Pakatan Rakyat Diundang Menyertai International Federation of Liberals Democracy

Oleh Qayum Rahman

International Federation of Liberals Democracy mengundang Parti Pakatan Rakyat (PR) Untuk menjadi ahli gabungan berikutan dasar-dasar perjuang Pakatan Rakyat berada pada landasan yang sama bersama pertubuhan tersebut.

Presidennya, Hans Van Baalen berkata, perbincangan dua hala yang diadakan bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sependapat dimana kedua-dua pihak dapat bekerjasama dalam bidang demokrasi.

Anwar pula berkata, penghormatan yang diberikan oleh Federation of Liberals Democracy untuk menyertai persatuan tersebut akan dibincangkan bersama ahli jawatankuasa parti Keadilan dalam masa terdekat.

"Saya amat berterima kasih atas undangan yang diberikan oleh oleh Federation of Liberals Democracy melalui Hans dan berharap kerjasama lebih erat akan terjalin selepas ini.

"Perbincangan bersama itu mencapai keputusan terbaik berkaitan hak asasi manusia yang memerlukan pendekatan lebih mendalam dari terus ditindas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Han di Kuala Lumpur semalam.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat menjadi pilihan federation kerana dasar-dasar yang diutarakan kedua-dua pihak adalah sama untuk mengatasi penindasan hak asasi manusia.

Menurutnya lagi, Federation of Liberals Democracy menganggapkan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah satu parti yang mempunyai masa depan yang cerah untuk membantu memperbaiki percaturan ekonomi Malaysia.

"Federation percaya bahawa Pakatan akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia dari terus merudum dan akan mengukuhkan lagi negara dimata dunia kelak dengan persiapan dasar-dasar terbaik dalam Pakatan.

"Pertemuan bersama persatuan-persatuan luar negara akan mengukuhkan lagi Pakatan untuk terus maju kehadapan dengan
sokongan idea terbaik dari mereka," katanya.

Anwar turut menyatakan kerajaan luar negara berani menyokong Pakatan kerana terlalu banyak penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan luar negara tidak menghormati Malaysia.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.