BN Terdesak Letak Kamalanathan Di Hulu Selangor
Oleh Faizal Ezzany
KUALA KUBU BAHARU 16 April - Pengarah Pilihan Raya Pusat KEADILAN, Fauziah Salleh menyifatkan pemilihan Ketua Penerangan MIC P Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional di Hulu Selangor sebagai tindakan terdesak BN akibat tekanan dari MIC dan Umno.
"Pada saya kalau calon inilah yang dipilih, dia seorang anak muda dan menarik tetapi tiada kekuatan untuk membawa kemenangan.
"BN terpaksa mengambil tindakan dengan memilih Kamalanathan setelah mengetahui calon yang kita pilih dan mereka terpaksa mencari calon yang lebih disenangi kalau dibandingkan dengan calon awal MIC iaitu Palanivel.
"Beliau memang disenangi tetapi itu buka isu yang penting tetapi yang boleh membawa suara rakyat dalam menyelesaikan masalah mereka. Dengan apa yang calon BN ada sekarang dari segi kemampuan dia tidak mampu untuk memperjuangkan hak rakyat," kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.
Barisan Nasional mengumumkan pencalonan Kamalanathan di Pusat Operasi BN di Bukit Beruntung petang semalam tanpa kehadiran Datuk G. Palanivel mahupun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo.
Ini jelas menandakan protes Umno justeru kekecewaan tidak berjaya meraih kerusi Hulu Selangor untuk calon parti itu.
Kehadiran rata-rata penyokong yang diimport dari luar pada program tersebut juga menunjukkan keretakan yang berlaku dalam kem BN.
Semasa ketika pengumuman di buat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ramai penyokong kaum India dilihat keluar dewan.
Malah Kamalanathan dalam ucapan penerimaan pencalonan beliau tidak menyebut nama Datuk Seri Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang hadir bersama pada majlis itu.
Fuziah juga menegaskan kebanyakkan pengundi di Hulu Selangor tidak mengenali calon dari MIC itu dan menganggapnya satu kelemahan BN.
"BN membuat satu kesilapan dalam pemilihan tersebut kerana mereka terpaksa menghadapi masalah dalaman dan juga tekanan dari parti kompenen BN, sehingga terpaksa memilih calon yang disenangi.
"Walaupun beliau disenangi yang paling penting adalah calon yang dikenali, sebab yang mengundi adalah calon yang mempunyai kedua-dua faktor. Jika calon sekarang yang diumumkan tidak dikenali pengundi maka ini satu isyarat kepada kita yang kita akan mengekalkan kerusi di Hulu Selangor," sambungnya lagi.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment