Orang Umno Calon Bebas? Macam Mana Ada Dua Calon Dari BN?

Johan yang menjalankan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan bersama isterinya merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Puncak Perdana U10 dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam.
Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Biro Kerjaya dan Sumber Manusia Pemuda UMNO Shah Alam, Pengarah Pemuda PDM Monterez, Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik dan Pengerusi Zon A7 Pemuda UMNO Shah Alam.

Johan juga aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) sebagai Pengerusi Penaja Persatuan Belia U10.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa slogan 'Johan Rakyat, Kualiti Diutamakan' berupaya menarik sokongan daripada pengundi di kawasan tersebut.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.