kelemahan dan kepincangan. Canangkanlah juga mereka yang berdedikasi dan cekap dalam perkhidmatan sebagai tanda terima kasih pihak kerajaan negeri atas jasa dan sumbangan mereka.
Mungkin apa yang boleh dilaksanakan adalah pemberian anugerah kualiti dan khidmat cemerlang sepertimana yang diamalkan di peringkat pusat. Anugerah-anugerah khas daripada kerajaan negeri ini dapat membuktikan bahawa pemerintahan Pakatan Rakyat menghargai peranan kakitangan-kakitangan awam sebagai rakan seperjuangan untuk membangunkan negeri dan kerajaan, dan bukannya sebagai musuh yang diragui segala tindak-tanduknya.
Bagi anggota-anggota polis dan tentera pula, raikanlah mereka pada Hari Polis dan Hari Pahlawan. Walaupun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sering menjadi mangsa buruan, ketahuilah bahawa tidak semua anggota polis dan tentera itu taat buta mengikut telunjuk pemimpin Umno dan Barisan Nasional. Jika mahu dikritik pihak polis dan tentera, halakanlah kritikan pada individu-individu spesifik yang berkenaan. Jangan disimpulkan kesemuanya busuk dan tidak adil dalam menjalankan tugas.
Di Malaysia, keselurahannya terdapat lebih satu juta kakitangan awam. Daripada jumlah ini, hampir 90 peratus mereka adalah orang-orang Melayu. Kesemuanya ini adalah individu-individu yang layak mengundi. Sokongan mereka juga pasti mempengaruhi sokongan sebilangan besar ahli-ahli keluarga mereka. Maka mana-mana pihak yang dapat menambat sokongan mereka pasti mempunyai kelebihan besar mememenangi pilihanraya.
Inilah sebenarnya salah satu ‘simpanan tetap’ (fixed deposit) Umno dan Barisan Nasional. Benteng utama ini harus ditembusi untuk membuka laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
sumber
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment